Bab 25

25 4 0
                                    

Lorry'POV

Aku tersenyum sinis melihat seorang lelaki yang daripada tadi tidak berputus asa melepaskan diri daripada ikatannya.

"Tak percaya yang kau sekarang berada dalam tahanan aku Bob?" kedengaran sinis pertanyaanku. Namun, Bob hanya mendiamkan diri sambil menundukkan mukanya

"Aku yakin kau tahu dimana Albert bukan?"pertanyaan aku kali ini membuatkan Bob mengangkat muka memandang wajahku

"Walau apa pon yang terjadi aku takkan dedahkan kedudukan Albert dan Rossa" tegas Bob mengundang tawaku.

"Hahahaha sebenarnya Bob yang bantu aku dalam misi aku adalah....." kata-kata aku dipotong oleh seseorang yang sedang berada dipermukaan pintu

"Aku" katanya sambil melangkah kearah kami

Bob kelihatan terkejut manakala aku tersenyum sinis melihat riaksi Bob.

"Kenapa kau khianat kawan kau sendiri?!" jerkah Bob. Namun dia hanya ketawa sinis mendengar kata-kata Bob

"Kawan kau kata? Kawan? Huh ! Sebab dia , mak ayah aku mati !" ujarnya dengan nada yang tinggi seraya mencengkam leher Bob

"Aku akan pastikan dia rasa apa yang aku rasa" pegangan dileher Bob dilepaskan kemudian dia berlalu pergi.

"Licik sungguh permainan kau Lorry" kata Bob sambil merenung muka aku.

Aku berdiri lalu menepuk bahunya sebelum berlalu pergi .

Kita tengok siapa yang akan menang dalam pertarungan antara mereka

Author'POV

Aku menceritakan kepada Gibran bagaimana mata dan rambutku bertukar menjadi warna pelangi. Katanya, aku boleh menyeru mereka keluar daripada badan untuk membantu kami dalam misi menyelamatkan mereka yang lain.

'Keluar daripada badanku lalu berdirilah disampingku'

Kemudian beberapa cahaya mula keluar daripada tubuhku. Setelah mereka keluar, aku melihat rambutku serta mataku di cermin

"Ia akan kekal bersama awak Arin" aku mengeluh setelah mendengar kata kata daripada Aurell .Tak boleh berpatah balik kerana ini adalah pilihanku

Aku tersenyum.

Setelah beberapa minit dibiarkan sepi tanpa suara, Sheila berdiri lalu berkata

 "Gibran, adakah benar Arin sahaja yang mempunyai hubungan dengan keluarga Gibran?" pertanyaan Syeila menyebabkan semua mata memandang Gibran

"Setahu aku, selain Rissa ada seorang lagi. Tapi sejak dia lahir dia telah dihantar oleh ayahanda  ke dunia manusia sehingga kami tidak dapat berjumpa dengannya" terang Gibran

"Aku rasa dialah orang yang khianati kau Arin" Jack memberikan pendapatnya

"Aku tak kenal siapa dia. Macam yang Gibran cakap, kitaorang tak pernah jumpa dia" aku meramas rambutku kemudian meraup wajahku

"Dia berada diantara kawan kawan awak Arin" pernyataan Ariana membuatkan aku tercengang. Antara kawan kawan aku? Bullshit! Aku kenal kawan kawan aku dan mereka bukan pengkhianat!

"Aku tak suka kau libatkan kawan kawan aku" tegas aku dengan nada yang mendatar menyebabkan mereka memandang sesama sendiri

"Aku dapat rasa aura kegelapan diantara salah seorang daripada mereka Arin" aku menggengam penumbukku apabila mendengar kata kata Sheila

Classmate.Where stories live. Discover now