→mawar di hati

1K 90 11
                                    

Idea by : Leenanoone

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

"I'm the one I should love,
in this world."

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kubur yang berbatu nisan putih itu ditatapnya lama. Rasa sayu yang sama yang dia rasai setahun lalu tetap juga menguasai hatinya, bahkan hingga ke saat itu.

Redza lepaskan keluhan berat, mulai bangun dari duduknya di sisi kubur itu. Rutin harian itu sudah menjadi kebiasaan baginya.

Kebiasaannya sejak setahun lalu.

"Redza balik dulu, Mawar," katanya kepada entah siapa, menyentuh batu nisan putih itu buat kali terakhir.

Dia mulai melangkah ke arah keretanya kembali. Di setiap langkah yang diambilnya, dia kembali terkenang akan segala memorinya dengan tunangnya, Mawar seperti kebiasaannya.

"Redza sayang Mawar berapa peratus?"

"Hm, dari seratus peratus?"

"Yes."

"Sejuta."

Redza tersenyum halus, masih terbayang di hadapan matanya, wajah bahagia Mawar ketika itu. Mata si gadis mengecil saat dia tertawa ceria. Pipinya naik ke atas, menambahkan seri wajahnya yang menawan.

Ah, Mawar itu anugerah. Kebahagiaan buat dia, si lelaki biasa tanpa apa-apa. Dan kerana itu juga dia tahu, cukuplah dia dengan kenangan bersama gadis itu. Cukuplah dia bahagia mengenang tiap saat bahagia mereka bersama.

Dia hanya mahu Mawar, dan Mawar sahaja.

"Sampai bila, bro? Kau nak terus kenang arwah sampai bila? Kau tahu yang kau perlu teruskan hidup, kan? Kau masih muda, panjang lagi perjalanan hidup kau, Redza."

Saat itu, segala yang dia mahu lakukan hanyalah untuk mencintai Mawarnya. Dia tak mahu mengendahkan segala kata orang di sekelilingnya. Dia bahagia untuk mencintai Mawar dan itu sudah memadai buatnya.

✴✴✴

Brek ditekan sekuatnya dan Redza dapat rasakan jantungnya seakan berhenti berdegup seketika. Figura yang tidak dia sedari berdiri di bahu jalan tadi kini sudah hilang dari pandangan. Redza menelan kelat liur ke rengkungnya. Hanya beberapa saat dia leka, kini adakah dia telah meragut nyawa orang yang tidak bersalah?

Dengan peluh sejuk yang mulai terbentuk di dahinya, Redza keluar dari kereta dan bergegas ke bahagian hadapan keretanya. Hampir saja dia rebah saat melihatkan sekujur tubuh lelaki tua terkulai di hadapan keretanya dengan kepala berdarah.

"Ya Allah," Redza beristighfar panjang dalam hatinya, cuba menenangkan jantungnya yang seakan mahu terkeluar dari kedudukannya.

Beberapa saat menenangkan diri, Redza bangun dari duduk, cuba memikirkan cara untuk menolong lelaki tua itu. Usai, telefonnya dikeluarkan dan nombor hospital didail.

✴✴✴

Katil yang mengusung lelaki tua itu ditolak laju memasuki ruang kecemasan itu. Redza turut mengikut pantas di belakang, dirinya dirudung rasa bersalah yang amat.

Dalam hati, dia berdoa tanpa henti agar lelaki tua yang tidak bersalah itu selamat. Dia mengerti rasa sakitnya kehilangan, dan dia sungguh-sungguh tak mahu menjadi penyebab kehilangan seseorang dalam hidup orang lain.

Love in the RainWhere stories live. Discover now