BAB 20 (Last Bab)

854 21 0
                                    

Pulau Jeju menjadi destinasi Lia dan Syafiq seterusnya. Mereka berjalan pada senja waktu Korea sambil berpegangan tangan. Kasut dipegang pada lawan tangannya.

Jelas ternampak tapak kaki Lia dan Syafiq apabila melewati setiap pasir Pulau Jeju tersebut. Lia memberhentikan langkahnya dan mengambil tempat untuk melihat matahari terbenam.

Syafiq yang melihat tindakan Lia mengikuti sahaja. Lia melentokkan kepalanya di bahu Syafiq dengan lembut.

   "Abang? Indah pemandangan hari ni. Tenang saya tengoknya"ucap Lia melihat awan pulak.

"Alhamdulillah, itu semua ciptaan Allah. Allah Maha Berkuasa, apa yang ada kat bumi ni dia yang hasilkan. Bangunan dan teknologi sekarang Allah yang hasilkan. Nak tahu kenapa? Tanpa akal manusia tak mungkin boleh menghasilkan teknologi sekarang"balas Syafiq panjang lebar.

Lia mendengus dalam hati.

'Tanya sikit, jawab bukan main panjang'

   "Sayang dengar tak? "Soal Syafiq lalu mengusap kepala Lia yang berlapik tudung.

"Hah! Dengar, dengar"balas Lia menipu. Seakan-akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

   "Pandailah menipu tu. Memang nak kena"kata Syafiq sudah menduga.

"Dey, hidung jangan main"marah Lia apabila Syafiq mencubit hidungnya.

💓💓💓

Syazwan memakai cermin mata hitam pada matanya. Telefon dikeluarkan dari poket seluar sambil dia berjalan menuju ke parking kereta. Entah mata letak dekat mana, dia melanggar orang.

Dengan pantas, Syazwan membuat drama di tepi jalan tu, menahan dari orang yang dilanggarnya jatuh.

Kasih menutup mata rapat. Ye! Orang itu adalah Kasih. Dibuka matanya perlahan-lahan apabila dia merasa ada orang menahan badannya dari terjatuh.

   "Sorry! "ucap Syafiq lalu mendirikan Kasih semula. Dia masih belum terkejut, mungkin belum perasaan gadis yang dilanggarnya.

"Tak pe"balas Kasih lalu menundukkan kepala dan mencangkung mengutip barang runcitnya yang terjatuh.

   "It's that you Kasih"soal Syazwan lalu membuka cermin matanya untuk melihat dengan lebih jelas.

Butik JAKEL di Kuala Lumpur dimasukki oleh Syukri. Dia hanya memberi isyarat tangan apabila pekerjanya menegurnya.

   "Encik Syukri, kita ada pekerja baru hari ni"ucap Sofea sebagai assistant cawangan JAKEL di Kuala Lumpur.

"Okey, suruh dia jumpa saya kejap"balas Syukri lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa brand berhampiran cashier.

Syifaa' menundukkan kepalanya apabila berhadapan the owner of JAKEL company. Syukri memandang Syifaa'. Tika itu, dia berasa sangat terkejut. Matanya tidak salah lihat kan?

   "Assalamualaikum, nama saya Nik Nur Syifaa'. Salam perkenalan "taaruf Syifaa' masih gemuruh.

Bukan dia tak kenal lelaki depannya itu. Rakan seperjuangan ketika di Legoland.

Kafe berhampiran tempat letak kereta dituju Syazwan dan Kasih ketika itu. Selepas mengambil pesanan, Kasih lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon. Malas mahu menatap Syazwan. Bukan apa, zina mata tu. Takkan nak dosa free.

Encik Sabar Cik Garang [COMPLETED]Where stories live. Discover now