bab 42 [FINAL]

30 1 0
                                    

Pandangan yang kabur mula memancarkan imej yang jelas . Muka aku yang disentuh sesuatu menggalakkan aku membuka mata untuk melihat siapa atau apa yang menganggu aku .

"Zeeta" tanpa sedar nama gerangan itu aku panggil .

"Aku mintak maaf . Aku mintak maaf" sayu aku ucap . Tubuhnya aku peluk sekuat hati . Aku menghamburkan tangisanku di bahunya . Aku tahu ini salahku .

 Zeeta tersenyum kecil sambil mengusap perlahan bahuku .

"Bukan salah kau" pelukan dileraikan dan Zeeta mengusap airmata yang mengalir di pipiku .

"Kita kena terima semua takdir ini . Sejauh mana kita cuba lari ia tetap akan terjadi" Zeeta sudah aku lihat menahan empangan air mata daripada jatuh .

"Aku dah pergi Arin" empangan itu pecah dan Zeeta menunduk menahan esakkan . 

Tangisan aku berhenti . Aku cuba menghadam kata-katanya .

'Aku dah pergi Arin'

Seketika ingatan dimana Zeeta yang mengorbankan diri untuk menyelamatkan kami semua terlayar di depan mata . Zeeta yang memang lemah sanggup bertarung dan menyelamatkan aku disaat aku hampir dibunuh oleh Lorry .

Aku merangkul tubuhnya dan kami melepaskan tangisan di bahu masing-masing . 

Tidak . Ini semua pasti mimpi . Mimpi ngeri .

Tolong sedarkan aku daripada mimpi ini . Aku taknak dia tinggalkan aku . Aku taknak kehilangan dia . 

Dia segalanya untukku .

"Arin" suara garau itu membuatkan aku mengangkat wajah menatap lelaki di belakang Zeeta .

Arsyad ?

"Ak-aku mintak maaf . Semua ini ber-berpunca daripada a-aku" esakkan aku semakin menjadi jadi . 

Iya , aku tahu  manusia terpilih ada berjumpa dengan Arsyad semasa di dalam tahanan tetapi itu bukan Arsyad !

Tapi itu adalah Ilyas yang berada di dalam badan Arsyad !

Kejam bukan ? Lorry menukar roh mereka untuk memperdayakan aku !

"Arghhhhhhhhhh !!!"  aku menjerit sekuat hati .

Kenapa disaat aku tahu kebenarannya ? 

Zeeta ... Selama ini aku bersama dengan darah daging aku . 

Aku mengenggam penumbuk erat sehingga cecair merah mula mengalir . Aku berasa tubuhku panas untuk seketika .

"Ini semua sudah tertulis . Jangan salahkan diri kau . Ini pilihan aku" Zeeta menatap mataku tajam dan ia seolah memberi aura untuk menyejukkan hatiku .

"Kalau aku cukup kuat untuk kalahkan Lorry . Mungkin kau akan selamat" badanku mula sejuk .

"Kalau aku cepat bertindak . Arsyad takkan terkorban" sambung aku .

Aku tertunduk memikirkan segala perjuanganku .

Ketika kami tiba di dunia ini .

Ketika kami bergembira .

Ketika kami berlatih bersama.

Semua rakaman itu berputar di dalam pikiran aku dan ia membuatkan hati aku sakit . 

Sangat sakit .

Perkenalan aku dengan Zeeta dari kecil . Memori bersama dia terlalu banyak .

"Masa untuk kita pergi" tegur Arsyad sambil memandang Zeeta yang masih menatap aku dengan pandangan yang sedih .

Classmate.Where stories live. Discover now