BAB 1

70 5 0
                                    

Nak buat macam mana aku dah fall in love dengan kau.

Sebuah almari kegemarannya dibuka, dan terpampanglah pakaian-pakaian yang berharga ratusan ringgit daripada pelbagai fesyen dan jenama yang "uptodate". Sepasang blaus berwarna coklat yang mempunyai corak bunga di bahagian kanan atas bahu dan ditabur oleh manik-manik menambahkan lagi keaggungan baju tersebut yang direka khas oleh Rizmanruzaini dicapai oleh Tengku Adriana lalu disarungkan ke tubuhnya.

Wangian GUCCI BLOOM ACQUA  disembur ke sekitar leher dan pergelangan tangan. Dia mengemaskan ikatan rambut dengan rapi sebelum keluar dari kamarnya. Sempat dia membetulkan bajunya yang agak kedut. Hujung lengan ditarik-tarik supaya terletak. Kunci kereta jenama AUDI R8 dan beg tangan berjenama THE CHANEL yang berwarna cream dicapai sambil menari-nari kegembiraan di samping bersiul-siul kecil.

Tengku Adriana memboloskan diri ke dalam kereta AUDI R8 berwarna Ara Blue Crystal Berkilat yang baru dibeli oleh ayahnya tiga bulan lepas. Tengku Adriana tidak sabar mahu ke rumah ibu bapanya yang terletak kira-kira 17 kilometer itu. Walaupun rumahnya dekat dengan rumah ibu bapanya, namun sudah dua bulan mereka tidak berjumpa.

Iphone xr berwarna putih miliknya berbunyi. Dia segera menekan alat perantinya di telinga.

"Hello Kak Adriana, Kak Adriana dekat mana?"

"Kakak baru nak bertolak ni. Give me 20 minutes" Tengku Adriana berkata kepada kembarnya sambil menghidupkan enjin kereta miliknya.

"it's okey, no need to rush. Kita jumpa kejup lagi. Bye." kata Tengku Adira kepada kakaknya.

"okey. Bye, i love you. Mmmuaaaahhhh" balas Tengku Adriana dengan suara manja.

"eeee, kakak ni suka berserai la dengan adik. Dah la malas nak cakap lama-lama dengan kakak lagi bertambah serainya. Cepat tau, jangan lambat-lambat nanti tetamu semua tunggu kakak."

Tengku Adriana tergelak apabila mengenangkan wajah adiknya yang manja itu lalu menekan butang merah di skrin telefonnya. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran mereka berdua yang ke-23. Segala persiapan telah dilakukan oleh ibu bapa mereka serta pembantu rumah. Aku dan Tengku Adira sama sekali tidak dibenarkan untuk membantu menyiapkan segala persiapan kerana hari ini merupakan hari istimewa bagi kami berdua.

Tengku Adriana memasuki rumah banglo tiga tingkat milik ibu bapanya dengan senyum yang teruja apabila melihat satu sudut di dinding dihiasi pelbagai jenis belon tersebut. Tiba-tiba matanya tertacap dengan beberapa gambar bersama kembarnya sewaktu kecil diletakkan di dinding dan di kelilingi lampu neon. Kelihatan pelbagai jenis makanan dan kek yang disediakan oleh pembantu rumah kami. Tengku Azira dan Tengku Ikmal meminta aku dan kembarku berdiri di bahagian tengah meja kerana kek tiga tingkat baru saja sampai yang dibawa oleh seorang pembantu rumah kami. Kek itu diletakkan di atas meja panjang yang berkilau di tengah ruang tamu runah tersebut. Aku ternganga seketika melihat kek vanilla yang ditingkat paling atas tersusun banyak coklat toblerone. Ia bertambah indah apabila pembantu rumah aku memasang lampu chandelier yang berada betul-betul di atas kek tersebut. Ini adalah kali pertama ibu bapa ku menyambut hari lahir aku dan kembarku begitu meriah.

"Tengku Adriana dan Tengku Ariana cut your cake here and dont forget to make your own wish" kata Puan Aliza kepada aku dan Tengku Ariana dengan bahasa inggeris yang pekat.


Selesai saja memotong kek dan menyanyi, semua para tetamu kembali semula menikmati makanan yang telah disediakan. Aku pula meminta diri kepada para tetamu yang berada di situ untuk merehatkan diri di dalam bilik. Biarlah tetamu yang hadir itu mengata aku seorang yang sombong. Aku memang tidak suka bergaul dengan orang dan lebih suka bersendirian berbeza dengan kembarku iaitu Tengku Ariana yang agak peramah dan tidak sombong.

Tiba di bilik aku menghempaskan badan di atas katil bersaiz king. Syiling yang bertemakan skyblue aku tenung. Tiba-tiba mata aku tertacap pada sebuah kotak di atas almari yang sudah lama tidak disentuh. Aku bangun dari pembaringan dan mencapai sebuah kerusi di meja solek. Aku mengagahkan diri untuk mengambil kotak tersebut. Kotak tersebut diambil lalu aku duduk di tepi bucu katil sebelah kanan dan meniup kotak tersebut yang berhabuk. Selepas kotak itu dibersihkan, aku membuka dengan penuh perlahan-lahan. Dia mengambil sebentuk cincin di dalam kotak tersebut dan seutas rantai. Tengku Adriana teringat akan kenangan tersebut.

Flashback

"kita putus" Tengku Adriana tersentak dengan ayat tersebut. Di hadapannya seorang lelaki yang kacak atau dikenali sebagai Tengku Zafrel Iskandar. Cukup segak untuk mencairkan seorang perempuan dan cukup baik untuk menjadi seorang suami.

Tengku Adriana mengeleng kepalanya sambil ketawa. "Are you joking baby? It was funny!" gelak Tengku Adriana sambil menahan perutnya. Dia memandang kekasih hatinya yang serius.

"No.. I don't. Please lah, I just couple dengan you sebab I nak  permainkan you je! Setakat perempuan macam you, petik jari jelah!"

Dup dap dup dap jantung Tengku Adrian bergetar hebat bagaikan air yang dipam ke matanya.

Dia berdiri sambil memegang bahu Tengku Zafrel. "No.. Impossible! You just kidding right?" tanya Tengku Adriana yang masih tidak percaya. Tengku Zafrel menepis tangannya kasar.

"stop it Rina! I said we are over! Do you understand?" Rina. Nickname untuk Tengku Adriana.

"But why?!" tanya Tengku Adriana dengan mata yang dipenuhi air mata. "Sebab I dah ada perempuan lain" Tengku zafrel terus mengucapkannya. Walaupun dia cuba untuk menyembunyikannya namun dia tidak tahan. Dia terus berlalu dari situ dan meninggalkan Tengku Adriana seorang diri. Dari sejak itu, Tengku Adriana bencikan lelaki terutama Tengku Zafrel dan dia berjanji akan mempermainkan perasaan lelaki.

End flashback.

Tengku Adriana mengesat air matanya yang telah membasahi pipi. Tipulah kalau hatinya tidak sayangkan Tengku Zafrel walaupun hampir setahun mereka telah putus.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Biarlah rindu menyatu .  Where stories live. Discover now