32

5.5K 338 25
                                    

Adrean berjalan tanpa arah tuju dalam kabus putih kemudian satu cahaya muncul. Tanpa berfikir apa-apa, dia menuju ke cahaya putih itu. Adrean munutup matanya kerana cahaya itu terlalu terang.

" Tempat ni... " Adrean membuka matanya setelah cahaya itu hilang dan sedar dia berada di suatu tempat yang dia kenal.

" Adrean! " jerit seseorang dari belakang. " Suara tu.. "  Adrean terlalu kenal suara itu mebuatkan dia teragak-agak untuk memandang belakang. ' Adakah ini satu mimpi? '

" Adrean! " jerit si pemanggil lagi. " Tak mungkin itu dia.. " Adrean masih terkaku di tempatnya.

" Adrean! " jerit si pemanggil itu lagi namun kali ini semakin kuat, seakan-akan dia menghampiri Adrean. Puk! Bahu Adrean ditepuk. Adrean terkejut dan mukanya sudah berubah pucat.

" Woi! Kau pekak ke apa? Aku panggil kau buat bodoh je " kata Am yang telah berdiri di hadapan Adrean. Muka Adrean seakan-akan tidak percaya apa yang dia sedang lihat pada waktu ini. Tangan Adrean memegang muka Adrean. Am sudah pelik. "  Dah kenapa kau ni? " tanya Am.

Tetiba, Pang! 

" Sakitlah bodoh! " marah Am. Namun Adrean terus memeluk Am. Am pula yang terkejut dengan tindakan tersebut terus menolak Adrean.

" Kau buang tabiat ke apa? " soal Am. " Kau tahu tak aku rindu kau sangat-sangat? Aku rindu nak borak kau. Aku rindu nak lepak dengan kau. Aku rindu nak tengok muka kau " kata Adrean setelah mendiamkan diri sejak tadi.

"  Sah! Kau buang tabiat " kata Am. " Kau tak ingat apa-apa ke? " soal Adrean. Am menggeleng. ' Ya Allah, sekiranya kau sedang memberi peluang kepadaku untuk menebus kesilapan pada masa lalu, kau berilah masa yang panjang untuk kami berdua untuk meluangkan masa, Ya Allah. ' kata hati Adrean.

" Takpelah. Sorry eh bro sebab tampar kau. " ucap Adrean sambil tersenyum paksa.

" Serius perangai kau pelik harini. Kau buat aku rasa rasa seram sejuk. " kata Am.

*************************

Adrean yang terbaring di katil membuatkan air mata Aisya menitis. Entah untuk kali keberapa dia menangis. Hatinya rasa sedih setiap kali melihat Adrean.

" Patutnya aku dah dapat agak bila kau batuk keluar darah haritu. Tapi aku positifkan minda aku yang aku salah nampak. Aku ni kawan tak guna kan? Kawan sendiri menderita tanggung sakit tapi aku bahagia dengan... " ayat itu tidak lengkap kerana Aisya sudah menangis teresak-esak.

" Kau tahu tak Adrean, kalau aku tahu kau sakit, aku takkan pilih kebahagian aku sendiri. Aku lebih rela pilih kau. Aku tak sanggup tengok kau terlantar macam ni. Bangunlah Adrean. Janganlah tinggalkan aku juga. " kata Aisya dengan air mata yang tidak terhenti-henti keluar.

Tiba-tiba pintu dibuka. Rayyan, Zariel, Daniel dan Raisya masuk ke bilik wad. Dengan segera Aisya menggelap air matanya. Raisya datang mendekati dan mengusap belakang Aisya untuk memberi semangat.

" Kita baca Yassin untuk Adrean " ajak Daniel. Walaupun semalam Daniel tidak dapat menerima bahawa Adrean sedang sakit namun sampai bila dia ingin melayan perasaan diri? Maka dia membuat keputusan untuk melawat Adrean pada hari ini.

Semua bersetuju untuk membaca Yassin.

*******************************

Adrean dan Am berlari kelilingi padang bola itu sambil bercerita. Kelihatan muka Adrean bahagia sekali. 

" Dahlah rehat sekejap. " kata Adrean lalu terbaring di tengah-tengah padang itu. Am juga berbaring di sebelah Adrean. Mereka berdua memandang langit.

Padang bola itu tempat bermakna bagi Adrean kerana di situlah tempat mereka berdua bermain bola bersama pada setiap minggu. Tempat itu juga tempat mereka lepak pada waktu malam. Sayangnya selepas kepergian Am, Adrean tidak lagi menjejaki ke tempat itu kerana terlampau banyak memori di situ bersama dengan Am.

" Kau ingat tak dulu kita selalu lepak kat sini malam-malam buta? "tanya Adrean yang setia memandang langit.

" Gila tak ingat! "  kata Am bersama senyuman yang lebar.

" Tapi sekarang kita dah tak boleh buat macam tu lagi " ucap Adrean dengan suara sedih. Am memandang Adrean. " Kenapa? " soalnya. Namun Adrean diam.

Am tiba-tiba berdiri dan menghulurkan tangan kepada Adrean, " Adrean, jum ikut aku "  ajak Am. Adrean perasan yang keadaan di situ semakin kabur atau dikatakan hilang satu per satu.

" Pergi mana? " tanya Adrean dengan perasaan bercampur-baur.

**************************

" Doktor! Doktor! " panggil Zariel. Semua cemas apabila mesin berbunyi.

" Adrean... " Aisya dan Raisya sudah memeluk sesama sendiri bersama tangisan.

" Semua diminta tunggu diluar " kata nurse. 

" Doktor please selamatkan kawan saya " rayu Rayyan. Doktor tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu mengangguk.

Apa yang mereka dapat lakukan sekarang hanya berdoa kepada Yang Maha Esa sahaja.

  "Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali."  

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now