Part 2

97.4K 1.2K 18
                                    

Dua minggu sudah berlalu sejak kejadian itu.Sepanjang dua minggu ini jugalah aku sentiasa berhati-hati agar tidak terserempak dengan Geng Setan.Sampaikan Ara,kawan karib aku tanya apa masalah aku sampai rasa insecure sangat nak ke mana- mana.Kadang-kadang bila aku ternampak Airil and the gang dari jauh,aku patah balik ataupun guna laluan lain.Ara asyik bengang blla aku selalu guna jalan jauh.Biarlah jauh ,dari terpaksa berdepan dengan Airll lagi.Tak sanggup aku!

Baru tadi aku lari daripada terserempak dengan Airil.Ara disebelah Sudah bercekak pinggang.

" Kau ni kan,apa masalah kau eh? Aku perhati kau ni setiap kali ada Airil and the gang kat jalan tu mesti kau nak guna jalan lain.Apasal ?" protes Ara

" Ma..mana ada! Aku cuma rasa nak exercise.Tu je ." Aku cuba berdalih.Memang aku tak pernah beritahu Ara tentang kejadian aku diusik dengan geng Airil tu.Ara mahupun Kak Laila.Aku tak mahu mereka risau .

" Kau tak payah nak membongak lah,Ward.Kau tu pemalas! So tak payah nak create alasan macam tu.Dah terang-terang kau menipu, Ward oi.." bidas Ara Sedar dah kalah.Aku diam saja sudahnya.

" Ish ! Bagilah tahu aku.Airil ada ugut kau eh ? Apa,dia tak kasi kau tunjuk muka depan dia lagi? Macam tu?" tebak Ara. Pantas anak mata aku cari wajah Ara bila tebakannya tepat sekali.Aku serba salah.Patut ke aku cerita?

" Betulkan apa yang aku teka?" soal Ara tak sabar.Perlahan-lahan aku jatuhkan kepala sekali dua.

" Biar betul? Habis tu kalau kau tunjuk muka juga? Dia nak buat apa? " Dia kata dia takkan lepaskan aku." Aku memandang reaksi wajah Ara yang sudalh berubah riak." Aku takut Ra.." aduku.Lengan Ara aku goyang-goyangkan sikit.

"Yelahh..dengan apa yang kak Laila cerita dulu tu.Aku takut dia nak jadikan aku salah satu dari mangsa dia." Sambungku.Memikirkan sahaja dah buat aku ketakutan.Ara mengeluh perlahan.

" Itulah kau! Bila orang cakap kau buat dek je.Last-last Kau yang kena." Bebel Ara.

" Kau ni tak baik tau.Member tengah cuak kau cakap macam tu pula." aku berpeluk tubuh.Merajuk sekejap.

"Haa..tak payah nak merajuk. Tak ada masa nak layan.Sekarang ni kau nak buat ape? Andai kata kau terserempakjuga dengan dia sudahnya?" balas Ara.

" Ngee..aku tak nak fikir benda tu.Sebab tu aku asyik lari dari dia." Jawabku sedikit bentak.Aku takut nak fikir sebarang kemungkinan macam tu.

"Yelah..tapi kampus ni bukannya besar.Tup tup jumpa juga." Ujar Ara cuba sedarkan aku bahawa aku tak selamanya boleh lari macam ni.

" Kalau jumpa juga,memang aku jadi tawanan dia lah jawabnya.Huhu.aku takut weyh!" aku tarik-tarik lengan baju Ara.

" Hurmm.tapi pelik pula bila dia baik hati lepaskan kau hari tu.Sebab setahu aku,semua dia rembat.Nak kata kau tak lawa,lawa la juga." Tiba-tiba Ara pertikai.Dipandangnya aku atas bawah.

"Eh..kau ni! Ye,memang aku lawa.Cuba bersyukur sikit kawan kau ni masih diberi kesempatan menjadi anak dara." Selarku geram.

"Memang la bersyukur.Alhamdulillah.Tapi terfikir la juga.Aku rasa dia tak serius lah."

"Maksud kau?"

"Maksud aku,dia saja je nak takutkan kau.Kalau dia betul nakkan kau.Dia dah heret dah kau hari tu.Betul tak?" Aku terdiam sekejap.Ya tak ya juga..

