10

4.2K 769 36
                                    

Oxyjeon • jeon jk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oxyjeon • jeon jk

Soal makan minum anak Jungkook sentiasa menjadi keutamaan sejak pemergian lelaki itu ke Jakarta. Nak gelar anak sendiri, mungkin aku perlukan sedikit ruang dan masa yang sesuai.

Memori tentang suami sendiri pun aku cuba korek dari dalam fikiran pada setiap hari. Namun, usaha aku tetap tidak membuahkan hasil.

Aku yakin ingatan aku yang lalu tidak mampu muncul dengan mudah. Perasaan teruja menyelinap ruang hati tatkala bunyi tombol pintu dipulas seseorang dari arah luar bilik.

Setiap hari aku menantikan kepulangannya. Semuanya demi kebenaran yang ingin aku cungkil sedikit demi sedikit.

"Kau tunggu aku ke, sayang? Dah lewat ni."soal Jungkook sambil menyandarkan badan di belakang pintu bilik.

Aku segera mencapai beg pejabat berwarna biru tua yang diserahkan oleh majikanku. Aura kekok dan janggal menyebabkan segala gerak-geri tubuh badan berubah aneh.

Aku seperti cacing kepanasan apabila anak mata Jungkook merenung tajam kepadaku.

"Ya. Saya tunggu awak. Mandilah dulu. Kalau awak larat, saya nak panaskan lauk untuk isi perut awak tu. Boleh?"aku lontarkan pertanyaan serba ringkas dan padat agar mood lelaki itu berada di tahap memuaskan.

Aku mengambil keputusan untuk berlalu pergi dari kawasan bilik kerana Jungkook tetap diam membisu. Pergerakanku dihalang pantas melalui tindakan mengejutnya.

Jungkook menolak lembut bahuku rapat ke permukaan pintu bilik. Pipiku disapa dengan hembusan nafas hangatnya. Kemudian, dia tidak membuang masa yang lama sebelum bibir itu mencium lama kedua-dua pipiku.

Bibirnya dijarakkan sedikit dari kawasan wajahku. Riak wajah Jeon Jungkook kelihatan berseri daripada biasa.

"Kau buat aku gembira. Aku janji aku takkan biarkan kau larikan diri buat kali kedua. I promise you to be a good husband and a good father to our kids. Pinky promise!"

Aku gerakkan tangan di kawasan permukaan dada sasa lelaki itu. Degupan jantungnya meyakinkan aku terhadap cintanya yang tulus.

Aku tertanya-tanya. Apa kekurangan yang wujud dalam hubungan kami berdua sehingga aku sanggup larikan diri daripada lelaki istimewa ini beberapa tahun yang lalu?

Siapa kau wahai Jeon Jungkook?

Kau..tak sorok apa-apa yang jahat daripada pengetahuan aku kan?

Aku hanya mampu berharap perkara-perkara yang baik-baik sahaja.

-tbc-

A/N:

Maaf update lewat pagi.

Kebetulan sibuk kerja. :')

Komen bebanyak eh. Komen korang kasi semangat untuk saya rajin menaip, terima kasih. 😭❤

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now