Siapa Dia? (Bahagian 4)

249 26 4
                                    

TIDAK ada yang lain aku mampu buat selain berdiam dan melihat. Setelah tangisnya agak reda, dia memandang ke arah aku dengan pandangan sayu. Aku tidak memberi reaksi apa-apa. Aku nak senyum untuk cuba tenangkan dia, tapi ini bukan masa yang sesuai untuk tersenyum.

"Saya minta maaf..." Dia menggumam perlahan. "Saya minta maaf sebab libatkan Encik."

Aku menggeleng. "Bukan salah kau. Aku pulak yang rasa kesal sebab tak dapat keluarkan kau dari hutan ni. Boleh aku tahu...siapa nama kau? Aku Zalif."

"Saya Jannah. Tak perlu rasa kesal atau kasihan pada saya. Saya pentingkan diri. Saya sanggup tinggalkan Tiara, kawan saya. Dia korbankan diri dia waktu kami hampir berjaya lepaskan diri pagi tadi. Waktu saya lari menyelamatkan diri, saya cuma dapat dengar jeritan dia saja. Saya tak mampu nak menoleh lihat dia. Saya terlalu takut. Hanya fikir untuk lari dan selamatkan diri saja."

Aku mengangguk tanda faham dengan apa saja yang keluar dari ulas bibirnya. "Jadi, macam mana kau boleh kena culik? Apa yang kau buat sampai kena culik macam ni?"

Dia menunduk. Riak wajah dia sepertinya tergambar penyesalan. "Sebenarnya...saya dengan Tiara..." Dia terdiam. Aku tunggu saja dia meneruskan bicara.

"Dua hari lepas...boyfriend Tiara ajak kami bermalam di hutan ni. Kalau berjalan sikit, boleh jumpa sungai dan kebun pusaka milik keluarga boyfriend Tiara tu. Katanya dia jugak ada chalet dalam hutan. Cadangnya, bermalam satu malam dekat sini dan esoknya nak bertolak ke Gunung Tahan. Kami bertiga memang selalu hiking. Tapi kali ni lain yang jadi. Azhar si boyfriend Tiara tu dah letak dadah dalam air minuman kami. Sedar-sedar je, kami dah kena ikat." Matanya meliar memandang sekeliling. Reaksi wajah dia nampak marah.

Tak semena-mena, tombol pintu di sebelah kanan ruang bilik ini bergerak-gerak diputar seseorang selepas ada bunyi 'klak', sepertinya kunci dibuka. Pandangan kami serta-merta tertumpu pada punca bunyi. Perlahan-lahan, pintu yang ditolak itu terbuka. Muncul batang tubuh yang aku pernah lihat sebelum ini. Lelaki gempal yang kini sudah menukar pakaiannya yang berlumur darah tadi. Di belakangnya muncul lagi dua manusia, seorang lelaki dan seorang perempuan yang aku tidak kenal siapa. Tapi semuanya mempamer muka seakan puas hati. Hujung bibir mereka terjungkit ke atas.

"Tiara? Tiara! Kau hidup lagi?" Jannah bersuara, agak perlahan bercampur riak terkejut. Matanya tak lepas memandang Tiara yang dimaksudkan. Mungkin juga dia sedang bersyukur bahawa Tiara belum mati dikerjakan lelaki gempal itu.

"Huhu.. Hahaha! HAHAHAHAHAHA!!"

Ketawa Tiara membuat riak Jannah bertukar. Jannah terpinga-pinga memandang Tiara yang masih lagi ketawa kuat. Sampaikan berair mata Tiara akibat ketawa yang sungguh-sungguh.

"Mati-mati je kau kena tipu dengan aku! Hahaha! Kau ni bodoh la, Jannah. Memang la aku hidup lagi. Aku berlakon jadi mangsa je. Memang kami sengaja bergaul dengan kau sejak pertama kali kita ke ekspedisi di Gunung Jerai dulu. Pelan-pelan, sekarang kami dah berjaya perdaya kau ikut kami ke hutan ni. Siap bawak kawan lagi tu." Di akhir ayatnya, bibirnya memuncung ke arah aku. Sengihnya tersungging.

"Tapi sebab apa, Tiara? SEBAB APA?!" Mata Jannah mula basah.

"SEBAB KAMI NAK DAGING KAU LA, SIAL!"

Jannah senyap, terpinga-pinga. Antara percaya dengan tidak. Tiara pula tersengih-sengih sambil menjilat pandang ke seluruh tubuh Jannah. Pandangannya dilarikan pula pada batang tubuh aku. Aku menelan liur. Biar betul?

"Yang mana dulu?" Si lelaki gempal buka mulut bertanya.

"Aku nak rasa yang perempuan tu dulu."

Pandanganku jatuh ke arah Jannah dan tiga orang mereka silih berganti. Otak aku seakan tidak dapat mencerna apa-apa pun. Apa maksud dia dengan 'nak daging'? Apa maksud dia dengan 'nak rasa'? Apakah semua ini?

"Azhar!" Tiara tak semena-mena menengking sambil menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. "Pergilah tolong Dali tu. Nganga je dah pasal apa? Buat keje semua lembab!"

Aku lihat mereka berdua keluar seketika sebelum kembali semula dengan parang di tangan masing-masing. Melihatkan itu, darahku berderau, berlumba-lumba naik ke kepala. Entah kegilaan apa pula yang aku kena hadap lagi ni?

Air mata yang bergenang di tubir mata Jannah mula mengalir sewaktu dia dibaringkan ke lantai. Rontaan dan raungannya langsung tidak diendah. Sebaliknya, mulutnya ditekup dengan duct tape. Azhar berpaling melihat Tiara. Seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Tiara..."

"Apa?" Suara yang keluar dari mulut Tiara kedengaran agak keras.

"Kalau aku 'main' dengan dia dulu tak boleh ke?"

Mendengarkan ayat dari Azhar, Tiara mengerutkan dahinya. Dia yang tadinya hanya memeluk tubuh sambil memerhati, kini berjalan mendekati Dali, Azhar dan Jannah yang ligat meronta-ronta.

KELAMWhere stories live. Discover now