26

5.7K 353 17
                                    

Adrean memandang tepat ke arah Aisya dan Rayyan.

" It's not what you think " kata Aisya dan serentak itu Rayyan memandangnya.

" Then what " Adrean tersenyum sinis. Aisya ingin mengatakan sesuatu namun dipotong oleh Rayyan.

" Kau dengarkan tadi? Asal tanya lagi " kini giliran Rayyan pula tersenyum sinis.

" Aku cakap dengan dia bukan dengan kau! " kata Adrean dalam nada geram.

" Kau boleh je cakap dengan aku " Rayyan masih kekal dengan senyuman sinisnya serta muka bekunya itu.

" Kenapa nak cakap dengan kau pulak? " tanya Adrean sambil mengangkat keningnya.

" I'm her boyfriend " kata Rayyan dan Aisya seperti terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Rayyan kerana mereka sudah berjanji untuk merahsiakan perkara itu terlebih dahulu.

Rayyan terus berkata lagi apabila Adrean hanya mendiamkan diri. " Sekarang kau dah tahu kan? Aku nak kau jangan terlalu rapat dengan Aisya. Because I know your feelings "

Adrean tergelak kecil lalu tersenyum pahit. " You know? Then apa semua ni? "

" Kau yang lepaskan peluang " kata Rayyan. Aisya yang hanya menjadi pemerhati perbalahan antara mereka berdua terus bersuara. " Apa yang korang tengah cakap ni? " soal Aisya dalam kebingungan. 

" Boys problem! " serentak Adrean dan Rayyan cakap. Aisya sudah malas ingin berlama-lamaan di situ lalu membawa diri ke biliknya.

Selepas Aisya pergi, Adrean mengangkat kedua-dua belah tangannya menandakan dia mengalah. " Aku malas nak gaduh ". 

Adrean menuju ke pintu utama dan suara Rayyan menyapa di telinganya " Kau still taknak fight? For her? ".

Serta merta langkah Adrean terhenti. " Kau still nak jadi loser sampai bila-bila ke? " kata Rayyan dan kali ini kata-katanya amat pedas.

" For what? Hancurkan kebahagiaan kawan aku macam tu? " ujar Adrean selepas memusingkan badannya menghadap Rayyan.

" At least you tried " kata Rayyan dan Adrean membalas " Takde guna dah. Aku nak mati dah pun "

Adrean tersedar yang dia telah terlajak kata lalu dia cepat-cepat melarikan pandangannya daripada Rayyan.

" Apa maksud kau? " Rayyan sedikit cuak apabila Adrean berkata begitu.

" Nothing " kata Adrean perlahan lalu keluar dari Rumah banglo itu. Rayyan hanya memandang Adrean sehingga kelibatnya hilang.

' What are you hiding from me, Adrean? ' bisik hati Rayyan.

******************

Adrean menunggang superbike miliknya di bawah cahaya bulan dan bintang tanpa hala tuju. Setelah 30 minit, dia berhenti di tepi jalan. Sudah pukul 3 pagi dan hanya beberapa buah kereta sahaja masih kelihatan pada waktu begini.

Adrean bersandar pada superbike dan memerhati bintang di langit. Kemudian dia tersenyum pahit.

" Am! Aku lonely ni! Temankan lah aku. " jerit Adrean sekuat hati walaupun dia tahu Am takkan mendengarnya.

" Selalunya kau yang teman aku tengok bintang. Pusing-pusing kl pepagi buta macam ni " Adrean berkata dan tergelak kecil. Kemudian riak wajahnya bertukar muram.

" Kau pun sedar ke yang aku sayang Aisya lebih dari seorang kawan? Mesti kau bencikan aku kan? And now mesti Rayyan bencikan aku juga " Adrean berkata seolah-olah Am berada di hadapannya.

" Tapi...... " Adrean mengeluh.

" Kenapa aku tak pernah dapat kebahagiaan yang aku impikan? " Adrean merenung ke arah langit cuba mengusir apa yang ada dalam buah fikirannya. Tanpa sedar masa sudah berlalu. 

Adrean menuju ke masjid yang berdekatan. Sementara menunggu waktu subuh, Adrean menunaikan solat tahajjud. Namun pada rakaat terakhir, pandangannya menjadi kabur lalu tidak sedarkan diri.

Secara kebetulan ada seseorang berada di sekitar situ terus berlari mendapatkan Adrean yang rebah secara tetiba.

" Dik, bangun dik. Adik ok tak? " lelaki itu cuba menepuk-nepuk badan Adrean namun tiada gerakan. Dengan pantas lelaki itu membawa Adrean ke hospital berdekatan.

Bunyi telefon kedengaran di telinga Rayyan. Tangan Rayyan meraba-raba di sebelahnya untuk mencari phone miliknya dengan mata yang masih tertutup.

" Hello? " suara serak milik Rayyan kedengaran.

" Hah? Ok saya pergi sana sekarang! " terbuka luas mata Rayyan apabila mendapat berita itu.

Dengan tergesa-gesa Rayyan keluar dari rumah banglo dan menuju ke suatu tempat.

Adrean yang kini berada di hospital atas pertolongan seorang lelaki tadi, perlahan-lahan membuka mata. Sebaik sahaja Adrean membuka mata, lelaki yang menolongnya tadi masuk.

" Eh, dah sedar? " tegur lelaki itu. Adrean mengangguk sambil tersenyum.

" Sebenarnya apa jadi tadi? " soal Adrean sambil memandang lelaki itu.

" Kamu tetiba rebah waktu tengah solat. Abang memang rasa tak sedap hati tu yang bawak adik pergi hospital " terang lelaki itu panjang lebar. Adrean sekadar mengangguk.

" Terima kasih ye bang.. " ucap Adrean sambil tersenyum.

" Panggil abang Syaf. Apa pun abang doakan adik cepat sembuh. Muda-muda lagi dah kena ujian sebegini. " kata lelaki itu yang bernama Syaf. Adrean hanya tersenyum pahit.

" Oh ye abang ada call seseorang. Taktahu lah dia kawan or keluarga adik. Sebab abang tengok phone ada missed call dari dia. So abang call lah dia. Maaf ye menceroboh privacy adik " kata Syaf panjang lebar serta meminta maaf atas sebab membuka phone Adrean.

Adrean kelihatan bingung. " Sape? " soal Adrean.

" Dia ada kat luar. Abang minta diri dululah ye. Ada masa kita jumpa lagi. " Syaf berlalu pergi setelah meminta diri. Serentak itu wajah yang amat dikenali muncul di muka pintu.

" Apa kau buat kat sini? " 




MICKEY HIGHSCHOOLOnde histórias criam vida. Descubra agora