11: Fifa World Cup

5.1K 350 61
                                    


Semuanya berkumpul di lapangan terbang Kuala Lumpur. Mata mereka tidak menggambarkan mereka sedang gembira.

Pandangan redup itu membuatkan aku mula berbelah bahagi. Antara mahu pergi atau tidak.

Tapi demi syarikat moyangku, terpaksa lah gagahkan hati untuk pergi. Mana taknya belum pergi Amra sudah meraung di dalam pelukan ku.

Aku dan Amra mana pernah berpisah, tiba-tiba perlu keluar negara. Mahu tak menangisnya budak tu. Tak tahulah apa nasib puteri kesayangan aku apabila duduk dengan daddy nya.

Semuanya salah Han, dia menipu Amra katanya nanti beruang culik kapal terbang aku. Kemudian dijadikan kapal terbang itu gula-gula kapas dan dijual pada makhluk asing.

Apa lagi Asfar, Danial, Haiqal dan Izzran pun turut meraung. Shah, Isk dan Izzkal pun join sekaki.

Death glare dari princesses Xavier membuatkan mereka berempat terus senyap.

"Tak lah, mereka tipu sayang."

"Danial Mikael mana boleh menangis, nanti tak boleh jadi hero."

"Asfar dan Haiqal kan hero Tengku Raden Arisya. Takkan hero menangis kan?"

"Daddy tipu je sayang, nanti mummy hempuk daddy ya."

Puas aku, Mia, Bal dan Fatin memujuk anak-anak. Selepas di dodoikan barulah mereka senyap dan tertidur. Huh lega!

Anak-anak sudah dijaga oleh pembantu dan Emrys.

Aku mendekati suamiku, jelas wajahnya kelihatan penat. Baju pun baju kemeja dan blazer lagi, rambutnya sudah pun messy. Tapi tetap menawan dan berkarisma.

"Abang nak macam mana Rish pergi macam itu Rish balik." Han merenung dalam anak mataku.

Aku dapat membaca isi tersirat daripada renungan anak matanya. Aku mengusap pipinya dengan perlahan.

"Jaga diri awak dan Amra. Don't let anyone touch my princess." pesanku.

Aku dapat menangkap keluhan darinya.

"Haih, kalau sayang tak pergi tak boleh ke? abang tak kisah kalau nak jaga Amra. Tapi bahaya lah." ujarnya dengan riak wajah risau.

Aku mengukir senyuman manis untuknya, "Rish akan balik untuk awak dan Amra. Doakan Rish ya, i love you Tengku Farhan."

Aku menjengket sedikit, kemudian pipi kanan dan kirinya aku kucup. Dan aku memeluknya erat, bau badannya jelas menusuk hidungku.

Bukan busuk tapi bau wangi. Bau ini yang akan aku rindu. Han mengucup dahiku lama, "love you more and more Airish."

Selepas tamat drama. Semuanya sudah berada di dalam jet peribadi. Mereka perlukan rehat secukupnya.

"Jangan Shah bawak Danial pergi makan mamak sudah." Fatin mengeluh, matanya terpejam erat.

"Bukan boleh percaya kalau bapak jaga." sambung Bal.

*****

Ya mereka berada di Italy. Antara mereka tiada yang pakai high heels. Semuanya memakai kasut slip on.

Tiba sahaja di bangunan syarikat Contez. Pengawal menghalang aku dan yang lain, yah mereka kata princesses Xavier macam remaja.

Kami dah ada anak kot.

Aku membuka cermin mataku, dan memandang pengawal itu.

"I'm Ceo Blue Iv, last princess Tyler Cullen Xavier."

Terus mereka membuka laluan dan mengiringi kami naik keatas.

Xavier CodeWhere stories live. Discover now