Aku mengekori Faiz hingga ke sisi bas. Faiz berhenti dan berpaling.

"Aku naik dulu.."

"Okay, awak. Take care kat sana nanti.."

"In shaa Allah. Hati-hati drive balik. Ahad nanti kita jumpa okay? Take care, sayang.."

"I will. In shaa Allah. Bye, awak.."

"Bye, princess."

Faiz menaiki tangga bas, sempat berhenti seketika mengeyit mata kepada aku. Aku ketawa tetapi dalam hati berbunga-bunga. Alahai awak, kenapalah sweet sangat?

Sebaik sahaja bas mula bergerak meninggalkan perkarangan politeknik, aku dan Sara ke parking lot. Masuk sahaja di dalam kereta Faiz, terhidu wangian lelaki itu. Aku tersenyum sendirian sambil menyelaraskan kembali kerusi bahagian pemandu, sedikit ke depan. Cermin pandang belakang juga terpaksa aku adjust mengikut keselesaanku. Dengan lafaz bismillah, aku memulakan pemanduan.

...

Sabtu pagi, aku dan Sara bersama-sama mengemas rumah, mengemop, mencuci dapur dan membersihkan bilik serta bilik air. Rutin setiap hujung minggu. Tapi adakalanya tak sempat buat sekiranya antara kami ada urusan lain.

Hampir tengahari baru lah selesai semua kerja pembersihan rumah. Puas hati melihat rumah yang kemas dan bersih. Walaupun rumah ini cuma rumah sewa tapi aku dan Sara sudah terbiasa memastikan tempat tinggal kami bersih. Senang nak belajar, selesa untuk didiami.

"Huh! Penatnya!" Keluh Sara.

"Tahu takpa. Lain macam penat harini," aku menyokong kata-kata Sara. Kami berdua terbaring di atas sofa.

"Hana, jom siap-siap. Kita keluar makan lepas tu shopping!"

"Tadi baru je kau kata penat?"

"Alah, perut dah lapar ni. Lagipun kalau bab shopping, semua perempuan suka. Hilang penat! Terapi diri kan?"

"Haa yelah yelah. Perut aku pun dah bernasyid ni. Jom siap!"

Sejam kemudian, aku dan Sara sudah berada di dalam kereta milik Faiz. Awalnya aku tidak bersetuju dengan cadangan Sara untuk menggunakan kereta Faiz tetapi gadis itu pandai memujuk akhirnya aku mengalah juga.

Hana📩 Awak, saya pinjam kereta nak keluar pergi makan and teman Sara shopping ye?

Whatsapp dihantar kepada Faiz. Tidak lama kemudian lelaki itu membalas.

Faiz📩 Tuang minyak!

Eh! Kedekut betul mamat ni. Dengan aku pun dia nak berkira? Ceh!

Hana📩 Yelah. Takkan nak tuang air kopi pulak! Kedekut!

Faiz📩 Kau pun kedekut mee kari!

Aku tergelak membaca whatsapp Faiz. Lah! Dia ingat lagi pasal mee kari tu? Hampeh!

Hana📩 Balas dendam huh?

Faiz📩 Hahaha! Aku gurau je. Pakailah. Drive baik-baik. Aku sayang girlfriend aku tu. Tapi lagi sayang princess aku ni😉

Hana📩 Ingat tak sayang tadi. Thanks awak! 🥰

Faiz📩 Jangan goda aku camtu. Kejap lagi aku nak start game. Kang nampak bola tu macam kau, susah pulak nak lepas nanti.

Hana📩 Heh! Jangan nak poyo sangat. By the way, good luck awak!

Faiz📩 Haha! Thank you, princess❤

...


Jalan agak sesak, maklumlah cuti hujung minggu. Ramai yang mengambil peluang untuk keluar untuk bersantai atau berhibur. Aku memandu dengan berhati-hati. Risau juga kalau tercalarkan si girlfriend Faiz ni.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now