Epilogue

103K 544 193
                                    


Sudah hampir setahun peristiwa yg mengemparkan kawasan kampong itu berlaku. Peristiwa dimana sepasang guru ditangkap berkhalwat, diantara seorang Penolong Kanan sekolah bersama dengan seorang ustazah muda, yg juga seorang isteri kepada penceramah terkenal. Peristiwa itu mengemparkan kampong tersebut, bahkan turut menjadi viral di media sosial dan juga turut dilaporkan didalam media-media utama. Penolong Kanan tersebut, Cikgu Omar telah dipanggil oleh Kementerian, diberi kata dua, sama ada bersara awal ataupun diturunkan pangkat dan ditukarkan ke negeri lain. Cikgu Omar memilih untuk bersara awal, dan dia juga telah memilih untuk berpindah dari kawasan itu. Dari cerita mulut orang mengenali rapat lelaki itu, kononnya dia telah bercerai dengan isterinya selepas peristiwa itu.

Tentang Ustazah Zakiah pula, ianya lebih misteri. Selepas peristiwa itu, Ustazah Zakiah telah menghilangkan diri. Handphonenya ditutup, atau mungkin nombornya telah ditukar. Mengikut rekod perkhidmatan, dia telah meletak jawatan seminggu selepas peristiwa tersebut, sebelum sempat dia dipanggil oleh Kementerian lagi. Ustazah Zakiah terus menghilang. Cuma apabila kes perceraiannya di mahkamah syariah berjalan, baru lah nampak ustazah itu hadir. Itupun hanya sekejap, sebelum dia kembali menghilang. Dari cerita orang yg turut hadir ketika itu, Ustazah Zakiah kelihatan sudah banyak berubah dan kelihatan ustazah muda itu tidak sedikit pun sedih dengan penceraiannya. Zakiah jugak langsung tidak memohon untuk hak penjagaan anak lelaki tunggalnya. Dia diceraikan dengan talak tiga oleh Ustaz Amir. Dari cerita-cerita orang juga, kononnya Zakiah turut dibuang oleh keluarganya, yg sudah tentu malu dengan peristiwa wanita itu ditangkap khalwat.

Sekarang, sudah hampir setahun peristiwa itu berlaku. Cerita tentang peristiwa itu sudah mula dilupai, namun sesekali ia masih menjadi topik perbualan mulut warga sekolah tersebut dan penduduk sekitar. Ramai yg masih tidak percaya yg Ustazah Zakiah mempunyai hubungan dengan Cikgu Omar. Ada juga yg merasakan ustazah itu diperangkap, walaupun mereka tidak dapat menjelaskan tentang keadaan ustazah yg berbogel ketika mereka ditangkap. Ada juga yg mengatakan Ustazah Zakiah diperkosa oleh Cikgu Omar, namun mereka tidak dapat menjelaskan kenapa Ustazah Zakiah tidak melaporkan kepada polis jika perkara itu benar. Tidak kurang juga yg berpendapat yg Ustazah Zakiah diperas ugut oleh Cikgu Omar, yg mungkin mengetahui rahsia tertentu mengenai Ustazah Zakiah. Tetapi rahsia apa? Itu juga tidak dapat dijawap oleh mereka. Banyak persoalan yg menjadi misteri dan buah perbualan mengenai peristiwa tersebut kerana mereka masih tidak percaya ustazah secantik dan sealim Zakiah mempunyai hubungan dengan Cikgu Omar yg sudah berumur dan tidak mempunyai rupa itu.

Namun, walau apapun yg difikirkan oleh mereka semua, semuanya tetap menjadi suatu misteri bagi mereka. Tiada siapa yg benar-benar tahu apa yg terjadi pada malam itu, dan apa yg terjadi kepada Zakiah sekarang. Bahkan kawan rapatnya disekolah itu, Cikgu Aini juga gagal menjawap soalan itu. Hubungannya terus terputus selepas peristiwa tersebut, walaupun dia adalah salah seorang yg tegas mengatakan sahabatnya itu mungkin diperangkap ataupun dipaksa. Walaupun dia hanya sempat mengenali wanita itu hanya setahun lebih, namun dia tetap yakin Ustazah Zakiah tidak bersalah. Kalaulah dia tahu perkara sebenar.

Namun, satu lagi perkara yg mereka semua tidak tahu ialah siapa watak utama sebenar dalam semua peristiwa itu. Hamid. Ya, Hamid. Pada pandangan mereka, Hamid hanyalah seorang pengawal keselamatan sekolah, seorang lelaki tua yg pendiam dan tidak suka bergaaul. Seorang yg tidak penting dan langsung tiada kaitan dengan Ustazah Zakiah mahupun Cikgu Omar.

Hamid masih lagi berkerja disekolah itu, namun sekarang dia hanya bekerja 2, 3 hari sahaja seminggu. Usianya yg semakin meningkat dijadikan alasan, dan ianya diterima oleh majikannya yg bersimpati dengan keadaannya itu. Bagi Hamid, ianya bonus baginya, kerana kerjanya sebagai pengawal keselamatan adalah topeng terbaik baginya. 2, 3 hari bekerja, manakala hari selebihnya bebas digunakan mengikut kehendaknya. Orang kampong tidak pernah menganggunya dan itulah juga yg dikehendaki oleh Hamid.

Dendam dan NafsuWhere stories live. Discover now