Bab 11

11.9K 525 25
                                    

"Mummy! Daddy!"panggil Jefry sebaik saja tiba dihadapan rumah kedua-dua ibu bapanya.

"Why are you here? I don't want to see your face."balas mummy Jefry dengan nada yang dingin.

"I miss you guys. Can I come in?"pinta Jefry lembut.

"Kau tak boleh masuk kat dalam rumah ni selagi kau masih ikut paskal! Aku tiada anak yang derhaka macam kau!"marah daddy Jefry.

"Why? Why mummy dan daddy tidak boleh terima saya? Apa salahnya saya kerja sebagai paskal? Memang ini impian saya sejak kecil lagi! Tolonglah faham..."rayu Jefry sedih.

"Kami boleh terima kau masuk Islam tapi kami tak boleh terima kau berkhidmat sebagai anggota paskal!! Abang kau mati sebab dia masuk paskal tau! Kau masih tak faham dan sedar lagi?! Darren Wang?!"tengking daddy Jefry dengan lantang.

"Mummy...Daddy...Abang mati sebab itu ajal dia. Lagipun dia mati kerana mempertahankan negara."

"Apa dia? Mempertahankan negara?! Habistu kenapa dia dihantar ke Nigeria lepastu ditembak disana?! Boleh kau explain?! Pekerjaan ni jadikan kamu sebagai boneka untuk negara yang ada conflict tu!! Jangan jadi bodoh, Darren!"marah daddy Jefry.

"Ya! Semua ni hanya mainan politik tapi nyawa orang yang tidak bersalah seperti abang kamu yang jadi mangsa! Selagi kamu masih Paskal, jangan kamu berani tunjuk muka disini!"ucap mummy Jefry dengan air mata.

"Tidak apa...Mungkin ini memang nasib saya. Tapi saya takkan lupakan mummy dan daddy walaupun kamu layan saya macam ni. You guys still my parents no matter what and I love both of you."ucap Jefry sedih lalu meninggalkan rumah ibu bapanya dengan segera.

Sudah berkali-kali dia dihalau oleh ibu bapanya sekiranya dia pulang untuk menjengguk mereka. Semua ini kerana dia enggan untuk berhenti menjadi seorang anggota paskal walaupun ditentang oleh orang tuanya sendiri kerana satu-satunya abang sulungnya terkorban ketika berkhidmat sebagai anggota paskal 10 tahun yang lalu.

Jefry hanya mampu menangis dalam diam sambil memandang rumah orang tuanya dari jauh sahaja. Ini ialah pilihannya dan dia harus gagah menghadapinya dengan tenang.

Dia tahu berdosa kerana menderhaka terhadap orang tuanya tapi dia betul-betul tersepit!

Tapi dia masih bersyukur kerana orang tuanya masih menerima dia yang memeluk agama Islam. Alhamdulilah...Semoga hati mereka lembut untuk menerimanya semula...

*****

Hi guys!! Sorry for really short update from me!

I Love You Abang PASKAL ✔️Where stories live. Discover now