#10

3.7K 179 3
                                    

Apabila selesai berbual dengan jimin direstoran. Taehyung ingin mengunjungi ke rumah lamanya.

Sesampai dirumahnya, taehyung membuka pintu rumahnya dan membuka lampu ruang tamu. Taehyung melihat keadaan didalam rumah itu buat kali pertama.

'Masih sama, tetapi berlainan,' gumam taehyung. Lalu dia menuju ke biliknya sendiri. Alangkah rindunya taehyung dengan bilik itu. Aroma lavender masih lagi terbau di ruangan itu. Membuatkan taehyung menjadi nyaman.

Lalu dia merebahkan dirinya di katil empuk miliknya. Walaupun katilnya tidak sebesar katil di mansion jungkook, tetapi keselesaannya sama dengan keselesaan katil di mansion jungkook.

Taehyung membuka telefonnya, hatinya sedikit kecewa kerana tiada panggilan telefon daripada jungkook. Taehyung ingin menelefon jungkook, tetapi dirinya risau jika jungkook memarahinya kerana menelefon ketika jungkook sibuk.

Selepas itu taehyung menuju ke bilik mandi kerana dia merasakan dirinya sedikit lingkit. Selepas dia sudah membersihkan diri, taehyung keluar dari rumah itu kerana dia telah berjanji kepada jungkook untuk tidak pulang lewat ke mansion jungkook.

Seusai keluar dari rumah itu, taehyung berjalan sendirian sambil merasai angin malam yang mendamaikan. Dirinya terasa segar apabila angin menyapa ke tubuhnya. Membuatkan taehyung berasa sedikit dingin.

Taehyung sekali lagi melihat kearah telefonnya. Masih lagi tiada khabar daripada jungkook. Taehyung mengeluh kecil.

Setelah lama berjalan, taehyung merasakan ada sesuatu yang pelik. Keadaan suram di tempat taehyung menjadikan suasana menjadi senyap. Hati taehyung menjadi gusar.

Semakin lama taehyung berjalan, semakin kedengaran bahawa dirinya diekori. Taehyung semakin mempercepatkan langkahnya dan tiba2 dia terus berlari sehingga dia memasuki satu lorong.

Setelah merasakan keadaannya selamat, taehyung segera menelefon jungkook. Tetapi jungkook tidak mengangkat telefonnya. Berkali2 taehyung cuba untuk menelefon jungkook tetapi gagal. Taehyung ingin menangis juga di situ.

Apabila taehyung ingin menelefon jimin pula ada satu hentakan kuat di kepala taehyung yang membuatkan taehyung pengsan. Lelaki yang memukul taehyung menyeringai kearahnya dan terus memasukkan taehyung kedalam kereta.
_____________________________________

"Ah.." Taehyung meringis kesakitan. Kepala berpusing setelah dia menyedarkan diri. Taehyung memandang ke sana ke sini.

Taehyung ingin bangun di tempatnya tetapi dia merasakan dirinya diikat oleh tali. Taehyung juga baru perasan bahawa ada kaib yang menutup matanya membuatkan dirinya serta merta panik.

"Hei! Sesiapa! Tolong lepaskan aku!" teriak taehyung. Taehyung meneriak sehinggalah ada bunyi pintu terbuka. Taehyung terus menutup mulutnya.

Lelaki yang berada di hadapan taehyung menyunggingkan bibirnya. Lalu dia mengusap wajah taehyung. Taehyung hanya mengejung di situ.

" Nampaknya kau dah sedar. Hoseok,buka penutup kain dimatanya," arah lelaki itu. Hoseok segera membuka penutup kain itu. Taehyung mengerenyit apabila cahaya menusuk kedalam matanya. Apabila penutup kain dibuka, terlihat si won dan hoseok berdiri dihadapannya.

" Sial kau choi si won! "bentak taehyung. Mendengar itu si won ketawa terbahak bahak. Taehyung memandang benci kearah si won.

" Dalam keadaan seperti ini kau masih melawan kim taehyung, kenapa kau tidak memohon saja kepadaku? " ujar si won sinis.

" Aku bukan lelaki lemah seperti yang kau fikirkan, dan aku bukan pengecut sepertimu!" bentak taehyung. Dirinya makin ingin memaki hamun lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini. Si won ingin mengusap wajah taehyung tetapi ditepis oleh taehyung.

LOVE PSYCHO [KookV] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang