(46) - Rindu

6.6K 349 67
                                    

Anna mula tersedar dari tidur panjangnya. Kepalanya berdeyut denyut. Dia cuba menganalisa tempat yang dia berbaring sekarang. Ini biliknya! Mata Anna mula terbuka luas. Betul! Ini biliknya. Segalanya masih sama walaupun sudah setahun lebih dia tidak ke sini.

Pintu biliknya di kuak. Puan Syafina masuk sambil menatang dulang yang ada bubur dan juga air suam.

" ibu! " terus Anna memeluk Puan Syafina setelah Puan Syafina meletakkan dulangnya di laci meja di sisi katil Anna.

Puan Syafina membalas pelukan Anna. Rindunya terhadap Anna tidak terucap. Dia memeluk Anna erat. Didalam hati, dia bersyukur sangat bahawa anaknya tidak terapa-apa.

" Anna, ibu rindu Anna sangat. Syukurlah Anna kembali ke rumah dengan selamat " kata Puan Syafina. Air matanya setitis demi setitis mengalir. Air mata kesyukuran.

" Anna pun lagilah rindu ibu! " balas Anna. Tipulah kalau dia tidak rindu ahli keluarganya. Memang penipu.

Pintu bilik Anna dikuak lagi. Kini, Affin masuk bersama Ariana. Terus Anna memeluk kedua individu yang amat dirinduinya.

" syukurlah Anna selamat. Kakak risau sangat. Adha dengan Afrina rindu sangat maksu dia ni " kata Ariana sambil mencuit hidung Anna.

Anna terkejut " Akak dah bersalin ? Ah ruginya Anna tak dapat jadi orang pertama yang jumpa Afrina "

Ariana hanya mampu mengangguk sambil tersenyum. Walaupun dia jarang berjumpa dengan Anna, atas sebab kedudukan tempat dia tinggal dengan tempat orang tuanya amat jauh sekali. Tapi kakak mana tidak merindui adiknya kan ? Adiknya yang periang dan mudah didekati orang ini? Lagipun, kehilangan Anna membuatkan dia mahu meluangkan masa dengan lebih lama dengan keluarganya. Sebab itulah dia mengajak suaminya untuk berpindah di tempat yang berdekatan dengan rumah orang tuanya.

" Afrina dah nak masuk 3 bulan dah! "

" mana dia ? Anna nak jumpa! "

" malam nanti jumpa okay waktu dinner! Sekarang dia tengah ikut bapaknya keluar beli toys. Adha pun ikut sama " kata Ariana.

Anna mengangguk pantas sambil tersenyum. Nampaknya banyak sangat yang dia terlepas semenjak penculikannya ini.

" Anna nak apa apa boleh roger kat abang ye ? Abang always here for you " kata Affin.

" wah! Bestnya! Hm camtu nanti Anna listkan dulu okay ? " kata Anna sambil tergelak.

" eh janganlah mahal sangat, abang baru start kerja tau! "

" abang dah kerja ? Kerja mana bang? " ah bagaikan amnesia pulak dia bertanya semua ini. Nampak sangat dia ketinggalan jauh.

" kat TTDI tu. Nanti first gaji, apa yang Anna nak abang hadiahkan sebagai welcoming gifts! " kata Affin.

" yeay! " Anna menepuk nepuk tangannya gembira.

Pintunya dibuka dari luar. Seorang lelaki berumur melangkah masuk. Encik Amir Abdullah.

" assalammualaikum, Anna " kata Amir Abdullah.

Anna terpaku. Dia terkejut dengan insan yang berada di hadapannya. Sudah berbelas belas tahun dia tidak berjumpa dengan bapaknya. Tapi kini, bapaknya depan matanya sahaja.

Mata Anna memandang abang Affin dan Ariana. Mereka berdua mengangguk tanda itu adalah bapa mereka. Dia memandang ibunya pula, Puan Syafina hanya tersenyum.

Amir Abdullah terus mengambil tempat di birai katil Anna. Dia teragak agak, masih ragu ragu jika Anna mahu memarahnya akibat pemergiannya secara tiba tiba beberapa tahun yang lepas.

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now