•Gelap•

1.7K 6 0
                                        

Hujan lebat malam itu diselang-selikan dengan guntur sambung-menyambung.

Aku duduk di anak tangga menunggu dengan penuh sabar dan berdoa supaya abah baik-baik saja walaupun perasaan tidak enak ku kian menebal.

Sudah hampir 2 jam aku bertenggek di anak tangga menanti kepulangan abah namun hampa. Hujan mulai reda dan jarum jam menunjukkan pukul 9.30 malam.

Aku tekad hendak mencari abah jika hujan sudah reda. Abah tidak pernah pulang terlampau lewat.

Dia pastinya akan bergegas pulang jika kerjanya sudah habis. Cardiganku sarung dan selipar jepun berwarna hijau ku pakai.

Baru sahaja hendak menutup daun pintu namaku diseru laluku toleh. Orang kampung dan ketua kampung.

Aku memandang mereka dengan pandangan seperti memahami tapi tidak ingin mengerti.

HujanTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon