11

4.2K 779 87
                                    

Oxyjeon •jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oxyjeon •jjk

Jungkook sedar renungan yang bertalu-talu hadir daripada isterinya. Mujur dia dapat mengawal diri, kalau tidak sudah lama wanita itu dicempungnya masuk ke dalam kamar bilik.

Dia teramat rindukan isterinya yang dulu. Tetapi, Jungkook bertambah risau. Penantian hari demi hari mengakibatkan sisi dirinya menjadi sangat gelisah.

Rahsia gelap yang disimpan kemas itu perlu dijaga sebaik-baiknya sehinggalah memori isterinya pulih semula.

"Maaf jika saya tanya awak tiba-tiba aje ni. Siapa saya sebenarnya Jeon Jungkook? Boleh awak beritahu sebab sebenar saya larikan diri daripada awak? Saya tak paksa. Awak boleh jawab kalau awak dah ready."ujaran ayat-ayat ini dikarang serta dilafaz penuh berhati-hati oleh Min Ji.

Apabila dia merasakan tanda-tanda jelas lelaki itu ingin melepaskan amukan di hati, jari-jemarinya dibawa ke atas telapak tangan Jeon Jungkook.

Dia harus bijak memujuk si suami menggunakan jalan alternatif yang lain.

"K-kau isteri aku. Hak milik aku seorang. Ibu kandung kepada dua orang anak kita. Kau hilang ingatan sebab aku.."tutur Jungkook satu persatu menggunakan bunyi suara yang perlahan.

Hujung garfu besi itu digenggam kuat. Satu tabiat kegemaran Jungkook sewaktu dirinya dilanda konflik yang hebat.

Min Ji menggelengkan kepala. Dia bawa kedua-dua telapak tangan ke arah pipi lelaki itu.

"Jungkook, ingat. Saya tak paksa awak dedahkan semuanya sekali gus. Takpe, teruskan makan. Nanti boleh rehat awal."pujuk Min Ji menerusi mainan kata-kata bernada lembut dan bisa menggetarkan jiwa lelakinya.

Jungkook biarkan dirinya terbuai dengan belaian jari-jemari halus milik isteri kesayangan. Sudu dan garfu dibiarkan melorot jatuh ke dalam mangkuk berisi bubur pedas itu.

Mulut Jungkook tersasul menyebut satu baris ayat keramat yang mampu menghilangkan setiap sel-sel keberanian di dalam diri Min Ji.

"Kau lari sebab dulu aku cuba nak bunuh kau. Nasib kau lari, dapatlah kau hidup..hurm sampai sekarang."

Min Ji mengundurkan diri jauh daripada Jungkook. Rengusan kasar Jungkook meletakkan Min Ji dalam satu situasi genting.

Mahu atau tidak, dia perlu hadap amukan Jungkook.

Pergelangan Min Ji dicengkam kuat sehingga permukaan kulitnya bertukar merah. Jungkook segera bangun dari tempat duduk sambil mengheret tubuh kecil gadis itu keluar dari ruang dapur.

"Aku akan buatkan kau ingat siapa sebenarnya oksijeon yang kau selalu angau setiap hari. Hati aku dah cukup sakit kerana kau tak ingat kenangan kita bersama."

Baris-baris ayat ini menyebabkan lidah Min Ji kelu untuk melawan semula. Dia biarkan lelaki itu menarik pergelangan tangannya menuju ke satu destinasi yang tidak diketahui.

-tbc-

A/N:

Watak Jungkook dalam story ni romantik habis. ;)

Jadi, bab-bab selepas ini kita lihat who's the real Oksijeon?




[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now