BAB 19

630 24 0
                                    

Pintu bilik hotel Legoland dibukanya. Kunci diletakkan atas meja. Rasa penat terus hilang apabila sudah bebas dari ikatan tangan bersama Syafiq.

Tudung dibuka. Dilihat jadual esok start jam 10 pagi dan masih di Legoland.  Lusa baru ke Cameron Highland. Baru dia sedar, suaminya ini sungguh kaya.Namun kekayaan suaminya dia tidak minta pun. Kahwin pun sebab darurat.

Satu mesej masuk. Nombor misteri. Tidak dikenalinya. Katanya dari suaminya. Ayat pun sweet. Mungkin nak pujuk kot. Dilayan juga mesej tu.

"Assalamualikum, sayang? "tuli mesej tersebut.

"Apa? "

"Sorry! Jom jumpa"

Lia pelik. Biasanya dia tak jawab salam kena dah. Ayat sentap dari suami.

"Kat mana? "Lia melayan lagi.

"Bilik I. 606"

Lia ragu-ragu. Bilik suaminya no 909 bukan 606.Dengan pantas Lia menelefon suaminya.

Namun sayang, suaminya tak angkat. Diberi pesanan suara cemas pada suaminya.

'Abang, tolong saya! Ada nombor tak kenal chat saya. Dia kata nak jumpa saya kat bilik 606,sedangkan saya tahu abang bilik 909'

Lia gelabah. Dia melihat luar bilik melalui lubang. Tiada sesiapa. Tudung bawal yang digunakan tadi diambil kembali. Telefon dipegang kuat. Dilihat sekali lagi melalui lubang. Masih tiada.

Dengan bismillah, Lia keluar dari biliknya untuk bertemu Syafiq. Pintu ditutup. Dilihat kiri dan kanannya masih tiada orang. Pantas Lia bergerak tetapi namanya dipanggil dari belakang.

Dia memusingkan badannya untuk melihat gerangan yang memanggil. Syafiq! Dia memeluk Syafiq dengan erat. Takut yang teramat. Tiba-tiba dia menghidu sesuatu dan pengsan di situ juga.

😴😴😴

Matanya dibuka. Lia memandang sekeliling. Seperti pernah nampak. Bilik sendiri ni. Dilihat tiada orang sekeliling. Lia bangun untuk mengingati apa yang terjadi.

'What happen to me? Why i am here?'

Persoalan yang terbit di otaknya. Pintu bilik air terbuka. Syafiq yang keluar dari situ. Tapi, macam mana? "

   "Abang? Ada apa-apa berlaku ke semalam? "soal Lia meminta kepastian.

Syafiq menariknya untuk duduk dahulu atas katil. Dia menghela nafas pendek sahaja.

   "Actually, awak sikit lagi kena culik.... "kata-kata Syafiq pantas dipotong oleh Lia.

"Cu...Culik? Sape? "potong Lia. Takut-takut Danish kembali lagi.

   "Awak jangan risau. Saya ada kan? Jangan risau "pujuk Syafiq lalu memeluk Lia untuk menenangkannya.

❣️❣️❣️

2 minggu kemudian....

Bagasi ditarik lembut oleh Lia dan Syafiq kini. Berjalan berdua berpegangan tangan di sekitar Seol Korea. Satu hotel Korea ternama dimasuki. Selepas check in, Syafiq membawa Lia untuk meletakkan barang.

Encik Sabar Cik Garang [COMPLETED]Where stories live. Discover now