«O N E

8.5K 603 33
                                    

|||jeon's•secretary|||01

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

|||jeon's•secretary|||
01

"Hani sayang"

"Ye papa?" terkedip-kedip mata Lee Hani menanti kata-kata papanya itu. "Tak bosan ke? Asyik keluar rumah hanya berfoya-foya dengan kawan-kawan kamu tu?" soal Encik Lee tegas.

Beliau merupakan seorang CEO syarikat yang terkenal, ada banyak kemungkinan besar perniagaan mereka akan merosot jika anaknya meneruskan perilaku ini. Keluar rumah pada waktu pagi dan balik pada tengah malam setiap hari. Jika suatu hari nanti perkara buruk yang berlaku? Pasti semuanya akan hancur dalam sekelip mata.

"M-maafkan hani, papa. Papa pun tahu hani...senang bosan duduk rumah. Nak buat apa-apa masih ada bibik tak pun pengawal peribadi bantu hani" Hani mencebik manja. Ya, dia satu-satunya anak tunggal Encik Lee manakala ibu Hani berada diluar negara, sibuk mengatur duniawi syarikat perniagaan mereka di US.

"Papa tahu, sebab itu papa dah bagi sebuah jawatan untuk kamu berdikari. Jangan risau, tugas kamu mudah. Tak susah. Hanya menjadi seorang sekretari kepada CEO Jeon, syarikat dibawah nama syarikat kawan papa, Gold Holdings" membulat besar mata Hani. Dia? Menjadi seorang sekretari? Dia mungkin boleh terima jika menjadi sekretari orang kanan papanya, Kim Seokjin. Lelaki itu bukan sahaja kacak tapi pakej budiman.

Dia juga selalu merayau di dalam syarikat papanya itu, senang nak tahu selok belok. Tapi...Gold Holdings merupakan bangunan sebelah iaitu syarikat milik sahabat papanya. Desas-desus mengatakan bahawa CEO Gold Holdings itu...banyak yang berhenti dari menjadi sekretari dia kerana dia merupakan seorang lelaki yang hodoh!! Miang!!! Biadap!!!! Macam mana kalau Hani menjadi mangsa seterusnya?! Aghhh serabut!!!

Setelah membayangkan semua itu, segera Hani menggeleng laju. "T-tapi papa..." "Tak ada tapi-tapi. Papa dah bagitahu kawan papa kamu akan mulai bekerja pada hari esok. Jangan kecewakan papa dan malukan papa. Dah, pergi tidur. Esok adalah hari yang penting buat kamu. Selamat malam, anak papa"

tbc

amacam first chap? (・∀・)

C•𝐉𝐄𝐎𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐘Where stories live. Discover now