"Tak, sebab ada kau."

Merah padam muka Haniq dibuatnya. Sengaja dia cuba menutup mukanya dengan telapak tangan. Habis kalau Anisa nampak!

"Hmm yelah." Ucapnya dengan ringkas sambil bergerak ke arah taman. Akhirnya Anisa berjaya memujuk Haniq dengan caranya sendiri.

Sebaik sahaja sampai di taman, Anisa mula merapati dirinya dengan Haniq. Sekeliling taman itu, dipandangnya. Gelap gila! Desisnya.

"Asal tercegat? Jalanlah." Sindir Haniq sambil melirik matanya memandang muka Anisa yang cuak. Sudah dapat diagak dah! Perasan berani last last diri sendiri yang cuak.

"Emm kau jalan dululah. Mana tau kau nak lari tinggalkan aku ke apa." Selamba Anisa menjawab. Tidak fikir sedikitpun Haniq di sebelah yang menahan tawanya. Anisa, Anisa, Anisa. Ada sahaja jawapanya.

"Hmm" Malas mahu berfikir panjang, Haniq terus berjalan di hadapan Anisa.

Andai kau cinta kepadanya,
Jagalah dia sepenuh jiwa.
Doakanku juga bahagia
Lebih terbaik waktu bersamamu~

Namun jika cintamu kerna
Engkau tertekan ketepaksaan,
Beranikan kembali kepadaku
Akan kupertahankan seluruh nyawaku~

Nyanyian Haniq memecah kesunyian Anisa. Hilang jugalah ketakutannya. Tidak dapat nafikan juga, suara Haniq memang sedap untuk didendangkan di telinga ketika waktu begini.

Selang beberapa minit, akhirnya mereka berdua tiba juga di hadapan rumah Cikgu Hasmah. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Kereta cikgu tak ada? Rumah gelap pula tu.

"Kau cakap hari ni ada tuisyen? Asal macam kosong je? Kau kencing aku ke apa?" Marah Anisa sambil bercekak pinggang. Haniq sudah mula menggaru kepala. Takkanlah dia salah tarikh kot? Telefon di kocek bajunya dilihat.

"Alamak!! Sorry Anisa. Aku salah tarikhlah." Kalut saja muka Haniq. Naik geram juga Anisa dengan perangai Haniq yang tak reti reti nak confirm kan tarikh. Asyik salah je! Ni kalau nak kahwin ni, confirm lupa tarikh sendiri.

"Penat tahu tak! Dahlah lalu tempat gelap. Semua salah kau." Buku tangan sudah mula dikepal. Lagi sikit saja lagi dia mahu WWE Haniq ni kang.

"Ouhh baru sekarang nak salahkan orang. Yang kau? Asal tak check tarikh sendiri?? Ha? Ha?" Terdiam Anisa dibuatnya. Dia mendengus geram.

"Biarlah. Aku mana bawa telefon." Hampir hilang separuh nyawa Haniq dibuatnya. Tak bawa telefon??? Apa gila minah ni? Desisnya.

"Kalau apa apa jadi? Ada orang nak apa apa kan kau? Kau nak call guna apa? Guna public fon? Kau fikir ni drama melayu ke apa? Mana ada penjahat bagi kau masa nak telefon!!" Bebel Haniq. Entah kenapa telinga Anisa mula rasa bengkek.

"Bisinglah kau ni!! Kalau tak nak teman aku balik, cakap terus terang. Hishh!!" Marah Anisa menghentak hentak kakinya lalu meninggalkan Haniq jauh di belakang.

Anisa mula membebel sendiri tanpa menoleh kiri dan kanan sedikitpun. Sekali saja dia sudah bengang mana mahu ingat dunia. Ni kan pula dengan Haniq. Memang panas saja hatinya.

Langkahnya terberhenti seketika. Peluh sudah membasahi dirinya. Matanya melilau memandang sekeliling perumahan. Sunyi dan sepi.

"Aduhhhh matilah aku macam ni!! Asal aku lalu sini?? Dahlah gelap manalah aku boleh cam laluan ni." Rungutnya. Telefon dahla tak ada, Haniq pula ditinggal begitu saja dan sekarang ni, dia tak tahu jalan nak balik??

Janji💕💕Where stories live. Discover now