Chapter 37 | Silent Hill

2.6K 255 65
                                    

Alzer hanya mampu mengeluh dikala melihat susuk-susuk tubuh Sykee tumbang satu demi satu apabila mahluk itu cuba keluar daripada kurungan kematian yang dicipta oleh Shawn. Sudah berminggu tetapi jumlah mereka masih bertambah!

Tidak cukup dengan itu, dia tiada langsung masa untuk mengurus diri dek kerana salah seekor daripada askar syaitan itu berjaya membuat lubang untuk keluar. Nasibnya baik kerana Alter sempat membaiki kawasan tersebut.

Krak!

Bunyi ranting patah, menyentakkan Alzer. Laju badanya dikalih kebelakang bersama muka terkejut.

"Tuan Edwin?"

"Tch. Ya aku. Kau apahal terkejut sangat?"

Alzer sekadar sengih dengan sapaan 'mesra' si lelaki peminum darah. Tangan naik mengusap belakang leher. Lelaki berambut putih agak tidak terurus dan bajunya penuh kotoran serta carikkan. Terkoyak sana-sini. Atas bawah Edwin memandang Alzer.

"Kau baru lepas keluar kelab pelacur ke apa der? " soal Edwin selamba membuatkan Alzer melompong. Muka sesuci dia boleh dituduhnya pergi kelab pelacur? Nehi!

"Ish tuan ni! Tak akan lah aku nak pergi tempat macam tu. Tak fasal-fasal kena pancung dengan si Alter nanti,"

"Bagus apa? Lagi ramai mati, lagi aman hidup aku."

Alzer hanya mampu buat muka pasrah. Apa dia boleh buat, Edwin benci hampir kesemua benda atau lebih tepat, mahluk. Tapi itu hanya kata-kata semata. Dalam hati dia kita tak tahu apa yang lelaki itu rasa. Tsundere.

"Kenapa tuan datang sini? "

"Nak tengok kau hidup ke tak. Boleh aku buat mayat kau jadi umpan untuk tarik haiwan makan. Senang sikit aku nak dapatkan darah. "

"Tuan... "

"Gurau ajelah. "

Sekali lagi, Alzer hanya mampu gelak hambar. Apa yang lawaknya kalau cakap pun datar dengan tak ada riak muka? Selamat Edwin, kalau Alter awal-awal dah jadi bahan kutukan dia.

"Ambil baju kau dalam beg hitam tu. Panggil abang kau sekali. " Terkebil-kebil Alzer jadinya apabila Edwin menjatuhkan arahan.

"Kenapa? "

"Budak syaitan tu buat hal dekat Kerajaan Asoka. Satu lagi hutan dah jadi tempat pembiakan Sykee dan kali ni jenis dewasa."

Jelas Edwin seraya mengambil puntung rokok dari kocetnya. Api dihidupkan dan asap naik ke udara. Alzer yang terkejut hanya mengangguk lalu mengambil alat komunikasinya dan memanggil Alter.

Mata Edwin tidak lepas daripada memandang Sykee yang tidak henti-henti cuba keluar daripada kurungan maut itu. Sekali mereka menyentuh permukaan kurungan, serta merta badan mereka akan terbakar menjadi debu.

"Mereka bukan dalam bentuk sempurna Sykee, tapi kenapa daya kuasanya hampir sama? " bisiknya semdiri lalu matanya jatuh pada Sykee yang menumbuk permukaan kurungan dan akhirnya terbakar dengan teruk.

"Seekor Sykee tak boleh terbakar dengan mudah.. "

Kini Edwin mengorak langkah kehadapan sehinggalah masuk kedalam kurungan itu. Alter yang baru sahaja sampai hanya memerhati daripada jauh begitu juga Alzer.

Kini Sykee mula menumpukan perhatian mereka pada lelaki berambut putih panjang itu. Edwin hanya bermuka tanpa emosi lalu mengikat rambutnya gaya ekor kuda.

"Maybe I need to kill one of you before jump into conclusion.. I guess? "

Graaaarrrrr!!!

Edwin melompat keudara dikala salah seekor Sykee mula menyerang! Lelaki berdarah vampire hanya tenang bersama muka kosong lalu menghentam kakinya pada kepala seekor Sykee sehingga pecah berderai! Serta merta darah tercalit pada baju dan wajahnya!

ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C]Where stories live. Discover now