Special Chapter 🖤

8.2K 160 13
                                    

FOR YOU BELOVED READERS





























































































































































































































































































































12 tahun kemudian~

“Pa.. Afan duduk sini ngan nenda. Lagipun Afan malas nak ulang-alik dari german ke malaysia.” Ujar Afan yang baru sahaja selesai bersenam.

Dia melangkah keluar dari Mini Gim yang disediakan nendanya. Adam yang membaca surat khabar hanya diam berkutik. Auliya Irdina pula entah kemana gadis itu merayap.

“Pa.. Dengar tak Afan cakap ni?”

“Dengar afan. Papa tak pekak lagi.” Tegas adam menjawab sambil mencapai kopi dan dihirup pelahan.

“Afan akan ambil spm kat sini. Kalau dina nak balik german. Papa dengan dia je. Afan boleh jaga diri afan dan nenda. Afan takkan susahkan nenda. Afan janji pa.” Katanya sambil mengelap peluh yang menitik menggunakan tuala kecil.

Adam tersenyum dengan sikap anak bujangnya. Memang jenis suka berdikari dan menyendiri. Namun sikapnya yang begitu membuatkan dia semenjak kecil tak berapa akrab dengannya.

“Papa setuju. Kalau papa dengar afan ada kes kat sini macam kat german tu. Papa akan terus pindahkan afan kat german balik. Remember
that! ” Adam tersenyum sinis kearah anaknya. Affan hanya menggeleng mendengar ugutan papanya.

Adam masih ingat lagi apabila Anak lelakinya itu mengetahui Irdina dibuli dikelas sewaktu di German. Dia berjumpa dengan lelaki yang membuli dina dan menumbuk wajah lelaki itu sehingga lebam.

“Tu je syarat papa pada Afan? Anything? ” Perli anak lelakinya itu. Adam yang mendengar itu terus mendongak melihat anak nya.

Surat khabar yang dibacanya segera dilipat dan fokus berbicara bersama anaknya. Dia tak pernah serapat ini dengan Affan. Anak lelakinya yang sejak dari kecil bersikap dingin dan kurang bergaul. Hanya irfina sahaja yang rapat dengannya.

Bahkan apabila mereka makan sekeluarga Affan seperti menjauhkan dirinya dari Adam. Adakah kerana Affan dahagakan kasih seorang ibu?

Memang benar Anis sudah lama meninggal dan mereka semua rindukan anis. Namun sikap Affan ini kadang kala membuat Adam rasa dia telah gagal menjadi seorang ayah.

Affan hatinya yang dingin itu sehinggakan kubur Anis tak pernah mereka sekeluarga lawati bersama. Hanya Adam dan irdina sahaja yang kadang kala melawat bersama. Affan akan melawat kubur Arwah mamanya berseorangan.

“Papa.. cuma nak afan belajar elok-elok. Dina biar papa yang jaga kat sana.” Nasihat adam pada anak lelakinya iaitu affan.

Affan bangun dari kerusi tadi dan berlalu kedalam tanpa sebarang bicara. sikap dinginnya itu memang agak menjengkelkan. Bertahun-tahun adam bersabar.

Adam masuk ke ruang tamu dan melihat jam yang berada di dinding. Sudah menunjukkan pukul 9:00 pagi. Anak gadisnya sejak awal pagi lagi sudah keluar merayap bersama sepupu nya Elyana. Anak kepada William yang merupakan Sepupu adam.

Dia segera mencapai Buku Yaasin dan Songkok. Setiap kali pulang ke Malaysia dia tidak akan terlepas setiap pagi menjenguk Kubur Arwah isterinya. Kadang sehingga petang dia Dikubur untuk menceritakan hal mengenai anak mereka.

Sampai sahaja di Tanah perkuburan. Dia meletakkan tikar kecil dan duduk membaca Yaasin. Walaupun hari ini agak panas sedikit namun demi Rindu yang mendalam. Dia sanggup.

Selesai membaca Yaasin. Adam sempat membersihkan Kubur arwah isterinya yang sudah ditumbuhi oleh anak-anak pokok. Kadang dia tersenyum sendiri melihat tanah perkuburan arwah isterinya.

Dia seakan merasakan kehadiran  arwah Anis. Dia merasakan Cinta arwah Anis terhadapnya masih hidup. Krnangan yang bermain-main di fikirannya. Gelagat Arwah isterinya

“Sayang.. Abang Cintakan sayang. Abang Rindukan sayang. Abang nak cerita kat sayang ni. Harini Afan bercakap lama dengan Abang. Dia siap minta Izin kat Abang nak duduk dekat Malaysia. Abang terkejut jugak dan abang bahagia dia dah makin oke semenjak membesar ni.”

Adam memegang batu nisan dan cuba menahan airmata yang ingin jatuh. Dia cuba untuk mengukir senyuman.

“Abang tahu mungkin Afan salahkan abang sebab tak mampu nak bagi kasih sayang yang secukupnya. Abang tak mampu nak bagi sepenuhnya perhatian. Abang gagal sayang.”

Air mata yang ditahan turun juga. Tak mampu adam tahan lagi. Rindu, Cinta, Kecewa  dan rasa bersalah semakin menghimpit jiwanya.

“Papa tak pernah gagal.” Sambut satu suara dibelakangnya. Adam segera menoleh.

“Dina?! Datang dengan siapa?” Adam menunduk dan mengelap airmatanya. Dia cuba menyembunyikan rasa sedih itu dari Anak perempuannya itu.

“Papa nangis? Sebab papa tak bagi abang ngan Adik sepenuhnya perhatian?” Tanya Irdina. Adam menggeleng.

Irdina mengambil tempat disebelah Papanya. Tudung hitam yang dipakai agak bertebangan kerana angin. Dia tersenyum melihat papanya.

“Mama nak tahu tak? Papa tak pernah lupa untuk sayang abang ngan adik. Hari-hari Adik rasa bahagia. Jadi apa yang papa cakap tadi tu semua tipu! Papa tengah berdrama tadi!” Dina sempat menyelitkan lawaknya. Adam tersenyum.

Kepala anaknya disapu dan mereka mengambil air bunga mawar lalu disiram. Tikar kecil dilipat semula. Mereka berdua berlalu pergi dari situ.

Tanpa mereka sedari seseorang memerhati gelagat mereka dari jauh. Dia hanya mampu mengalirkan airmata mendengar kata-kata adm tadi. Helmet dicapai dan dipakai. Motor berkuasa tinggi itu laju meninggalkan kawasan perkuburan itu.










































































































































Okey sampai situ je.. Tahulah tak special pun.😘❤Typo Abaikan 🖤

- Princess🖤-

Kejamnya sebuah cinta [Complete ♡] Where stories live. Discover now