(55)- Realiti

8.1K 463 90
                                    

Anna bangun dari tidur dan mengesat matanya. Aik? Dia tidak ingat pula dia tidur semalam. Bukan ke dia menangis semalam dan Zarith masuk biliknya dan memeluk bahunya? Jangan kata dia......

Anna menepuk dahi. Aaaaaa malunya! Kenapa dia boleh tertidur dalam dakapan Zarith? Mesti Zarith menyampah. Dia dah la berat, tidur atas dada lelaki pulak tu. Anna mahu menjerit sahaja. Bagaimana dia mahu bersemuka dengan Zarith kalau malam tadi dia mengada?

Anna menarik nafas dan hembus, okay Anna relax, takde apa apa pun kalau dia ungkit kau....kau lari! Yes lari.

Anna menggeleng dan terus dia mengambil telefonnya dan memeriksa apa yang patut sepanjang dia melayari alam mimpi.

Unknown : let's meet ?

Anna membaca text itu kemudian memutarkan bebola matanya. Tak habis habis lagi ye Haikal ni? Tak faham bahasa ke yang orang dah reject dia?

Anna : go get a life

Terus Anna block number tersebut dan ke kamar mandi

Setelah siap segalanya, dia terus turun ke meja makan untuk breakfast. Dia kerling jam, pukul 10 dah! Memang takde siapa lah yang breakfast ketika ini. Semua dah pergi kerja. Anna mengeluh. Dia bosan! Nasi gorengnya pula seakan sikit, kelip kelip kelip kelip sudah habis. Nak buat apa pulak lepas ni?

Kemas rumah! Sangat isteri mithali ye Anna ini.

" baby baby, harini kita kena productive okay? " kata Anna sambil mengusap perutnya. Nasib baik babybumpnya tidak terlalu besar kalau tak nak berjalan pun Anna takut.

Dari ruangtamu, tandas, dapur, biliknya, bilik tetamu semuanya dia bersihkan kecuali bilik Zarith, of course. Takde masa dia nak bersihkan bilik Zarith. Bilik lelaki pulak tu. Mesti busuk.

Dia menolak pintu bilik orang tuanya perlahan lahan sambil menarik mop dan bekas takungan air yang telah dicampur sabun sedikit. Actually tak banyak dia perlu lakukan. Nama pun bilik orang tuanya, sudah semestinya ibunya telah membersihkannya hari hari. Anna cuma mengemaskan rak rak dan meja meja sahaja yang dia rasa banyak debu.

Dia menarik satu laci yang tempat ibunya simpan dokumen dokumen dan pasport yang penting. Bersepahnya ya Ampun!

Anna mengeluarkan semua dokumen itu dan letakkannya di lantai. Berdebu! Anna duduk bersila di lantai dan mula memasukkan kembali kertas kertas yang berkaitan ke dalam fail yang ditetapkan.

Tiba tiba matanya tertacap pada satu surat ini.

Surat pengakuan pengambilan anak angkat dari Pusat Jagaan Anak Yatim Seri Kasih

       Saya Amir Abdullah bin Fauzi dan isteri, Shafina Binti Suhaili mengaku telah mengambil seorang (1) anak angkat perempuan yang berusia 3 bulan dari Pusat Jagaan Seri Kasih pada 24 Mei 1999 yang bernama (mengikut surat beranak) Anna Fasharina binti Abdullah yang dilahirkan pada 6 Februari 1999. 

Anna meneguk airliurnya. Apa ni ?

Terus dia membuka fail yang berkaitan dengan surat yang dijumpainya.

Surat beranak

Nama : Anna Fasharina Binti Abdullah

Tarikh Lahir : 6 februari 1999

Tempat Lahir : Hospital Tunku Ampuan Rahimah

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Rahman

Nama ibu : Hashimah binti Ali

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now