Kedinginan subuh membeku,
Menghidupkan nafsu iblisku,
Nafasku mula tidak menentu,
Kuat meronta ingin bertemu.Kucuba mengunci,
Segala pancaindera ditubuh ini,
Agar tidak berdosa tubuh ini,
Kerana durjana nafsu sendiri.Kucuba melawan,
Kutakut dosa masa hadapan,
Akhirnya kutewas kerana kebodohan,
Apalah dayaku sebagai insan.Kucuba menginsafi,
Akhirnya berulang kembali,
Kucuba tangisi,
Akhirnya kujatuh lagi.Di dalam nafsu sendiri.