→her love

221 27 4
                                    

"I also know you mostly only through what she told me, but I love you regardless too."

> his love part ii <

Menjadi seorang bapa tunggal bukanlah suatu kerja yang mudah. Rafiq juga tak pernah menyangka, di usia semuda 27 tahun, dia menjadi seorang bapa tunggal kepada Sofia selepas isterinya meninggal ketika Sofia berusia setahun. Dengan sekelip mata dan melalui satu kemalangan kereta, Rafiq kehilangan seorang isteri dan Sofia kehilangan seorang ibu selamanya.

Kini, meski setelah tiga tahun berlalu, Rafiq masih merasakan dia kekurangan dalam banyak hal sebagai seorang bapa kepada Sofia. Lagi-lagi apabila mereka berpindah ke rumah baharu dan Rafiq bahkan tak mampu mencarikan pengasuh yang boleh melayan Sofia dan disukai anaknya itu.

Kerana itu juga, saat jirannya, Puan Indah menawarkan untuk menjaga Sofia bersama anaknya yang sedang bercuti semester buat sementara sebelum dia menemukan pengasuh tetap, Rafiq tidak berfikir panjang dan terus bersetuju. Dia lihat Puan Indah seorang yang sangat lembut dan penyayang, maka dia yakin untuk meletakkan Sofia di bawah jagaan mereka, meskipun dia tak pernah bertemu mata dengan anak jirannya itu sebelum ini.

"Baik, jadi dah settle yang Sofia akan dijaga dekat rumah Puan Indah aje, next, bayaran... Berapa range yang Nayla aim?" Rafiq bertanya selepas mereka selesai berbincang tentang kedudukan Sofia.

"Er, Encik... I mean, Rafiq punya bajet berapa? Saya tak kisah sangat pun, since saya akan jaga Sofia kat ruman aje dan saja nak buat something alang-alang cuti," Nayla membalas, mukanya seakan mengatakan Rafiq terlalu skema. Dah macam interview official pula!

"Hm, biasanya pengasuh minta berapa ya?" Eh, dia tanya kita balik!

"Then, how about kita ikut bayaran hari? RM50 sehari, okey tak? Saya akan take note hari yang Nayla jaga Sofia nanti."

Nayla buat kira-kira di dalam kepalanya. RM50 sehari, maksudnya dalam 20 hari dah cecah seribu ringgit. Uish, macam banyak sangat je!

"Sikit sangat ke?" Rafiq bertanya bila Nayla berdiam lama.

"Eh, tak! Macam banyak sangat sebenarnya..." Nayla menidakkan secepatnya. Apa yang sikit sangatnya Encik Rafiq oi!

Rafiq tersenyum tiba-tiba. "Saya rasa dah okay sebenarnya, memandangkan Nayla kena bagi Sofia makan lagi, nak melayan dia lagi. Jadi, proceed RM50 aje, okey? Kalau kurang, inform aje saya terus," Rafiq akhirnya memutuskan, tahu kalau dipanjangkan nanti meleret pula. Nayla hanya mampu mengangguk. Dah kalau Rafiq sanggup buat apa dia menolak, kan, ini rezeki namanya!

***

Tiga bulan dijanjikan oleh Nayla untuk menjaga anaknya sementara gadis itu bercuti. Tiga bulan jugalah masa yang dia perlukan untuk mencari pengasuh baru sebagai backup untuk menjaga anaknya nanti.

Dalam tempoh tiga bulan itu, Rafiq sudah jarang sekali berbual dengan Nayla. Bayaran asuhan dihantarnya melalui online banking, biasanya seminggu ke dua minggu sekali selepas mencatat hari Sofia diasuh Nayla. Itu sajalah komunikasi mereka.

Namun, Sofia banyak bercerita tentang Nayla setiap kali selepas anaknya itu sudah rapat dengan gadis itu. Pelbagai kisah yang menjadi celotehnya, dari aktiviti harian mereka, tentang sifat Nayla yang sangat baik dan lembut kepadanya, dan pelbagai lagi perkara-perkara lain. Yang Rafiq boleh perhatikan, Sofia semakin ceria sejak diasuh Nayla.

"Kak Nay pandai masak papa, Kak Nay masak semua sedap-sedap. Acik Dah pun masak sedap."

"Papa... Hari ni Sofia buat kapal terbang dengan katak guna kertas! Tapi yang Kak Nay buat lagi cantik... Kak Nay kata Sofia kena cuba banyak-banyak nanti Sofia punya pun cantik!" Origami kapal terbang dan katak yang tak begitu berupa ditayang kepada papanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 10, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love in the RainWhere stories live. Discover now