Malam itu sunyi, hanya bunyi rintik hujan yang memercik ke cermin depan kereta. Lampu jalan samar menyinari wajah mereka yang tegang, tangan si ayah menggenggam stereng erat. Dalam kereta itu, tiga bayi perempuan kembar tidur lena di pelukan si ibu, tidak menyedari bahawa dunia yang menanti mereka kelak penuh darah, rahsia, dan perebutan kuasa.
Satu dentuman kuat mengejutkan malam.
Kereta yang mereka naiki tadi dirempuh dari sisi, musuh sudah mengejar sejak petang dan kini semakin hampir. Si ayah sempat berpaling ke belakang, melihat beberapa kenderaan hitam meluncur laju lampu depannya memancar seperti mata pemangsa yang hendak menerkam mangsa.
"Tak boleh lari lagi... kita tak boleh lindungi mereka dengan cara macam ni," ujar si ayah, suaranya tenggelam dalam kekecewaan bukan kerana musuh di belakang mereka, tetapi kerana darah daging sendiri sanggup mengkhianatinya.
Dia tahu satu-satunya tempat yang musuh takkan berani masuk ialah bandar sebelah, di mana pengaruh keluarga tertentu mengatasi semua kuasa gelap lain.
Setibanya di hujung bandar, mereka memasuki satu hutan tebal hanya sunyi malam yang menemani mereka, kereta mereka berhenti mengejut di depan pagar besar yang tertutup. Rumah agam Arron berdiri megah tetapi gelap, seperti raksasa yang tidur.
Si ibu mencium satu demi satu bayi, air matanya bercampur dengan titisan hujan. "Maafkan kami..." bisik si ibu, suaranya bergetar di antara tangis dan doa. Dengan tangan menggigil, si ibu meletakkan bakul kecil berisi bayi-bayi itu di depan pintu rumah.
"Moga mereka dijaga dengan baik..."
"Maafkan mama... maafkan papa..."
Mereka pergi meninggalkan tiga permata kecil itu, tiga jiwa yang kelak bakal mengubah nasib banyak manusia sama ada sebagai penyembuh... atau sebagai kehancuran.
》》》》》》》《《《《《《《
BẠN ĐANG ĐỌC
TRIPLET OF FATE [ OG ]
Lãng mạnTiga kembar perempuan yang dipisahkan sejak bayi kerana keluarga mereka terlibat dalam dunia mafia kini takdir menyatukan semula mereka dalam kancah dendam, rahsia, dan cinta terlarang.
![TRIPLET OF FATE [ OG ]](https://img.wattpad.com/cover/177443295-64-k8346.jpg)