«T W E N T Y : 2

4.1K 392 6
                                    

|||jeon's•secretary|||22

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

|||jeon's•secretary|||
22

Sampai sahaja di korea semula aku dan dia langsung tak bertegur. Ya, lepas dia bawa aku on so called 'jalan-jalan' aku betul-betul tak nak bercakap dengan dia. Dia tak ikhlas tahu tak ? Geez

Aku masuk ke dalam lift dengan muka masam mencuka. Nak buli aku lagi lah tu hari ini. Tak pun dia berdendam dengan aku pasal aku mengata belakang dia. Uh susah lah ada bos macam ni, menyesal pula aku terima lamaran dia tu.

"Hai ? Termenung apa muka masam-masam macam ni? Tak nak keluar ke?" soal seseorang. Tinggal aku dan dia sahaja di dalam lift memandangkan yang lain sudah sampai ke aras yang diinginkan. Segera aku percepatkan langkah dan masuk ke dalam pejabat.

"Hey apa tergesa-gesa macam ni, aku ada je kan kat sini" katanya lagi. "Kenapa harini tak kejutkan aku macam selalu? Muak? Ke masih merajuk?" dia terus-menerus lontarkan soalan yang pastinya aku tak mahu jawab. Memang hari ini aku tidak jalankan tugas aku dirumah dia, heh !

"Macam mana kalau kita kahwin nanti kau kena hadap aku 24/7 , kau jadi muak , tak dapat jalankan tanggungjawab isteri dengan baik..haa macam mana tu?" Jungkook menjungkit kening berkali-kali.

"Tsk,selama awak takde p.a boleh je kan bangun sorang? Lagi satu, siapa jugak yang suruh awak bantu saya, jadi suami atas dasar kontrak tu saja? Jangan nak over, daepyonim" bahu Jungkook aku langgar sebelum keluar. Heh.

"Hani, apa jadual aku harin—" "saya dah emailkan jadual awak harini pagi tadi, boleh rujuk sendiri saya sibuk dengan laporan-laporan awak yang tertunggak" segaris senyuman tak ikhlas dilemparkan buat jeon daepyonim.

Taip.. Taip... Taip...

Kedua-duanya sibuk memandang skrin komputer sehinggalah Jungkook tertengok Hani di sebalik kaca— ppapp!!!

  Langsir slider diturunkan oleh Hani. Jungkook mengeluh kecil apabila mata Hani sahaja yang kelihatan.

Belek.... Belek... belek..

Hani berlegar-legar di segenap ruangan pejabatnya sambil membelek setiap fail. "Hani, b—boleh buatkan aku air? Aku haus" corong telefon pejabat Hani jeling malas.

Ppap!

"Kopi untuk awak" Hani menunduk sedikit lalu— "Sekejap! Aku nak teh..bukan kopi...." Hani menoleh memandang Jungkook. Dia menarik nafas dalam sebelum senyuman tidak ikhlas di lontarkan buat sang majikan. "Takpelah,aku minum nanti. Thanks"

Hani's pov
Aku melangkah masuk ke dalam perut kereta ferrari merah kesayangan milik ku. Pintu dikunci, aku rehatkan kepala pada stereng kereta sambil menutup wajah dengan kedua-dua belah lengan. Ugh, penatnya hari ini aku betul-betul siapkan semua projek-projek jungkook yang tertunggak untuk beberapa hari yang lepas.

knock knock

Bunyi ketukkan pada tingkap kereta membuatkan aku mendongak memandang susuk tubuh seseorang yang lengkap memakai suit disebalik cermin tinted hitam. Kim Seokjin ?

Butang cermin kereta ditekan ke bawah, automatik cermin kereta meleret turun sama. "Awak buat apa disini?" soal aku.

"Eherm, selamat petang cik Hani, Tuan Lee ingin tahu perkembangan awak dan bakal suami awak, beliau arahkan saya untuk sampaikan pesanan yang berbunyi begini , haa Hani haritu kemain beria cakap nak kahwin dengan bos kamu, appa tengok takde pun kamu berdua pergi beli barangan perkahwinan, apatah lagi dating? Give me something that show me both of you really wants to get married atau papa jodohkan saja kamu dengan staf tinggi yang lain di hotel ini, kata Tuan Lee. Saya harap Cik Muda dapat sampaikan juga pesanan ini buat bakal Tuan Muda, saya pergi dulu"

Aku terpinga-pinga selepas mendengar pesanan panjang dari papa itu. Jadi? Dia memang sudah nanti-nantikan tarikh dari aku dan jungkook selama ini? Tapi—

Pintu kereta bahagian pemandu dibuka dari luar. "Ke tepi, ini seat aku" ujar Jungkook selamba. "Apa awak buat ni?! Kereta awak kat depan tulah!" aku menolak Jungkook ke tepi. "Siapa kata? Dah tepi aku pandu" tanpa sebarang amaran Jungkook mencempung aku ala-ala bridal dan membawa aku ke tempat duduk sebelah pemandu.

Aku terkial-kial ingin meloloskan diri namun tangan sasa Jungkook masih utuh merangkulku dengan erat. "Aku dah dengar pesanan dari ayah kau tadi,so we need to give him evidence starting now, dear" ujar Jungkook mendatar. "Geez melampau lah, saya bol—" pintu kereta ditutup. Jungkook beralih ke tempat pemandu, tali pinggang keledar dipasang.

C•𝐉𝐄𝐎𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐘Kde žijí příběhy. Začni objevovat