"Eh..tapi still kalau boleh elak dari jumpa dia,aku akan elak.Dan kau kena sentiasa ada dengan aku.So that apa-apa hal,kau boleh jadi saksi." Tegasku. Walaupun aku tak yakin Ara boleh tolong aku kalau apa-apa terjadi.

" Yelahhh..Tapi kan,bila kau serempak dengan dia Asal kau tak cerita kat aku?" soal Ara bertubi-tubi.Perempuan ni memang selagi aku tak cerita betul-betul memang dia akan tanya saja.

****************************************************

Buat sekian kalinya aku menjeling jam di pergelangan tangan.Aku mendengus.Mana minah ni..

Sudah 30 minit lamanya aku tunggu Ara di luar library,tapi batang hidung pun tak nampak.Sepatutnya petang ni kami cadang nak berjumpa dengan Madam Kamila berkaitan tentang group assignnent yang diberi minggu lepas.Janji dengarn madam pukul 3 petang.Sekarang dah 3.30 petang.Sudahlah pukul 4,madam kata nak balik.Aduh..mana pergi dia ni!

Smartphone dikocek seluar aku keluarkan.Baru aku berura-ura nak call Ara,satu panggilan masuk.Tengok nama pemanggil,laju aku angkat.

" Beb,kau kat mana ? Sekarang dah 3.30 tau tak? Pukul 4 nanti madam nak balik dah." Tanpa salam,aku terus sembur dia.

"Beb,Im so sorry.Aku tak boleh join kau.Umi aku accident. Aku dah on the way balik ni." Balas Ara.Suaranya kedengaran sedikit cemas

"Accident? Ya Allah,macam mana boleh accident? Umi kau sekarang ni macam mana,okay tak ?" soalku prihatin.Umi Ara ni dah macam umi aku sendiri.Selalu juga aku datang ke rumah Ara.Wajah umi Ara yang lemah lembut tu mula terbayang dimata.

"Aku tak tahu lagi keadaan umi aku macam mana.Tu yang aku rushing balik ni.Sorry sangat aku tak boleh join Kau. " Serba salah aku blla Ara sungguh sungguh minta maaf.Sudahlah tadi dalam hati aku sempat tuduh minah ni terlajak tidur.Almaklumlah,kawan aku ni memang kaki tidur.

" Tak apa beb.Umi kau lagi penting.Nanti aku bagitahu madam yang kau ada emergency.Apa-apa pasal assignment ni nanti aku update kau." Ujar aku cuba sedapkan hati dia.

"Okay beb,thank you so much." Ucap Ara

"Okay,hati-hati tau." Balas ku seraya menamatkan panggilan.

Tamat panggilan,aku mengeluh perlahan.Lemah kakl aku menapak ke bangunan pensyarah.Nampaknya aku kena jumpa madam seorang-seorang lah ni..

**********************************

Atas ehsan dan budi pekerti Madam,perbincangan aku dengannya berlanjutan hingga pukul 5 petang Lega aku dibuatnya.Sempatlah nak tanya betul-betul pada madam mengenai assignment ni. Tak adalah nak rushing-rushing.

Keluar dari billk madam,aku terus ke laluan kaki lima yang menuju terus ke kolej kediaman.Bila tekak terasa dahaga,aku berhenti di mesin 'gedegang' air.Aku tenung satu-satu air dalam mesin tu sambil dalam kepala berkira-kira nak beli air yang mana satu.

Baru saja aku nak masukkan duit syling, aku dengar ada suara-suara lelaki yang semakin dekat di belakangku.Salah satu suaranya cukup aku kenal.Suara dari seseorang yang cuba sedaya upaya aku elak sepanjang dua minggu ni.Allah. Aku dah mula nak menggigil.Otak mula fikir nak larikan diri.Baru kaki aku mula nak melangkah,suara itu menegur.

"Hey,we meet again." Ujar Airil yang bernada menjengkelkan. Aku tak berani nak menoleh.Nafas aku terasa sesak.Jantung berdetak laju.Somebody,please kill me!

###################

Vote plss..*wink

[E-BOOK] MR. BADBOYWhere stories live. Discover now