29 : Ending [Part 1]

5K 760 241
                                    

Crazy Neighbour • jjk

A/N:
Bab ini ending part 1.

Bring along your tissue
(jika sedih)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Ost suggested (play when you read this chapter):

I Will Go To You Like a First Snow-Ailee

-----------------------------------------------------

Jungkook tersenyum bahagia. Sejambak bunga sweet pea itu disorokkan daripada pengetahuan isterinya.

Kalau awal-awal nak kasi surprise, nanti tak sweet lah kan?

"Jungkook, kenapa tetiba je nak dinner ni? Tell me, Kook ada sorokkan sesuatu ke?"Young Mi menyoal lelaki itu dengan sopan. Bimbang jika hati suami sendiri terguris tanpa sedar.

Kepala Jungkook menggeleng laju. Dia bawa bibirnya mendekati permukaan dahi wanita yang dicintainya. Lalu,  bibir merah itu mengucup lembut.

Hujung bibir Young Mi terjungkit senyuman gembira. Dia biarkan telapak tangannya ditekapkan di atas permukaan dada bidang Jeon Jungkook.

"Saya sayang awak. Awak sayang saya tak?"ujar Young Mi menggunakan jalinan ayat-ayat klise tetapi tulus ikhlas dari hati.

"Aku sentiasa sayangkan kau. Sampai bila-bila pun. Ingat ayat ni. Tanam dalam hati kau,  Jeon Young Mi. Boleh?"

Young Mi menyuapkan gulungan kecil pasta itu ke dalam mulut. Renungan Jungkook tetap tidak berganjak sedikit pun. Seluruh pelusuk wajah Young Mi ditenungnya bersama reaksi wajah mendung.

"Saya berjanji Kook. Hanya awak di dalam hati saya dengan bakal anak kita nanti."

Bibir Jungkook bergetar. Lirikan matanya memerhati pergerakan jarum jam di dinding. Masa semakin mencemburui. Dia tidak akan sia-siakan sedikitpun peluang yang ada.

Malam masih panjang. Adakah sempat dia bertemu hari siang?  Adakah sempat dia meluangkan masa-masa terakhirnya bersama wanita itu?

-------

"Jungkook, stop it! Buang tabiat ke asyik tenung muka saya. Esok masih ada suamiku."aku mencubit manja lengan kekarnya.

Aku segera membantu lelaki itu memakai hoodie tebal tatkala tubuh badannya menggigil kesejukan. Padahal, angin di luar ini biasa-biasa sahaja.

"Aku sejuk. Kook nak Young Mi peluk boleh?"manja suara garau itu menusuk ke gegendang telingaku.

Aku rapatkan kedudukan tubuhku sehingga bahu kami saling bersentuhan. Kemudian, aku memeluk erat tubuhnya dari arah belakang.

Dengusan nafas Jungkook berbunyi agak kasar. Telapak tanganku menggosok perlahan dada lelaki itu.

"Kook sakit kan?"aku soal soalan itu berlatarkan nada suara memujuk. Semoga hati Jungkook mudah cair. Aku yakin dia sorokkan sesuatu.

Firasat isteri tak akan pernah salah.

"Aku s-sakit. Di sini. Jantung aku lemah. Sakit sangat. Tolong aku sayang."Jungkook merintih perlahan. Aku segera menyeka himpunan air mata yang terkumpul di tubir mata.

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now