Red ' POV
Pandanganku terhala ke arah Arin . Peganganku juga sudah dilepaskan .
"Tuanku" Gibran menunduk hormat kepadaku .
"Macam mana tuanku boleh berada disini?" pertanyaan itu aku biar tanpa jawapan .
Arin dilihat sudah lelah berlawan dengan Lorry .
Belum masanya aku masuk campur bisik hatiku .
*********************
Zeeta memerhatikan sekeliling .Kabus tebal ini menghalang penglihatannya . Seketika badannya terasa lemah untuk bangun .
"Awak" Zeeta terus bangun walaupon payah kerana lukanya .
Suara itu . Suara itu .
Dia kenal sekali suara itu .
Air mata mengalir seketika ."Arsyad ? Awak ke tu " tanyanya sambil menyeka air mata yang sudah mengalir .
Zeeta menapak kehadapan secara perlahan .
Walaupon tidak diketahui keberadaan dirinya yang sebenar .
"Arsyad" panggilnya lagi .
Zeeta menunduk memeluk lutut menahan sebak .
Dia rindu akan suara itu .
Dia rindu senyuman itu .
Dia rindu lelaki itu .
Dia rindu Arsyad ."Kenapa menangis ? " tangisannya ditahan seketika .
Zeeta mengangkat muka memandang gerangan orang dihadapannya .
Serta merta senyuman terbit diwajahnya .
Tubuh dihadapannya ditarik menunduk sebelum dia memeluk lelaki itu .
"Awak pergi ma..na?" tanya Zeeta diikuti tangisannya .
Lelaki itu membalas pelukkan Zeeta sambil menepuk belakangnya memujuk .
"Hey, im here . Always with you" pujuk Arsyad .
5minit , pelukkan itu Arsyad lepaskan . Wajah Zeeta ditatap seketika sebelum bibir mengorak senyuman .
"Ini bukan tempat awak . Awak tak sepatutnya berada disini " kata Arsyad membuatkan Zeeta terkejut .
Apa maksud Arsyad ini bukan tempat dia ?
Arsyad tersenyum seraya mengusap kedua pipi Zeeta yang basah kerana menangis .
Tahu dia Zeeta sedang keliru saat ini .
"Lorry dah bunuh saya" penerangan Arsyad menyentakkan Zeeta .
Terkaku seketika untuk memproses apa yang baru sahaja didengari .
"Ta--tak mungkin . Aw--awak bergurau bukan ? Saya ma--masih nampak awak dekat bilik tu "
Bilik yang menempatkan Arsyad dan Ilyas yang diculik sebelum ini . Tempat dimana Ilyas terkorban akibat melawan .
"Roh kami bertukar sayang" perlahan Arsyad cuba menerangkan situasi sebenar .
"Masa saya dengan Ilyas diculik . Saya dan Ilyas dibawa kesuatu tempat untuk ritual penukaran roh dengan badan . Pada hari itu jugak saya dan Ilyas tertukar badan sampai saya mati "
Esakkan Zeeta semakin bertambah .
"Lorry tahu awak sayangkan saya . Jadi dia gunakan awak untuk bunuh saudara awak sendiri . Tapi dia licik ! Dia tetap bunuh saya walaupon awak ikut semua arahan dia"
Empangan air mata Zeeta mengalir deras menahan sebak di dada . Arsyad juga turut mengalirkan air mata menahan rasa .
Tak mungkin .
Arsyad tak mungkin mati .
YOU ARE READING
Classmate.
FantasyKisah Arin dan rakan sekelasnya yang terjebak didalam satu situasi yang terpaksa diharungi walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka. Perebutan kuasa, pangkat serta nama menyebabkan 'mereka' terpaksa meminta bantuan dari dunia luar. Arin ad...