34: Bagitahu

7.2K 1.3K 461
                                    

300 votes + 40 comments

Jungkook mengorak langkah sepantas yang mungkin bagi mendapatkan Suyeon.

Sempat Jungkook mencelah masuk kedalam kotak lif yang sama dengan Suyeon.

Jungkook merapatkan tubuh badannya mendekati Suyeon di hujung sudut lif.

Kebetulan sahaja Taehyung turut berada didalam lif itu. Sempat Taehyung memandang kearah wajah Jungkook.

Memang terserlah wajah Jungkook yang sedang menahan senyum.

Manakala Suyeon menghalakan matanya kearah lain supaya tidak bertentang mata dengan Jungkook yang berada disebelahnya.

Seakan-akan mereka berdua sedang menyorokkan hubungan cinta.

☆☆☆☆

"awak dengan Jungkook, dating ke?" Taehyung menyoal Suyeon sebaik sahaja keluar dari lif itu bersama.

"Eh, mana ada. Mengarut je!" Suyeon menafikan.

"iya ke?" Taehyung mengecilkan matanya tanda tidak mempercayai gadis itu.

Suyeon mengangguk laju.

"Alaaa, tapi korang berdua nampak comellah, sesuai pula tu" Taehyung memuncungkan bibirnya sedikit tanda tidak puas hati.

"Betul?" Suyeon menyoal.

"apa yang betul?" Taehyung menyoal kembali.

"kami berdua nampak comel kalau bersama?" Suyeon menyoal.

"ah! dah agak! Awak suka Jungkook kan?" balas Taehyung.

Suyeon menekup bibirnya, ah sudah. Tersilap cakap pula.

Taehyung tersenyum kecil sebelum berjalan melintasi Suyeon.

"awak!" Suyeon mengejar langkah Taehyung.

"janganlah bagitahu dia" suara Suyeon di perlahankan.

Taehyung berhenti melangkah lalu memandang kearah Suyeon.

"awak tahu? Saya rasa nak bagitahu dia sekarang" kata Taehyung.

Lantas Taehyung berlari menuju ke tangga kecemasan.

"Taehyung!" lantas Suyeon mengejar langkah lelaki itu menaiki tangga.

☆☆☆☆

T

aehyung cepat-cepat memasuki bilik pejabat Jungkook lalu mengunci pintu bilik itu.

"Taehyung-ah, wae?" Jungkook menyoal sambil memandang pelik kearah Taehyung.

Perlahan-lahan Taehyung berjalan mendekati Jungkook yang berada di meja kerja sambil menyemak fail-fail projek.

"Saya nak tanya, tuan suka cik Kim Suyeon?" Taehyung menyoal.

Jungkook memandang kearah Taehyung dengan pandangan yang seribu tanda soal.

"kenapa? kau nak kata aku benci dia ke?" Jungkook menyoal secara serius.

"Ani, maksud saya. Suka yang macam, cinta?" balas Taehyung.

Jungkook kekal memandang kearah Taehyung, adakah lelaki ini ingin mengatakan yang dia juga turut menaruh hati terhadap Suyeon?

Pandangan Jungkook beralih kepada pintu apabila tombol pintu dipaksa buka dari luar, tapi disebabkan Taehyung sudah menguncinya jadi, pintu itu tidak dapat dibuka.

"cepatlah tuan! tuan suka Suyeon atau tidak?" Taehyung menyoal dengan nada yang ditegaskan.

perlahan-lahan Jungkook mengangguk, pen pada jari-jemarinya itu diletak keatas meja.

"Tahniah! Suyeon pun suka tuan juga!" Suara Taehyung kedengaran teruja.

"B-betul?" Jungkook menyoal.

Kim Suyeon POV💚

Suyeon merapatkan telinganya pada pintu bilik pejabat Jungkook itu.

Segala pandangan orang yang lalu-lalang disitu diabaikan oleh Suyeon.

"Tolonglah Taehyung, jangan buat kerja gila" Sayu sahaja kedengaran suara Suyeon.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka daripada dalam yang membuatkan Suyeon hampir terjatuh.

Nasib baik sahaja dia tidak bergolek jatuh.

Suyeon membetulkan kedudukannya, lalu dia berdiri dengan seimbang.

Kim Suyeon memandang kearah lelaki yang berdiri betul-betul dihadapannya.

Jeon Jungkook memandang kearah Suyeon, dengan pandangan yang kosong.

"err.. maaf, saya tak berniat untuk mengendap" kata Suyeon sambil menunduk kebawah. Takut benar untuk memandang wajah lelaki itu apabila wajah yang dia lemparkan sedemikian.

"kau suka aku?" Jungkook menyoal dengan nada mendatar.

Suyeon memejam rapat matanya, argh hari ini mungkin akan jadi hari yang malanh buatnya.

"Kim Suyeon, tolong jawab dengan jujur kali ni" kata Jungkook masih lagi dengan nada mendatar.

"iya, memang saya suka awak. Tapi, jangan risau saya sedar yang saya tak layak" kata Suyeon sambil menunduk memandang lantai.

Pekerja lain sudah memandang kearah mereka berdua, ada juga yang tidak terlepas dari detik ini dengan merakamnya.

"ada aku tanya yang kau layak atau tidak" balas Jungkook.

Suyeon mengigit bibirnya, sudah.. tersalah cakap.

Tiba-tiba sahaja Jungkook membongkokkan tubuhnya supaya menjadi lebih rendah dari Suyeon.

"Aku pun sukakan kau, boleh tak kalau kita berdua..." kata-kata Jungkook terhenti. Dia gugup!

Suyeon memandang kearah tingkap, kelihatan angin mulai bertiup kencang.

"awak! saya sayang awak!" lantas Suyeon memeluk bahu Jungkook yang lebih tinggi darinya itu.

Jungkook terasa seperti jantungnya seakan-akan terhenti.

Tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat.

"awak sedih ke?" Suyeon menyoal sambil menekup wajah Jungkook.

"B-bukan, aku b-betul- betul sedang jatuh cinta" balas Jungkook.

Taehyung mengukirkan senyuman pada bibirnya.

Jungkook sudah jatuh cinta. Maka, cuaca mulai menjadi huru-hara.

TBC

Aku tahu cerita ni mengarut dan tak best. Maaf weih.

Maaf jugak sebab lama tak update. Lepas ni, chapter ending. Kalau aku rajin. Aku publish jugaklah epilogue.

Doakan aku rajin.



✔ Encik Pengubah Cuaca Where stories live. Discover now