::: chAPTer 1 - Bye, World! :::

25 6 0
                                    

"Kalau aku kata aku suka kau, kau nak buat apa?" kata Jungkook sambil matanya yang bundar itu memandang tepat pada wajahku. Aku yang semestinya terkedu terkesima termalu tercirit sekali mungkin terus kaku. Budak kacak ni confess dekat aku ke? OH MY GOD!!! Otak aku jadi bingung, mabuk, kosong, berputar-putar, tak boleh berfikir. Mimpi ke? Tak mungkin sebab sakit pinggang sebab terpeleset dekat tandas tadi still belum hilang. Satu je dalam otak aku ketika itu.

"Apa kau gila?!" balasku seraya menolak Jungkook menjauhi aku. Tangannya yang tadi memegang lengan gebuku serta merta terlepas sebelum dia jatuh terjelepok ke lantai. Dia mengerang sambil menggosok-gosok tubuh keringnya yang kesakitan. Bukannya kuat sangat pun aku tolak. Dasar bilis betul mamat ni!

"Dah kenapa kau tolak aku?!" pekik Jungkook terkejut.

Aku menarik nafas dalam. "Aku tak ada kekuatan nak reject kau dengan kata-kata. Jadi aku tolak jelah kau. Get it? Aku. Tolak. Kau. Ada faham?" balasku sambil tanganku bergerak-gerak lagak orang sedang menerangkan sesuatu yang ilmiah. Budak nerd kan.

Jungkook yang tidak berpuas hati segera bangun semula sebelum mengibas-ngibas pakaiannya yang kotor. Dia mendengus. "Tak faham. Kenapa kau nak reject aku? Aku ingat kau suka aku!"

Aku mengelipkan mataku beberapa kali. Macam mana nak terang ni!

"Jungkook... Aku akui kau memang awesome apa semua. Muka ada. Attitude ada. Brain mungkin kurang sikit lah.. But that's not the point... Sepanjang kita jadi partner group ni pun, chemistry kita memang ngam. But I just cant accept you, dude!" terangku bersungguh-sungguh.

Jungkook memegang tanganku lagi. Dia menelan air liurnya dengan pandangan tidak percaya. Nampak yang rasa putus asa belum mai lagi dalam dada dia bak kata orang utagha. "But... why? Just tell me the freaking reason, Hye-mi?"

"It's just that..."

"Hurm...?" Jungkook memandang tepat mataku. Hatiku kembali berdebar teruk. Pandangan itu tidak pernah tidak berjaya membuatkan aku cair. Mamat ni memang lelaki idaman aku dan aku yakin idaman satu sekolah. Aku sepatutnya gembira bila crush aku akhirnya meluahkan perasaannya padaku. Tapi, aku tak boleh... I just cant...

"I'm ugly and fat, Jungkook. I don't deserve you. In fat, anyone perhaps. Pun intended," jawabku sambil tersengih seolah-olah terhibur dengan lawakku yang tak berapa lawak. Aku segera mengalihkan pandangan apabila dua empangan diwajahku mula melimpahkan air mata. Tak sangka Jung Hye-Mi menangis sebab cinta. Tak sangka Jung Hye-Mi, si gemuk 94kg mendapat luahan perasaan dari budak lelaki paling hot di sekolah. Tak sangka Jung Hye-Mi, si raksaksa pendek mempunyai peluang menolak confession orang. Semuanya tak sangka. Mungkin hari ni hari paling gila. Hari paling pelik. Hari paling entahlah. Dunia nak kiamat mungkin.

Jungkook terus melepaskan tanganku sebelum dia menekup wajahnya dengan tangan. Menangis mungkin. Kecewa dengan rejection ku tadi. Suasana senyap serta merta menyelubungi koridor luar kelas itu. Hanya kedengaran bunyi desiran angin melanggar dedaunan dari pohon berdekatan. Aku juga yang mempunyai hati tisu turut sedaya upaya menahan tangisanku. Jangan cengeng, Hye-Mi. Kau yang reject dia!

Aku baru sahaja berkira-kira mahu memujuk lelaki itu apabila...

"...hahahaHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!"

Satu bunyi ketawa berdekah tiba-tiba meletus dari mulut Jungkook. Dia yang sudah tidak dapat menahan perasannya terus jatuh tergolek sebelum mengetuk-ngetuk lantai bagai kena sawan. Dah kenapa dia ketawa? Gila tak dapat terima hakikat ke apa? Aku segera mendapatkannya di lantai.

"Jungkook, kau okay?" soalku cemas. Aku cuba memegang lengannya. Namun, lain pula yang terjadi apabila budak lelaki berusia 17 tahun itu menepis tanganku dengan dingin. Wajahnya bertukar benci seolah-olah jijik denganku.

:: Sad Carnation | Suga+Jungkook ::Where stories live. Discover now