BAB 53

10.1K 392 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Aku kat luar dah ni," ujar Faiz sewaktu aku sedang bersiap untuk menghantarnya ke poli.

"Hah? Dah sampai? Sekejap awak, saya tengah siap."

5 minit kemudian aku keluar. Faiz hanya menunggu di dalam kereta.

"Sara mana? Dah gerak ke?" Soal Faiz.

"Dah. Dia baru je keluar tadi. Nak kena ambil Saif dulu kan?"

Faiz mengangguk. Lelaki itu kemudiannya memandu keluar dari kawasan kediamanku. Tiba di poli, beberapa orang rakan sepasukan Faiz sudah tiba. Masih menanti rakan yang lain. Bas juga belum kelihatan.

Faiz memakir kereta di petak yang disediakan. Lalu keluar diikuti oleh aku. Pintu belakang dibuka dan dicapai beg sandangnya.

"Come." Gamitnya. Aku menapak menghampiri Faiz.

"Nah, kunci. Jaga girlfriend aku ni baik-baik tau," pesannya seraya menghulurkan kunci kereta kepada aku. Aku sambut lalu dimasukkan ke dalam poket seluar jeans yang aku pakai.

"Tengoklah kalau saya baik hati nak jaga 'madu' saya ni."

"Kena jaga baik-baik. Hidup bermadu ni memang macam tu. Barulah rumahtangga aman bahagia," Faiz tidak mahu kalah.

"Typical malay guy. Suka sangat dengan word 'madu' tu," aku menjeling ke arah Faiz.

"Kau yang panggil girlfriend aku ni madu. Siapa suruh?"

"Dah, kalau dia ni girlfriend awak..saya ni siapa pulak?" Sengaja mahu mengujinya.

"Hurmm..kau eh? Kau princess akulah, sayang. Bidadari dari langit Allah kirimkan untuk aku. Sweet tak?" Faiz mengusik. Merah padam muka aku waktu ini.

"Pick up line, huh?"

"Sesekali.." Selamba sahaja jawapan Faiz.

"..dah, jom.." sambungnya. Tangannya dihulurkan kepadaku. Sengaja.

Aku pandang wajahnya. Menyedari lelaki itu mahu mengenakan aku lantas aku buat muka berlagak. Acah-acah flip rambut, terus menonong berjalan. Faiz ketawa kuat lalu segera menyaingi langkahku. Hujung tudungku ditarik sedikit.

"Hey!" Marahku.

Faiz buat muka tak bersalah. "What? Aku tak buat apa-apa.."

Aku tumbuk bahunya. "Rasakan!"

Faiz ketawa lagi.

Kami beriringan menuju ke arah sekelompok manusia yang sedang asyik berbual sesama sendiri. Setelah menegur hampir semua rakan sepasukannya, Faiz duduk di sebelah aku di atas bangku.

Beberapa minit kemudian, kelihatan Sara dan Saif pula tiba. Diikuti jurulatih pasukan ragbi, Encik Zaki. Sedikit taklimat diberikan oleh Encik Zaki sebelum pemain-pemain dibenarkan masuk ke dalam bas yang baru sahaja sampai.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now