Oh, ingatkan masalah besar. Rupa-rupanya si dia datang melawat kekasih hati.

"Kau ni berhalusinasi je. Lain kali jangan melayan sangat drama Korea sampai berjam-jam."Namjoon mencipta alasan logik agar Minji tidak mengesyaki apa-apa perilaku aneh si dia yang misteri itu.

-------

Puas aku bergerak ke kanan dan ke kiri. Habis satu pelusuk katil aku golekkan tubuh badanku. Jawapan yang diberikan oleh Namjoon berbau sinis dan palsu. Ingat aku slow sangat?

Kau tipu aku. Eceh, cakap jelah aku kena ganggu dengan entiti paranormal setiap malam.

Kerja sambilan kau sebagai pemburu syaitan dan hantu sudah tersemat kemas di dalam otak aku. Riak muka kau sewaktu sedang menipu pun aku boleh teka dengan mudah.

"Hurmmm."aku mengeluh panjang. Aku daratkan telapak tanganku di atas perut yang memboyot.

Rezeki untuk berbadan dua muncul tanpa diundang. Aku sendiri kurang pasti siapa bapa kandung bayi ini dan dua lagi anak aku.

Namjoon awal-awal aku yakin bukan gerangan dirinya. Berbulan lamanya aku berusaha untuk mencari identiti sebenar suamiku. Semuanya menemui jalan buntu.

Aku syak si Namjoon tu dalang utama yang padam memori aku. Iyakan?

"Dasar Namjoon. Eeei, geram lah."aku merungut kecil. Lama-kelamaan, kelopak mataku terasa makin berat sehinggalah aku hanyut dibuai mimpi.

Ah, lantaklah. Doa aku cuma satu sahaja. Tuhan, izinkan aku tidur lena malam ini. Jauhkan aku daripada gangguan makhluk halus.

Setiap malam nak sentuh aku. Hey, gatal juga hantu ni.

-------

Tingkap bilik wanita itu dikuak dari arah luar. Susuk tubuh sasa tidak berbaju dan hanya berseluar panjang itu melompat turun dari tingkap bilik yang terbuka.

"Baru tinggal sehari, aku dah rindu kau dan anak-anak kita."ujarnya separuh berbisik.

Sepasang mata unik berwarna merah itu asyik merenung wajah Minji yang nyenyak dilamun mimpi.

Dia buka langkah perlahan-lahan. Katil bersaiz Queen tersebut dipanjat berhati-hati. Telapak tangannya merayap di kawasan perut wanita itu lalu bibirnya ditekap lembut.

"Anak daddy sihat je kan? Ada susahkan mummy tak?"ujarnya dengan bibir bergerak-gerak tanpa suara.

Selesai berbicara dengan bayi di dalam kandungan isterinya, Jungkook merangkul pinggang ramping Minji.

Tubuh kecil itu masuk ke dalam dakapan hangatnya. Senyuman lebar tertampal di wajah lelaki itu kerana tidur isterinya langsung tidak terganggu.

"Nasib tak kantoi. Bolehlah nak lepas rindu."tutur Jungkook sambil menggerakkan kucupan bibirnya di leher wanita itu.

Sejak Minji disahkan mengandung,  saban malam bilik wanita itu menjadi tempat singgahannya. Asalkan dia dapat sentuh wanita kesayangannya itu, Jungkook gembira teramat sangat.

Susah dia mahu berenggang dengan wanita itu walaupun dunia mereka sudah berbeza.

-------

Postur badan dikeraskan seperti patung. Aku kawal rasa geli tika bibir lembap seseorang menodai kawasan leherku.

Gila, gila dan gila. Mentang-mentang kau tahu aku tak bersuami, perempuan perut memboyot ni juga kau nak ganggu wahai hantu miang.

"Sayang."

Sentuhannya, pergerakan jemari kasarnya meninggalkan kesan berbisa kepada aku.

Walaupun aku benci, tapi jauh ke dalam sudut hati, aku terlalu mendambakan layanan semesra ini.

"H-hantu miang!"gelaran ini terlepas keluar juga dari bibir aku. Bibir entiti miang itu terhenti mengejut.

Aku sangka dia mahu lepaskan aku selepas itu. Telahanku tersasar jauh tatkala dia membawa bibirnya untuk disatukan dengan bibirku.

"Tutup mata selagi aku tak habis. Okay? "Bisiknya dalam nada meleret.

Haruman maskulin itu memberi satu perasaan nostalgia. Telapak tangannya yang terbenam di belakang badanku menolak wajahku rapat kepadanya.

Ciumannya bersifat menuntut. Seolah-olah dia menyimpan rindu yang menggunung tinggi kepadaku.

"H-hentikan."ujarku secara terdesak. Aku mahukan lebih lagi tetapi misteri yang tidak terungkai mematikan keinginanku.

Kelopak mataku dibuka luas. Tiada seorang manusia pun di dalam bilik ini kecuali aku sendirian menanggung bebanan perasaan yang aneh ini.

Aku sentuh bibirku. Aku berani bersumpah momen manis sebentar tadi adalah realiti bukan fantasi.

"Tutup mata dan buka semula."

Suara gemersik dan garau itu menyapa deria pendengaranku semula.

Arahan ringkasnya aku ikut tanpa banyak soal.

Sekali percubaan, kepalaku menoleh ke arah tingkap. Tubuh tegap seorang lelaki dengan sepasang mata unik berwarna merah sedang khusyuk menatap wajahku.

"Terima kasih Minji. Tidur lena sayangku."

Aku tergamam melihat ketampanan wajahnya. Mimik wajah lelaki asing itu menjerit aura kejahatan, renungan matanya terlalu redup bersama senyuman yang mampu mencairkan hati wanitaku.

"S-siapa awak sebenarnya?"aku menyoal keras. Tubuhku disandarkan lemah di katil. Nafasku terseksa setiap kali pandangan mata kami bertaut.

"Aku cinta hati kau untuk selamanya."

Nada suaranya mengendur. Lelaki itu menyeka air mata yang mengalir di atas permukaan pipinya.

"Walaupun kita berpisah dunia, aku berjanji untuk setia menemani malam kau yang sunyi. Kerana aku, Oxyjeon kau, Minji."

Aku tekup mulutku supaya tangisan pilu tidak kedengaran. Aku cuba pejam mataku rapat-rapat.

Ingatanku kosong tanpa memori lelaki ini. Tetapi, aku yakin hatiku menyatakan kebenarannya.

Jantungku ligat mengepam darah. Denyutan jantung ini membisikkan suara cinta yang mekar untuk dia seorang.

Oxyjeon, aku harap kau sudi menunggu ketibaanku selepas nafasku yang terakhir dihembus di muka bumi.

Terima kasih, Oxyjeon. Tunggu aku ya?

-Tamat-


A/N:

Menerusi bab 30 ini, saya tamatkan karya saya.

Terima kasih kepada para pembaca yang cukup setia mengikuti siri ff lakonan anak Jeon ini sehingga ke akhir.

Terima kasih, tulus ikhlas dari hati saya.

Moga penamat/ending ini tidak mengecewakan kalian semua.

Salam Ramadan, Selamat Hari Raya saya ucapkan ❤

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now