42; Xavier Code

3.4K 264 14
                                        

Izzran duduk di ruang tamu, fikirannya jauh di bawa oleh angan-angan. Daniel menghampiri sepupunya, bahu lelaki itu disentuh perlahan.

"Kau risau ke Ran?" mata Daniel memerhati segenap wajah sepupunya, dari wajah Izzran dia seperti gelisah sedikit.

"Kau tahu kan hukuman yang akan kita dapat kalau tok nenda jumpa kita?"

Asfar dan Haiqal terus duduk di sofa berhampiran mereka berdua.

"Kau risaukan Amra kan sebernanya?" soal Haiqal.

Izzran mengganguk perlahan, " aku risau sebab dia tu Lil Xavier. Kalau hukuman yang tertera pada buku tu ialah buang nama Xavier, kita akan keluar dari Xavier selamanya. Ni pun kita dah conteng nama Xavier."

Daniel menepuk lembut belakang Izzran.

"Rilek lah, Amra tu okay je. Aku syak dia ada rancangan dia sendiri, budak kecik tu tak akan biarkan orang rampas takhta kecil dia." ujar Daniel.

"Amra Zahra!" panggil Asfar.

"Iya..." Amra menghampiri mereka dengan pantasnya. Mukanya dibasahi peluh.

"Kenapa..."

"Oh tak, adik bersukan tadi. Persiapan untuk balik Malaysia."

"Adik ada rancangan apa-apa ke?" soal Haiqal.

Amra menggeleng perlahan. Mata-mata mereka tertumpu pada Daniel. Salah tafsir kalini!

"Serius lah dik!" jerit Daniel.

"Dia akan heret kita semua balik Malaysia. Kita kan tak ada duit, jadi biarlah nenda bayar."

Mereka menepuk dahi serentak.

"Adik..." panggil Izzran, matanya memerhati anak mata Amra. Dia tahu adiknya sedang risau, jikalau mereka disabit kesalahan yang akan menerima hukuman itu  akan dikenakan pada ibu juga kerana mereka bawah 18 tahun.

"I know, but my instict now they're coming here now." balas Amra perlahan, bibirnya mengigil dan anak matanya perlahan-lahan berubah warna.

Mungkin Amra fobia dengan situasi ni, dan ia menyebabkan penyakit Mental Disoder itu kembali.

Daniel terus memeluk Amra, tangan kasarnya mengusap kepala Amra dengan penuh kasih sayang.

Asfar, Haiqal dan Izzran menghampiri Amra.  Mereka juga memeluk Amra dari tepi. Kasih sayang mereka melebihi dari ikatan persaudaraan.

****

Airish, Fatin, Bal dan Mia sibuk dengan mencari petunjuk tentang anak-anaknya.

Mereka berada di Blue Iv sekarang. Emrys berlari ke bilik mesyuarat, pintu itu terus diterjah tanpa ketukan.

"Rish..." nafas Emrys sudah tidak teratur.

"Kau join marathon ke?" soal Fatin.

Tersembul wajah Shah, Isk, Izzkal dan Han dibelakang Emrys. Mereka juga termengah-mengah dan berpeluh.

"Nenda dekat KLIA dah, dia akan pergi Italy."

Princesses Xavier terus berdiri pantas.

"Anak-anak kita semuanya ada dekat rumah keluarga Ricci."

"Lagi bahaya kalau nenda isytiharkan perang dengan keluarga Ricci atas sebab membantu mereka larikan diri." ujar Emrys.

Mereka terus menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan kadar segeranya.

****

Keesokan hari...

2 buah kereta Alphard berada di halaman rumah keluarga Ricci. Kiddos memerhati tok nenda yang baru turun dari kereta dengan orang-orangnya.

Xavier CodeWhere stories live. Discover now