Tempat apa pula yang si Ferhat ni bawa Aryanna pergi. Naik hairan dengan sikap pelik si Ferhat tu.

Hampir 20 minit memandu, kereta Ferhat berhenti di suatu tempat. "Kita dah sampai." Ujar Ferhat lalu turun dari kereta.

Aryanna masih bingung. Keliru. Hairan. Semualah yang seangkatan dengannya! Satu persatu suku kata pada tembok dibaca oleh Aryanna.

'TANAH PERKUBURAN ISLAM AN-NUR'

Aryanna menoleh ke arah Ferhat di sebelahnya. Cool saja kelihatan lelaki itu. Seperti sudah biasa datang ke situ.

Ferhat tidak menghiraukan pandangan gadis yang kebingungan itu. Dia terus saja melangkah masuk ke dalam tapak perkuburan tersebut.

Walaupun tak faham, Aryanna tetap membuntuti langkah lelaki itu.

"Ferhat? Kita buat apa dekat sini?" Sunyi. Aryanna putar mata ke atas. Menyampah cakap dengan orang pekak ni!

Tanpa kata, Ferhat tiba-tiba melangkah ke hadapan. Dia berhenti di hadapan sebuah kubur. Aryanna mendengus kasar.

Bila tanya, tak dijawab! Suka buat orang tertanya-tanya! "Ferhat! Boleh tak, kalau saya tu! Awak tolong jawab? Saya tak suka la macam ni!" Aryanna menyeringai.

Panas hati bila dilayan acuh tak acuh saja. Jari telunjuk Ferhat segera mendarat di bibir Aryanna. Terkejut Aryanna dibuatnya.

"Eh! Apa ni!" Aryanna menepis kasar jari lelaki itu. "Shh.. Dekat kubur pun nak buat bising ke?" Soal Ferhat, masih lagi tenang.

"Saya bising? Macam mana saya tak bising! Kalau awak tu tak reti nak jawab soalan saya! Banyak kali saya tanya, kita buat apa dekat sini! Sepatah haram pun awak tak balas!"

Aryanna tak puas hati. Asyik nampak salah dia aje! Salah diri sendiri? Tak nampak pulak! Ferhat terdiam. Tak habis lagi marah gadis itu terhadapnya.

Ferhat mengalah. Dia memberi isyarat mata kepada Aryanna. Pada awalnya, Aryanna memang tak faham. Tapi melihat ekor mata lelaki itu bergerak ke arah sebuah batu nisan, Aryanna tersentak.

Wajah yang tadinya menegang, kini perlahan-lahan mengendur. Aryanna memandang Ferhat silih berganti. Wajah itu tetap tenang tanpa sebarang reaksi.

-Dalam kenangan-
Fatin Nasuha Binti Karim
1993-2017

Aryanna rebah. Kelam-kabut Ferhat menyambut tubuh gadis itu. Terasa bagai ada kilat yang menyambung dalam hatinya tika itu.

Dengan cuaca yang mendung dan redup pada waktu itu. Menambah lagi kedukaan dalam hati Aryanna.

"Fatin.." Aryanna menyeru nama sahabatnya perlahan. Kadang-kadang, tak langsung didengari oleh sesiapa pun.

Tangan Ferhat mendarat pada bahu Aryanna. Dia cuba memberi kekuatan. Dia juga seperti gadis itu. Sukar untuk menerima kenyataan bahawa yang tersayang telahpun tiada.

Namun, lama-kelamaan dia dapat menerima hakikat itu. Dia perlu teruskan hidup demi masa depan yang lebih cerah.

"Macam mana dia boleh meninggal?" Perlahan saja suara Aryanna bertutur. Mungkin dia masih terkejut. Semua ini terlalu pantas untuk dirinya.

Ferhat mengeluh lemah. "Dia excident. Sehari sebelum kita orang akad nikah." Tenang saja kedengaran suara Ferhat membalas.

Kuat sungguh hati lelaki itu, untuk menghadapi ujian tersebut. "Kenapa saya tak tahu pun?" Ferhat tersenyum lega.

Tiada lagi panggilan aku-kau seperti tadi. Mungkin dia sudah memaafkan.

"Banyak kali saya cuba contact awak. Saya cari awak merata tempat. Bila saya pergi rumah awak...ibu awak cakap, awak dah ke luar negara. Sambung belajar. Bila saya tanya dekat mana nak cari awak...ibu awak sendiri pun tak tahu. Awak pergi mana, Aryanna?"

Aryanna diam membisu. Tak sangka, lelaki yang membencinya dulu..rupanya sedang mencari dirinya. Dalam diam, rupanya Aryanna tersedu-sedan menahan sebak di dada.

Berjurai air mata yang ditahan sejak tadi. Terhinjut-hinjut bahu Aryanna menangisi pemergiaan rakannya itu. Ferhat yang sedari tadi memerhati, segera menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

Dia tak ada niat untuk mengambil kesempatan. Dia cuma ingin menenangkan gadis itu. Makin kuat tangisan Aryanna bila berada di dalam pelukan hangat Ferhat.

Dia sudah tidak mampu membendung rasa sedih dan kecewa dalam hati. Dia perlu lepaskan segala-galanya ketika itu.

Kepala Aryanna yang terlindung dengan tudung itu, diusap penuh kasih. Entah kenapa, hati Ferhat berdebar tiap kali berada dekat dengan gadis itu.

Ahh! Dia dah jatuh cinta ke? Dengan gadis yang pernah dibencinya suatu masa dulu? Ya! Kali ni, Ferhat terpaksa mengakui yang dia sendiri tewas dengan tembok ego yang dibina oleh dirinya sendiri.

Benar kata orang dulu. Kerana mulut, badan binasa.

****************************

Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow my facebook Nur Sabrina

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now