11

5.9K 1K 91
                                    

Crazy Neighbour • jjk

11

Jeon Jungkook mengesat hujung bibirnya yang comot dengan palitan kuah ramen pedas buatan Young Mi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeon Jungkook mengesat hujung bibirnya yang comot dengan palitan kuah ramen pedas buatan Young Mi.

Ibu jari tanda bagus ditunjukkan ke arah gadis itu. Jungkook kembali menghirup baki kuah yang tinggal sedikit di  dalam mangkuk.

"Sedap kau masak. Nampak dah jalan hidup kau untuk jadi wife aku. Tak gitu Yeng Mi?"

Hidung Park Young Mi kembang-kempis menahan rasa bebal di dalam hati. Jika Mr J bukan majikannya, sudah lama punggung berakar lelaki itu disepak olehnya.

Seperti gam UHU yang setia melekat di permukaan tempat duduk, punggung Jungkook bertapa lebih lama lagi di atas kerusi tersebut.

"Ugh, eomma (ibu) basuhkan baju aku boleh? Berkurap dah badan ni asyik ulang pakai baju sama. Downy adorable dah habis. Grr."bentak Jungkook.

Jari-jemarinya menanggalkan baju t-shirt yang dipakai sepantas lipas terbang. Baju busuk tersebut digumpak sehingga ianya terbentuk menjadi bola yang kecil.

Young Mi melemparkan pandangan membunuh kepada Jungkook. Tidak cukup dengan ramen, segala jenis sabun di rumahnya pun Mr J mahu rasmi.

"Kau apehal syaitonnnnnn. Balik rumah lah Mr J. Basuh baju sendiri. I'm not your eomma!"

Jungkook melompat turun dari kerusi. Matanya menganggap Young Mi sebagai seorang penjaga gol.

Baju busuk yang selamat menjadi gumpalan bola dituju ke arah Young Mi. Selepas itu, Jungkook menghargai masa yang ada dengan membaling pula seluar tracksuit yang dipakai olehnya.

Susuk tubuh lelaki tinggi lampai itu berdesup laju melarikan diri daripada dikejar Young Mi.

Jungkook tidak kisah tubuh seksinya menjamu pandangan mata jiran-jiran sekeliling. Asalkan baju yang tidak berbasuh hampir seminggu itu menjadi wangi semerbak seperti haruman downy.

-tbc-

A/N:
Harap menyukai update kali ini.

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now