Kakinya berundur ke belakang apabila lelaki berhoodie tersebut menggenggam erat pergelangan tangannya.

"Iyalah. Aku jiran baru kau. Noona, jomlah kita mengeratkan kasih sayang. Benda boleh ceroboh,buat apa minta izin. Omaiyayaaa rumah noona cantiklah siot."ujar Jungkook penuh teruja. Tubuh kecil Young Mi ditolak masuk ke dalam rumah.

Lantaklah, janji kakinya dapat melangkah ke rumah noona cantik dan dapat makanan free. Jungkook kasi redah bebila aje dia nak.

-------

Fikiran aku gigih memproses kegilaan yang sedang aku hadapi saat ini. Aku cubit kuat kedua-dua pipiku sambil memandang tajam ke arah wajah lelaki itu.

Hasilnya,pipiku memerah. Kesakitan yang menjalar memaksa bibirku bersuara kepadanya.

Bagaikan mimpi bertukar realiti, lelaki ini muncul semula. Sebagai jiran, namun dia ternyata lebih muda daripadaku.

"Awak dah..tinggal lama di sini Jeon Jungkook?"

Letusan ketawa kecil menghiasi bibir nipisnya. Jungkook menongkat dagu di atas meja dapur. Sebelah tangannya menolak bekas berisi makanan berbau harum betul-betul di hadapanku.

"Aku stay sini dah dua tahun. Kebetulan parents aku masih di negara orang. Diorang beri aku peluang untuk habiskan degree aku dekat sini. Lepas tu, aku ikut diorang baliklah. Asal? Noona.. tak rindu Kook ke?"

Aku segera menggelengkan kepala. Decitan halus keluar dari celah bibirku. Muka sama dengan mendiang, perangai pun hampir mirip.

Tapi, aku yakin. Dia bukanlah Jungkook suamiku. Lelaki ini cuma mirip sahaja dengan si dia.

"T-tak rindu. Baik aku rindu mendiang husband aku. Kau budak aje. Masak apa ni?"

Pertanyaanku menggamit perhatian Jungkook. Hoodienya ditolak jatuh ke belakang. Sekaligus, seluruh inci wajah kacak itu menjamu iris mataku.

Sungguh aku rindukan suamiku.

"Aku masak tteoboki pedas. Kebetulan ada lebih. Jiran lain pula bising pasal kau baru pindah masuk. Jadi, aku datanglah..nak bagi noona aku kenyang. Heheheheh."

Telapak tanganku menggenggam kuat batang chopstick itu bersama linangan air mata.

Tahan Young Mi, tahan sekuat hati. Tuhan nak uji kau. Jadi, kau kena tabahkan hati.

"Terima kasih Jungkook. K-kenalkan diri. Noona teringin juga nak tahu lebih lagi tentang awak."

Tubuhku menggigil kecil tika permukaan telapak tangan Jungkook menutup kedua-dua kelopak mataku.

"A-apa semua ni, Jungkook?"

Tiada sebarang balasan daripada pihaknya. Jungkook diam tidak terkutik sedikitpun.

Apabila telapak tangannya bergerak menjauhi kawasan penglihatanku, aku menghela nafas. Senyuman kecil terbentuk di bibir Jungkook melajukan kadar rentak jantungku.

Suara terakhirnya meniup satu perasaan aneh ke dalam sanubariku.

Kenangan lama berputar semula. Kali ini, ianya muncul seperti yang aku sedia rindu.

"Aku jiran baru kau. Jeon Jungkook, anak teruna laku keras. Single. Hobi suka tenung muka noona. Kau?"

Aku tergamam. Lidahku tidak bergerak langsung untuk membalas salam perkenalan daripada lelaki ini.

"Noona."

Aku mengangkat muka. Titisan air mataku diseka jari-jemari kasarnya.

"Jangan nangis. Kook tak suka."

Satu kucupan pantas dihadiahkan di permukaan dahiku.

Kenyitan mata menjadi hiasan wajah kacaknya. Jungkook segera mengangkat kaki untuk beredar keluar dari kawasan rumahku.

"Ah, sekali-sekala curi kiss tak salahkan? Grrrrr aumssss."

Bekas berisi tteoboki pedas itu aku renung  tajam. Lubang hidungku kembang menahan perasaan geram di hati.

Amboi, budak nakal dah pandai nak kiss aku.

"J-jeon Jungkook, jebonnya kamu. Yakinnya kamu. Tunggulah nanti aku singgah rumah kau. Aku sepak punggung kau. Gedik nak kiss aku apehal?"

Hujung baju sweater kelabu pudar itu aku tenyeh kasar di atas permukaan dahi. Tanpaku sempat mengawal segalanya, senyuman bahagia terbentuk di hujung bibir.

Aku teringatkan kenangan kita.

Jeon Jungkook, adakah kau merayu kepada tuhan untuk kembali menemani aku semula di sini?

Jika benar telahanku, aku bersyukur.

Kerana aku yakin. Cinta kau sentiasa ada menemani aku dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Terima kasih. My new Jeon Jebon."

-tamat-

Harap sangat korang suka epilog comel ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harap sangat korang suka epilog comel ni.

Btw, terima kasih untuk semua pembaca setia karya ini sejak dari awal hingga sekarang.

Saya cukup hargai segala komen dan votes yang korang berikan. ♥

Alang-alang dah settle. Saya teringin nak tahu komen korang sepanjang ff ini berlangsung.

Hehehe. Again, terima kasih. I love you guys. 🌸

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now