30

5.1K 333 4
                                    

Perlahan-lahan Rayyan mendekati Zariel yang terduduk bersandar di dinding itu. Dia juga duduk bersandar bersebelahan Zariel.

" Why? Why dia rahsiakan benda penting macam ni?! " kata Zariel dalam nada marah serta kecewa dengan sikap penting diri Adrean.

" Dia taknak kita risau " balas Rayyan.

" Taknak kita risau? " Zariel gelak sinis. " Kita ni sape bagi dia? Bertahun-tahun kita kenal, dah macam family dah pun. Susah senang kita bersama. " ucap Zariel dengan perasaan yang geram.

" Family dia pun taktau, Riel. Kalau dia tak bagitahu kat family dia apatah lagi kita " kata Rayyan sambil tepat memandang Zariel yang kelihatan terkejut itu.

" Gila! Dia kena rasuk dengan apa sial?! Aku rasa nak brain wash dia cukup-cukup je. Aku tak kira, aku akan paksa dia buat rawatan juga! " kata Zariel sambil bangun.

" Kau nak pergi mana? " tanya Rayyan yang terpinga-pinga dengan Zariel yang tiba-tiba bangun.

" Brain wash mamat tula. Mana lagi " kata Zariel lalu bergerak ke bilik Adrean dan Rayyan mengikutinya dari belakang.

Zariel membuka pintu itu tanpa mengetuk. Adrean yang sedang berehat kelihatan terkejut.

" Lama betul kau ponteng sekolah? Seronok kau eh? " perli Zariel. Adrean hanya diam kerana masih terkejut dengan kedatangan Zariel dan Rayyan di situ.

" Sampai bila kau nak berahsia? " tanya Zariel apabila Adrean hanya berdiam diri.

" Sampai aku mati "

" Kau memang nak kenakan! " dengan perasaan geram Zariel menarik telinga Adrean.

" Aduh! Aduh! Bro aku gurau je. Betul gurau! " selepas Adrean berkata begitu barulah Zariel lepaskan telinganya itu.

" Gurau gurau! Pala otak kau gurau! Ingat mati boleh buat main ke?! Amalan dah banyak sangat ke nak mati sangat tu?! " marah Zariel. Fuhh deep sungguh ayatnya.

" Tak banyak " jawab Adrean dengan jujur. Rayyan yang hanya memerhati dari tadi sudah menggeleng kepala. Kadang-kadang Adrean punya bengap ni dah sama level dengan si Daniel.

Zariel meraup mukanya kasar. Adrean tersengih.

" Sorry " ucap Adrean dengan muka mendung. Keadaan menjadi sunyi dan serius.

" Kenapa kau taknak buat rawatan? " tanya Zariel dengan musykil.

Adrean mengeluh. " Entahlah "

" Seriously? " Zariel pandang Adrean dengan pandangan tak percaya.

" I don't care, kau kena juga buat rawatan. Aku akan inform kat Dr.Hanif. " ucap Zariel dan Rayyan bersetuju dengannya.

" And aku rasa dah tiba masanya kau bagitahu yang lain. " kata Rayyan. Adrean hanya diam dan memikirkan hal itu.

" And dah tiba masanya kau bagitahu pasal kau dengan Aisya " Adrean membalas. Mata Zariel terbeliak kerana terkejut.

" WTF kau diam-diam bercinta dengan Aisya? Wahh dah bahagia siaa " kata Zariel sambil menyiku Rayyan, saja mengusik.

" Eleh kau pun sama dah bahagia dengan adik aku tu " Rayyan menjeling Zariel.

" Zariel pun? Wahh masing-masing ada rahsia " kata Adrean sambil gelak. Rayyan dan Zariel pun gelak sama.

' Sekurang-kurangnya diorang bahagia. Takdelah sedih je pasal aku ' kata hati Adrean.

*******************************

" Sayangggg " panggil Rayyan dengan manja.

Aisya yang sedang kusyuk membaca novel hanya mengHmmkan sahaja.

Rayyan geram kerana Aisya tidak melayannya lalu dia menarik novel itu dari tangan Aisya dan meletakkan di tepi.

" Hey! " jerit Aisya lalu membuat muka masam.

' Ah sudah merajuk pula ' kata hati Rayyan.

" Kejap lagi sayang bacalah. I nak cakap something ni " pujuk Rayyan.

" Apa dia? " dengan suara garang.

" Emm garanglah sayang ni takut I nak cakap " gurau Rayyan. Aisya mendengus geram.

" Okey okey. Jangan marah I gurau je." pujuk Rayyan.

" Eii cakaplah cepat " marah Aisya pada Rayyan yang suka main-main itu. Rayyan yang berada di depan Aisya ni bukan lagi Rayyan yang serius tapi Rayyan yang suka mengusik dan main-main.

" Emm camni, I rasa dah tibalah masanya kita bagitahu yang lain pasal hubungan kita. " kata Rayyan dengan lemah-lembut.

" Okey. Dah bagi balik novel I " Aisya cuba mengambil novelnya kembali tapi dihalang oleh Rayyan.

" Rayyan! " marah Aisya. Rayyan hanya gelak kerana dapat mengusik Aisya.

" You taknak tanya ke kenapa I tiba-tiba nak bagitahu kat diorang? " soal Rayyan.

" Hah kenapa? "

" Sebab Zariel and Raisya pun tengah couple and diorang pun baru nak bagitahu kita semua " terang Rayyan dan Aisya kelihatan terkejut.

" Wait what?! Diorang couple? Patutlah cam berkepit je akhir-akhir ni " kata Aisya dengan teruja kerana dapat tahu rakan sebiliknya sudah bahagia.

" Rayyan bagilah balik novel I " kata Aisya dengan manja.

" Tak boleh! " kata Rayyan dengan tegas.

" Why? " tanya Aisya dengan mulut muncung.

" You taknak layan I. I cakap pun you balas nak tak nak. " kata Rayyan.

" Sebab I malas nak layan you, I nak layan novel je " Aisya menjelir lidah pada Rayyan dan pada masa yang sama Aisya berlari keluar dari kedai Starbucks bersama novelnya yang sempat diambil dari tangan Rayyan.

Rayyan mengejar Aisya sambil tersenyum bahagia.

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now