→it's you

721 78 4
                                    

bobbyji's favourite song ♡

Cause you're the right time, 
At the right moment,
You're the sunlight,
Keeps my heart going.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Dia hanya seorang barista di sebuah kafe. Wanita itu hanyalah salah seorang pelanggan di kafe itu.

Jika ditanya dari mana segalanya bermula, ianya merupakan antara pertanyaan yang paling sukar untuk dijawab baginya. Ia mungkin bermula dari saat kali pertama wanita itu datang ke kafe itu dan memesan secawan Americano. Ia mungkin bermula ketika wanita itu hanya duduk di satu sudut bersebelahan tingkap, memerhati setiap pergerakan yang ada di bandar yang pesat itu dengan telinga dimuatkan earphone.

Atau mungkin, di setiap kerutan yang hadir ke wajah wanita itu saat dia duduk menghadap laptop atau kertas-kertas kerja yang memenuhi meja bulat kafe itu. Mungkin, saat bibir si wanita berbunyi halus menyanyikan lagu yang didengarinya sambil tekun melakukan kerjanya, langsung tidak terkesan dengan setiap bunyi bising yang hadir dari pelanggan lain di kafe itu.

"Ma, Faz okey aje dekat sini. Tak perlulah risau sangat sampai nak kena datang sini. I'll manage my studies. Jangan bazirkan duit tu."

Atau mungkin, mungkin saat dia tanpa sengaja telah mencuri dengar perbualan wanita itu dalam talian dan ia menjadi saat mengejutkan baginya kerana dia tak pernah mengetahui wanita itu merupakan wanita Melayu.

"Malaysian?" Kerana itu, dia beranikan diri menegur, membawa perhatian wanita itu kepadanya.

"Yes, why?" Wanita itu menjawab ringkas, hairan bila barista itu bertanya tiba-tiba.

Si barista terus saja mengukir senyum lebar dan tanpa segan silu, mengambil tempat di hadapan wanita yang sudah lama diperhatinya dalam diam itu.

"Saya dari Malaysia jugak," jawabnya ringkas bila si wanita semakin berkerut wajahnya melihat tingkahnya.

"Oh, yeke?" Si wanita terus saja mengukir senyum lebar. Ianya memang senario yang mengujakan untuk bertemu orang Malaysia lain di bumi asing itu, walaupun dia sudah punya ramai rakan seuniversiti yang dari Malaysia.

Si barista mengangguk sama teruja. Ah, wajah wanita itu langsung tiada roman seorang Melayu! Kerana itu dia tak pernah menyangkakannya. 

"Saya Ilham," si barista memperkenalkan diri.

"Faz. Fazlin," jawab si wanita ringkas, senyum manis itu masih tidak lekang dari wajahnya. Dan itu, menjadi interaksi luar perniagaan pertama buat mereka di bumi asing itu.

***

"You've spend almost all your life here then?" Fazlin bertanya teruja. Itu merupakan kali pertama mereka bertemu di luar kafe atas permintaan Ilham kerana dia terasa kekok mahu berbual panjang dengan wanita yang sudah semakin rapat dengannya itu di tempat kerjanya.

"Yeap, since I was ten and until now. Saya boleh dikatakan antara manusia bertuah, tahu... My life here is good though I'm just a barista. Plus, I love France...walaupun family saya masih ada dekat sana, saya tak rasa ada keperluan untuk saya balik Malaysia," Ilham bercerita kemudiannya.

Ilham ke Perancis bersama ayahnya yang berpindah kerja di situ. Bila saja ayahnya meninggal ketika dia berusia 20 tahun, dia pernah dipanggil pulang oleh atuk dan neneknya namun dia tak punya rasa mahu pulang tambah lagi dia tidak seberapa rapat dengan mana-mana ahli keluarganya kecuali ayahnya.

Love in the RainWhere stories live. Discover now