06

7.4K 1.2K 193
                                    

Crazy Neighbour • jjk

06

Strawberry Shampoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Strawberry Shampoo

Jungkook berhenti menggaru kulit kepalanya yang terasa gatal. Azab kegatalan itu memberi gambaran seolah-olah beribu-ribu kutu sedang bermaharajalela di kepalanya.

Hakikatnya Jeon Jungkook tidak membasuh rambut untuk tempoh yang lama. Bibirnya mencaci botol syampu kecil tajaan Hotel Namjin Letops yang sudah kering tanpa sebarang sabun itu.

"Nampaknya dah kering. Aku gatal kepala ni. Tak aman hidup aku nak tidur malam kalau tak gosok kuman atas kepala yini."bebelnya panjang.

Idea bernas muncul di dalam fikiran Jungkook. Lelaki itu menepuk tangan tanda gembira. Berjiran dengan setiausaha barunya memberi peluang besar buat Jungkook untuk menyelinap masuk ke dalam rumah Young Mi.

Gara-gara sebotol syampu. Dia ingin kulit kepalanya segar semula. Kerjanya boleh terbantut disebabkan kegatalan kulit kepala yang mencecah level maksimum.

---

Aku mengambil plastik beg hitam yang diikat rapi di satu sudut dapur. Sebelum makan malam, ada baiknya jika aku kemaskan dulu apa-apa yang patut.

Plastik sampah itu aku ambil. Lalu, aku bawa diri untuk menuju ke luar rumah. Pintu rumah pula aku biarkan terbuka sebentar. Lagipun tempat membuang sampah tidak jauh daripada kawasan pintu rumahku.

Haraplah tiada jebon nakal yang menyelit masuk ke dalam rumah.

Selesai membuang sampah, dahi aku berkerut. Hidungku menangkap bauan harum pencuci rambut haruman buah strawberry di dalam rumah.

"W-weh, siapa yang ceroboh masuk bilik air aku dan sesuka hati guna shampoo kesayangan aku? Yah!"jeritku lantang.

Tangan aku mencapai penyapu lantai untuk dijadikan alat serangan. Tanpa dipinta, aku menerpa ke arah pintu bilik air yang terbuka.

Satu susuk tubuh lelaki tinggi lampai sedang sibuk menggosok seluruh pelosok kepala dengan pencuci rambut kegemaran aku.

"Ah, leganya. Hilang terus rasa kutu dan kelumumur di kepala kanda. Yabedabedu."

Punggungnya diayunkan mengikut rentak irama yang meletus keluar dari bibirnya. Nasib dia masih bertuala lagi.

Sebelah tangannya ligat memicit botol sabun agar keseluruhan isi pencuci mendarat di permukaan kepalanya.

"KAU SIAPA LAHANOT KEDEKUT SANGAT SAMPAI HABISKAN SHAMPOO AKUUUU!"

Botol pencuci rambut itu terlepas daripada genggaman tangan lelaki itu. Apabila kepalanya dipusingkan ke belakang, aku sudah siap sedia menghayunkan penyapu lantai ke arahnya.

"Mr J-J? Apakah kevivaan ini? Keluar sekarang. Balik rumah bosssss!"

Satu ngauman singa betina keluar dari mulut comel aku. Jungkook tersengih dengan muka tidak bersalah.

"Young Mi, kasi aku chance untuk basuh rambut dulu ya. Kutu pun tak sempat nak lari tahu?"

Alasan kutu yang ditaburkan Jungkook menyebabkan hati aku panas membara.

Aku menghayunkan penyapu kayu itu ke arah lelaki gila itu. Dia sempat menepis. Beberapa saat jugalah kami berperang antara satu sama lain.

Sehinggalah pada satu saat yang malang, kaki Jeon Jebon itu tergelincir dek buih-buih shampoo di atas lantai.

Aku tolak kau. Kau tolak aku. Too bad, nasib tidak menyebelahi sehinggakan tubuhnya menghempap diriku.

Perkara yang paling ngeri, bibir CEO syarikat boxer ini melekat secara rasminya ke atas bibir suci remaja aku.

Hanatnya.

-TBC-

A/N:

Kedekut si Jengkuk ni. Mana tahu lain kali dapat gelaran Haji Jengkuk ke?

Ahhahahahaha.

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now