29

2.7K 521 111
                                    

Oxyjeon • jjk

Oxyjeon • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Ayuh lihat Namjoon beraksi.

Bab kedua terakhir ❤

---------


"Pegang tangan aku dan jangan sesekali lepaskannya, faham?"

Jungkook bersuara perlahan sambil mengeratkan genggaman jari-jemari kami berdua.

Kegelapan malam serta suasana yang sungguh sepi tidak membantutkan hasrat Jungkook untuk membawa aku pergi jauh dari rumah agam tersebut.

"S-saya takut Namjoon berjaya temui awak."ujarku dalam nada suara bergetar menahan tangis.

Enjin kereta dihidupkan. Lalu, Jungkook segera menekan pedal minyak agar kami cepat sampai ke destinasi seterusnya.

Dua figura kecil anak-anakku masih hanyut dibuai mimpi. Apa-apa yang terjadi sekalipun, aku harap mereka mampu menerima takdir yang sudah tersurat.

Inilah padahnya wujud satu kehendak hati yang ingin masuk ke dalam urusan syaitan. Penamat yang menggembirakan sekadar menjadi angan-angan di dalam hati.

"Aku cuma mahu kau selamat, Minji. Kita pergi berjumpa appa dan eomma aku dahulu. Everything would be fine after this. "pujuk Jungkook menggunakan intonasi suara lembut.

Usai menghantar Jung Min dan Min Woo ke rumah asuhan di bawah jagaan ahjumma Min, kereta yang dipandu Jungkook meluncur laju ke satu destinasi misteri.

"Seganas manapun aku, kau harus tahu sesuatu. I always love you."

Kami sempat menatap wajah masing-masing tanpa sebarang kata-kata. Iris mata berwarna merah itu merenungku sekilas.

Lama tatapan matanya sehingga hatiku berasa kurang enak dan sangsi dengan aturan Jungkook pada malam itu.

Kau janji takkan tinggalkan aku, Jungkook. Kotakan janji kau. Semua ini sudah cukup untuk melegakan hatiku.

-------

Namjoon memerhati gelagat pasangan suami isteri itu dari dalam kereta. Bibirnya tersungging senyuman kelat. Sehelai kertas berisi coretan mantera pengusir syaitan dibeleknya berulang kali.

Apa motif Jungkook merayu kepadanya semata-mata untuk tamatkan semula ini?

"Aku sendiri kurang faham dengan diri kau, Jungkook. Kau desak aku untuk usir kau ke neraka. Kau tak sayang Minji?"keluh Namjoon.

Juntaian anak rambut dikuak kasar ke belakang. Telapak tangan ditekup ke wajah seraya rengusan kuat melolos dari celah bibir.

"Kau amanahkan Minji kepada aku. Aku berjanji isteri dan anak-anak kau sentiasa gembira di bawah jagaan aku. You must have your own reason, Oxyjeon."

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now