"Aaaa... err... habis lah kita,"gagap Flora yang sudah putus kata.

"Aku tau!"

Semua warga yang riuh dengan kepanikan menjadi hening seketika apabila melihat Aqua berdiri di jatas satu batu tinggi yang dibuat Geo. Aqua cuba membetulkan suaranya terlebih dahulu seperti bersedia untuk berucap di perhimpunan, ini supaya suaranya dapat menandingi bunyi air dan rekahan yang kuat itu.

"Dengar ni semua! Kami mohon jasa baik kalian, untuk berganding bahu dan bersama-sama! Kami mahu kamu semua bersama-sama menghentikan air deras itu dengan diketuai oleh penjaga-penjaga unsur air dan ais. Manakala rekahan ini haruslah dihentikan oleh pengguna unsur tanah, logam, tumbuhan dan yang lain-lain juga boleh menolong. Manakala kami akan pergi membanteras Ohm. Kalian boleh faham permintaan kami?!,"laung Aqua.

"Faham!"

Ibu Aqua kelihatan bangga melihat anak gadisnya yang berani mewakilkan diri untuk menangani situasi begini. Sebagai tanda sokongan, ibu dan ayah Aqua pun terus memasuki barisan penduduk untuk menghentikan air deras tersebut.

"Apa?! Kalian ingat kalian boleh-"

POM!

Satu sambaran kilat yang pantas menembak menghampiri Ohm tetapi nasib sahaja tidak tepat mengenainya. Ohm menoleh membelakangi penduduk tadi mengharap empunya serangan kilat itu.

Kelihatan 11 Elementom yang sudah dalam posisi menyerang mereka bertentangan mata dengan Ohm. Ohm agak tergugat melihat betapa nekadnya mereka mahu mengalahkannya, tetapi ianya tetap tidak dapat menghentikan misi Ohm.

"Kalau kalian berani sangat, marilah!"

Laungan Ohm diikuti dengan guruh yang bertempik. Cuaca kelihatan semakin buruk. Dia benar-benar maksudkan kata-katanya, sehingga dia sanggup menggunakan Kuasa Bencananya.

"Cukup!"

Ohm terkejut dengan arahan yang dilaungkan.

"Elementom semua... kuasa penuh! Serang!"

Laungan Pyro yang lantang mengetuai mereka benar-benar terasa dengan aura berlainan. Ohm seperti kenal dengan aura yang mirip dengan itu.

Tanpa sempat Ohm mengenalpasti aura tersebut, tiba-tiba cuaca menjadi dingin. Kabus mula muncul di sekitar Ohm. Salji mula turun sedikit demi sedikit sebelum bertukar kepada ribut salji yang sangat kencang. Izz dari bawah mengawal kuasanya dengan baik.

Ohm cuba untuk menstabilkan penerbangannya sebelum salji-salji itu mula bertukar kepada bentuk pejal ais yang menyakitkan. Ohm segera turun dan pergi ke arah bangunan yang Kevin duduki untuk berlindung.

Tetapi belum sempat Ohm tiba ke bangunan itu untuk mendarat, batang-batang pokok yang sangat besar mula tumbuh dan mengelilingi bangunan tersebut dari luar dan dalam sehingga menyebabkan konkrit bangunan itu mula retak. Kevin yang berada di atas bangunan itu terkejut lalu cuba melarikan diri tetapi akar-akar  menjalar lebih pantas mengikatnya .

Ohm cuba berpatah balik tetapi ranting-ranting melekit sempat mencapai kaki Ohm sebelum menghempaskannya ke atas bangunan itu lalu diikat bersama Kevin.

"Apakah...tak tak tak, tak mungkin...,"gelisah Ohm.

"Kami akan tamatkan kau! Windy sekarang!,"pekik Dash sebelum tubuh Dash mula mengeluarkan aura jingga yang sangat kuat.

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now