Chapter 37 | Silent Hill

Start from the beginning
                                    

Jari naik mencalit darah itu lalu dibawah ke lidah. Matanya membulat sesaat sebelum tersenyum penuh muslihat.

"That's why you guys still alive huh? "

"Apa yang kau dapat Ed?! " laung Alter daripada luar kurungan. Edwin hanya memandangnya sekilas lalu badan ditolak kehadapan dan membunuh lebih banyak Sykee!

"Aku tak pasti sangat, tapi ada antara mereka yang bukan Sykee yang sebenar! The clone one! "

CRASSSHHH!

Kepala Sykee musnah menjadi cebisan apabila Edwin mengenggamnya tanpa belas kasihan. Tidak cukup dengan itu, kuku yang tajam bagaikan helang menembusi dada Sykee sehingga tanganya mencengkam jantung si syaitan!

"Mari aku tengok jantung mahluk hodoh seperti engkau! "

GRROOOURRRRRRR!

Si syaitan melolong kesakitan yang tidak terhingga apabila jantungnya ditarik begitu sahaja! Edwin tanpa belas kasihan menendang Sykee itu jauh darinya dan jantung didalam tanganya dipicit sekali sekala sehingga darah keluar.

"Jatuh hitam berdarah merah? "

GRROUUURR!!

Satu serangan hendap hampir sahaja memutukan lengan si lelaki. Edwin mendengus kasar. Sekali lagi, tanganya mencengkam kepala Sykee lalu ditarik sehingga terputus daripada badan! Alzer yang memerhati daripada tadi sudah menekup mulut sebelum mulutnya mengeluarkan sesuatu. Muntah.

"Muntah ajelah. Aku tahu kau tak tahan dengan semua ni. " ujar Alter sambil mengusap belakang adiknya.

"Urgh.. Berapa tahap brutal vampire tu? "

"Kalau kasi aku satu hingga sepuluh, jawapannya sepuluh. "

"What... "

"Don't believe? Tengok depan. "

Pucat terus muka Alzer apabila melihat adegan membunuh yang di sembahkan oleh Edwin. Timbunan mayat Sykee semakin lama semakin banyak dan apa yang mengerikan tentang bangkai mereka..

Semuanya mati tidak sempurna. Ada yang tulang-tulangnya terkeluar daripada kulit, ada yang lidah terkeluar bersama usus hitam dan ada juga kaki atau tangan yang dipulas lebih kurang 360°! Sungguh ngeri!

"Kill me,"

"Jangan nak gedik. "

Edwin meneruskan kerja membunuhnya sehingga berasa puas. Selang beberapa detik, si lelaki mengambil keputusan untuk berhenti. Darah yang tercalit ditubuh dan wajah tidak dihiraukan dan selamba kakinya mengudur kebelakang menembusi kurungan tanpa ada masalah.

"Korang boleh pergi ke Kerajaan Asoka sekarang. Biar aku uruskan Sykee di sini. " Ujar Edwin lalu mengambil seputung rokok dan dibawa kebibir. Matanya tidak lepas memerhati Sykee yang cuba melepaskan diri.

Alter dan Alzer berpandangan lalu mengangguk faham. Serta merta badan berubah menjadi kabus yang membentuk seekor burung Phoenix. Hitam dan putih.

"Take care,"

"Tch. Tak perlu risaukan aku. Aku tahu nak handle mahluk bodoh ni. Dah blah sana! Sakit mata aku tengok bakteria pembawa kuman macam kau orang! "

"Eyy..."

***

"ERYL BODOOOOOOOOOOOHHHHHHH!!! "

Jeritan Adrea bergema di setiap pelosok sudut. Nafasnya deras sama seperti larianya yang semakin lama semakin laju. Eryl yang turut berlari, mula bengang dan sesekali mengelak beberapa serangan seperti panah dengan mudah.

"Sumpah Eryl! Kalau hari ni aku mati sebab pilihan bodoh kau, memang aku sumpah tujuh keturunan kau kahwin dengan katak! " ujar Adrea dengan nada tertahan.

"Aku mintak maaf okay?! Mana aku tahu yang nombor tiga tu bawak malapetaka! "

"Kau pun dah satu malapetaka, memang bertimbunlah malapetaka yang kita dapat! " ujar Nicolas bersama Koharu yang diangkat diatas bahu.

Mata Eryl mula berkaca. Dengan muka yang seakan mahu menangis, si lelaki memandang Eldera yang hanya beriak kosong sambil berlari.

"Help me Eldy.. " Pintanya supaya mendapat simpati si sahabat. Eldera hanya tersenyum manis bersama mata tertutup.

"Kau memang malametaka dari neraka. "

"Kejamnya! "

Akira yang berlari dihadapan sekadar mengeleng kepala. Masih segar dalam ingatanya bagaimana mereka boleh berada didadalm situasi sebegini,

"Untuk pertandingan yang pertama, kita akan tengok sejauh mana kerjasama kumpulan yang akan di tunjukkan oleh para peserta melalui.. " Kesemua peserta mula menumpukan perhatian kepada pengulas.

"Melalui... "

"Melalui.. "

"Melalui...... "

Krik, krik, krik.

"Nak bunuh pengulas ni tak? " soal Adrea disebelah Eryl.

"Boleh aje."

"Ma-maaf! Kita akan mulakan dengan pertandingan Silent Hill! Berikan tepukan yang gemuruh para penonton. Ha.. ha.. Ha.. " tersengih-sengih si pengulas yang bernama Kerry. Nak tercekik dia jadinya apabila melihat api hitam milik Eryl yang ingin membakarnya hidup-hidup!

"Silent Hill? " Soal Koharu mendapat gelengan Nicolas.

"Ya, Silent Hill. Atau lebih tepat-"

Tidak sempatpun Akira ingin menghabiskan ayatnya, mereka semua termasuklah kumpulan yang lain jatuh kedalam lubang magis!

"PAGAR SESAT!!! "

Dan disinilah mereka. Berada dalam pagar sesat diatas sebuah bukit sambil dikejar sebijik sfera berduri yang melubangkan setiap jalan yang dilalui dan ini semua disebabkan ketua mereka, Eryl.

"Nampaknya kumpulan Eryl dah ambil pagar sesat yang paling bahaya, betul tak Jeneral Luke? " Ujar Kerry lalu microphone diserahkan pada Luke yang tersengih memerhati.

"Boleh dikatakan. Lagi pun,hanya kumpulan mereka yang memilih pintu nombor tiga sebaik sahaja jatuh daripada lubang magis itu. Hahaha. "

Kini semua mata Kumpulan Deadly Sin tertumpu pada Eryl dengan pandangan helang. Eryl pula hanya tersenyum kelat.

"Kau memang nak mati tak berkubur Eryl. "Ujar Eldera bersama senyuman ngeri.

"Keluar aje dari sini, ajal kau memang akan sambut dengan gembiranya. " Ujar Nicolas pula dengan manisnya disusuli Adrea.

"Aku tukar sumpah aku, aku sumpah kau kahwin dengan mahluk dua alam! "

"Virgin kau memang hilang lepas ni. " Ujar Akira selamba.

Nak aje Eryl nangis tak berlagu tika itu. Kejam sangat ni kenapa?!

"Korang tengok sana! "

Membulat mata mereka apabila melihat arah yang ditunjukkan oleh Koharu yang berada diatas bahu Nicolas. Sayang punya fasal, sengaja gadis itu diletakkan diatas bahu. Kalau mati, mati sama-sama. Sweet kan?

"SHIT! "

BOOOOOOMMMMMM!

_______________________________________________________________________

Maaflah, Satu chap aje boleh kasi. EXAMMMM !!! 😂HAHAHAA!!! HAPPI SIAAA!! 😂Rasa macam kertas tu tengh sengih2 dengan soalan2 maut dia. Fuhh😂so sweetlah paper ni😂ayat masa dia mengayat tu sampai otak boleh blank 💕😂k dah melalut.

Enjoy ❤️

ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C]Where stories live. Discover now