Part 06 (Final)

2.3K 99 17
                                    

" NANA, Cikgu mau tanya ni? Kamu sedia sudah apa yang bakal jadi lepas report kena buat?  " Cikgu

" Saya nda tau Cikgu.. Patutkah saya report Bapa saya sendiri? " Saya

" Nana, Cikgu bukan mau hasut kau. Tapi kalau kau biar ni hal begini kita nda tau apalagi yang Bapa kau buat lepas ni. " Cikgu

Lama saya berdiam diri. Memang kalau bukan dalam situasi begini mesti orang di luar sana senang saja cakap. Lapor polis saja, tapi bagi saya yang berada dalam situasi ini. Saya betul - betul keliru. Tapi bila Cikgu cakap apa yang Bapa buat itu betul - betul salah. Saya mengambil keputusan untuk teruskan report polis itu.

Selesai sahaja semuanya. Cikgu bawa saya tinggal sama dia buat sementara waktu. Tapi selepas sehari tinggal di rumah Cikgu. Keesokan harinya Cikgu bawa saya balik rumah ambil keperluan saya. Bila sampai di rumah, saya nampak pintu rumah terbuka luas.

Saya pandang muka Cikgu saya. Cikgu hanya tersenyum lembut ke arah saya. Dan memimpin saya masuk ke dalam rumah. Baru 2 langkah kaki saya melangkah masuk. Tiba - tiba Mama muncul dari dalam bilik tidur saya.

" Oh... Ingat juga kau mau balik arr anak sial!! " Mama

" Apa ni Puan, cakap anak sendiri macam itu " Cikgu

" Kau diam, jadi kaulah ni yang racun fikiran anak saya, jangan - jangan kau juga yang ajar dia menyundal. " Mama

Saya mulai menangis, bila dengar Mama tuduh saya macam - macam. Lagilah dia mengeluatkan perkataan kesat dari mulutnya. Dia nda sedarkah? Apa yang dia cakap semuanya mencerminkan dirinya sendiri.

" Nana, pigi masuk bilik kau ambil apa yang perlu. Cikgu tunggu kau sini. " Cikgu

Saya cepat - cepat jalan masuk ke dalam bilik. Tapi Mama dengan pantas menarik rambut saya. Terus Mama tampar muka saya tanpa belas kasihan. cikgu sedaya upaya meleraikan Mama supaya berhenti berbuat begitu.

" Buduh bah kau Ugou!!! Ko pigi minta ampu* lelaki lain, Bapa kau yang jadi mangsa kau terus arr!! " Mama

" Apa Puan, cakap ni! Di mana puan selama ini? Saya bukan tinggal sini Puan. Tapi saya dengar banyak cerita Puan. Dari murid - murid lain. Ini perkara nda berlaku kalau Puan jalankan tanggungjawab Puan sebagai ibu. " Cikgu

" Kau siapa oh Cikgu. Mau ceramah saya, saya lagi duluan makan garam dari kau. " Mama

" Ya saya tau Puan lagi tua dari saya dan saya minta maaf kalau saya sudah melebih - lebih dalam hal ini. Tapi bila saya nampak cara Puan layan anak Puan sendiri, saya nda buli biar.. " Cikgu

" Berambus kamu dari ini rumah. Kau Ugou jangan kau bawa apa - apa barang keluar dari ini rumah. Keluar kamurang sekarang juga!! " Mama

Cikgu terus memimpin saya keluar dari rumah. Dan kami terus ke kereta Cikgu. Masa dalam perjalanan untuk balik ke rumah Cikgu. Tiba - tiba telefon bimbit Cikgu berdering. Cikgu memberhentikan keretanya di siring jalan. Selepas itu menjawab panggilan itu.

" Ya, saya bercakap Tuan. Oh, betulkah? Thank you Tuan. Nanti saya inform keluarga dia. " Cikgu

Bila panggilan sudah dimatikan. Cikgu memandang muka saya dengan serba salah. Saya mulai tertanya - tanya, apa yang telah terjadi.

" Nana, Bapa kamu excident! " Cikgu

Tub!!! Saya rasa sesuatu menghantam dada saya. Apakah perasaan ini? Sedih? Saya sendiri tidak dapat ungkapkan.

" Bapa Nana dalam keadaan kritikal. Kita mesti kasitau family Bapa Nana di kampung. " Cikgu

Saya hanya membisu. Dalam fikiran saya pada masa itu cuma. Apa yang bakal berlaku lepas ini. Kalau dorang aunty sama nenek di kampung tahu. Adakah dorang pun seperti Mama, yang menyalahkan saya.

" Nana.. Nana.. Kamu okay kah ni? " Cikgu

Saya terkejut bila Cikgu memanggil saya.

" Cikgu, apa akan jadi sama hidup saya kalau keluarga Bapa saya. Berfikiran seperti Mama saya juga? " Saya

" Kamu jangan bimbang pasal itu Nana, nanti Cikgu yang akan terangkan sama dorang. " Cikgu

Malam itu, semua keluarga sebelah Bapa datang ke hospital. Hati saya mulai rasa tidak tenang. Tapi bila Aunty datang mendekati saya dan terus memeluk saya. Saya mulai merasa lega. Adakah Aunty sudah tahu semuanya?

" Siou noh Ugou, Gara - gara kau ada orang tua yang rusak dan teda guna. Masa depan kau hancur oleh dorang. " Aunty memeluk saya sambil menangis, dan saya pun ikut menangis.

Saya rasa betapa beruntungnya saya. Sebab masih ada ahli keluarga yang mengambil berat tentang saya. Dan malam itu juga Bapa menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa menitipkan kata - kata maaf. Dan malam itu jugalah kali terakhir saya melihat Mama.

Sampai sekarang kisah hitam itu menghantui saya. Adakah saya sudah memaafkan Arwah Bapa?? Terus terang saya katakan, yang saya masih belum bisa berbuat begitu. I'm still the girl, with the pain inside of me.

THE END......

Girl In Pain - Based On True Story (COMPLETED)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon