TSA 18

2.2K 168 6
                                    

Tia Pov

Aku terjaga dari tidur apabila alarm berbunyi menandakan sudah pukul 9 pagi. Aku bangun dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri.

Selepas membersihkan diri aku keluar dari bilik lalu turun ke bawah untuk bersarapan bersama keluarga.

"Lambatnya turun, baru bangun ke apa ni adik?" Mama ku, Puan Tiana menyoal.

"Haah semalam tidur lambat" Aku menjawab .

Aku terus duduk di tepi kakak ku Tiara Luna, dan mencedokkan nasi goreng kedalam pinggan yg sudah disediakan.

Baru hendak menyuapkan nasi ke dalam mulut aku disoal oleh Papa.

"Tia pergi mana semalam? Dari pukul 3 petang keluar, 12.30 malam baru balik?"

Aku menelan air liur. Haa sudah. Takkan papa taktidur lagi masa tu. Aduhh apa aku nak jawab ni?

Aku mengangkat muka dan pandang ke arah papa yg berada di tempat ketua meja iaitu dihujung sekali.

Semua memandangku menanti jawapan.

Masak kau Tia.

"Tia jumpa Qhaye dan Shayla la apa lagi? Kitaorg kan memang tak sah kalau takjumpa sehari,nanti rindu" Aku menjawab dgn muka yakin. Aku taktipu okay,memang aku jumpa budak dua org tu pun semalam. Cuma takcakap perkara yg detail. Gila ke nak cakap apa yg aku buat semalam?

Papa merenung ku tajam. Air liur ditelan kelat. Mata papa jangan dibuat main . Sekali dia pandang kau dengan pandangan tajam terkencing dalam seluar lah kau.

Papa tidak angguk dan tidak juga geleng sebaliknya dia meneruskan suapan terakhirnya .

Aku menggaru kepala . Haih masalah ni.

💖💖💖💖💖

Aku termenung. Apabila teringatkan kisah semalam membuatkan aku tersenyum sendiri.

Aku hampir ditikam dari belakang daripada pihak musuh. Tapi Faris menyelamatkan aku. Disebabkan itu juga belakang badannya tercedara sedikit.

Yang aku pelik dia tak marah pun. Yela mamat tu kan boleh tahan jugak panas baran dia. Sebaliknya dia hanya senyum dan menyuruh aku menampalkan plaster .

Yang buat aku terkejutnya senyuman dia tu haa.. manis gila!! Indah bila tengok dia senyum, ternampak satu lekuk yg dalam belah kiri pipinya.

Dah la aku ni cepat melting dengan lelaki ada dimple! Haih laa Faris apa yang kau dah buat dengan aku ni.

🌼🌼🌼🌼🌼

Bosannyaaaaa. Nak buat apa eh? Aku melihat jam di dinding. Pukul 230. Hm budak dua org tu tengah buat apa eh? Hang out ah,heheheh.

Qits❤

Hello my princesses!

Shayla💋
Haa hello ,asal ni?

Qhaye 💖
Tia takkan mulakan chat kecuali dia nak ajak kita hang out

haa pandai pun, semua free kan?
cepat siap! pukul 3 kita
kumpul dekat mall

Aku terus bersiap untuk keluar apabila mereka berdua membalas 'okay'.

Aku mengenakan serba hitam dan memakai spek yg kantanya berwarna oren.

💋💋💋💋💋

Sesudah memarking kan kereta aku terus memasuki mall dan menuju ke arah Secret Recipe.

Qhaye mengangkat tangan apabila ternampak aku.

"so,kita nak g ane ni?" Shayla bertanya sambil matanya melihat skrin phone

Aku berfikir sejenak . "Kita jalan-jalan ah, shopping! don't worry aku takkan ajak korang g 'taman makanan' aku eh. harini aku rasa macam nak shopping"

Mereka menanggukkan kepala sahaja . Kami bertiga bangun dan memulakan misi membeli belah .

Bibirku mengukirkan senyuman apabila teringatkan senyuman yang diberikan oleh Faris kepada ku. Haih kenapa takboleh lupa senyuman mamat hot temper tu?

Kami meneruskan perjalanan. Tempat pertama yg dituju ialah SMO. Shayla kata dia nak beli buku and alat tulis sikit.

Setengah jam menunggu budak Shayla ni tak habis-habis lagi membeli. Shayla memang cerewet bab memilih barang ni.

Mata ku menangkap susuk tubuh yg amat ku kenali. Tunggun kejap. Tu bukan ke?

Oh My Goodness!

Faris?!

Weh ape nak buat ni?

"Hoi kau kenapa? Gelabah semacam je?" Qhaye menyoal ku apabila melihat aku dalam keadaan gelabah.

Aku merenung mata Qhaye . Qhaye memandang ke depan apabila faham isyarat mata ku.

Mata dia membulat apabila terpandangkan Dude berada beberapa langkah dari kami. Wajah Qhaye memerah.

Ehh jap asal pulak muka dia yg merah ni? Sepatutnya aku le aduii.

Aku memandang Dude, kebetulan mereka memandang ke arah aku dan Qhaye. Mata aku bersambung dengan mata Faris.

Dia tersenyum.

He what?!!?!??!

Oh my god I'm dying, godd help me! wehh lesung pipit tu ya Rabbi.

Aku senyum kembali ke arahnya.

Dia menuju ke arah ku. Jap dia datang sini? kat sini? kat tempat aku berdiri?

Haa sudah ni nak pengsan ni. Dia datang dengan senyuman pulak tu.

Oh my Mr Dimple!

Over sia aku.


The Six Agents ✔Where stories live. Discover now