Bab 4

81 7 0
                                    


Nana, Lisa dan Zahidah sudah terkedu dengan perilaku ku. Memang semua orang tahu yang aku akan naik angin tak tentu pasal sekiranya ada orang mengungkit perihal arwah ayahku.

"Arin! Ridzudin! Jumpa saya sekarang!" lantang suara Cikgu Azilah .

Red atau nama sebenarnya Ridzudin b. Hazril merupakan seorang classmate aku yang benci akan diriku. Sejak daripada F4 dia berkelakuan kasar terhadap aku. Padahal dulu kitaorang member kamcing siot -_- .

Peristiwa 2 tahun lalu menghantui diriku kembali.

-Hospital Sri Mawar-

"Ayah! Ayah! Ib...ibu tumpah darah!" bagitahu aku sejurus melihat kelibat ayah yang sedang menghampiriku. Ayah terus memelukku seraya mengusap belakangku.

Air mata yang jarang aku tumpahkan dihadapan ayah, akhirnya tumpah dengan deras sekali.

 Aku takut kehilangan ibu.

 Seorang insan yang telah membesarkanku dari aku kecil sehingga sekarang.Insan yang selalu aku sakat. Insan yang selalu menjadi tempat aku bermanja. Insan yang selalu membebel melihat kenakalan ku.

Insan yang takkan dapat aku cari ganti.

Dek kerana aku terlalu lama menangis, akhirnya aku tertidur. Apabila aku bangun, aku mencari kelibat ayah tetapi gagal ditemui. Sehingga aku mendengar seseorang sedang berbual dikoridor hujung.

Lalu, aku mengintai dan sedikit sebanyak butirnya kau dengar.

"Kau pergi mana Lan? Tolong laa weyh. Diaorang cari aku , tanya pasal kau"

" Habis takkan aku nak libatkan family aku? Sedangkan masalah kau"

"Aku akan report polis"

Hanya itu butiran yang sempat aku dengar.

Sejurus selepas itu , aku terus menanyakan ayah tetang perihal yang baru aku dengari. Kata ayah, mereka ada melabur pada sebuah syarikat tetapi mereka kena tipu. Ayah tak tahu yang sahabtnya bernama Mazlan melabur menggunakan duit yang dia pinjam daripada Along.

Mereka sedang menanyakan perihal Mazlan yang tidak mampu membayar duit pinjaman yang dia pinjam. Along mengugut ayah sekiranya Mazlan tidak ditemui.

-2 jam kemudian-

Penantiaanku berakhir setakat ini. Akhirnya, doctor mengesahkan keadaan ibuku kembali stabil tapi.. adikku tidak dapat diselamatkan. Aku redha asalkan ibu aku tidak diambil.

Hari demi hari keadaan ibu semakin membaik. Ibu sudah dibenarkan pulang. Aku sungguh gembira! Aku sudah terlalu merindui masakan ibu. Bukan aku tak reti masak tapi masakan ibu adalah masakan yang paling sedap yang pernah aku rasa! Tiada tolok bandingnya.

"Ibu, nanti ayah ambik kita lambat sikit. Ayah kata ada urusan tadi" kata aku setelah melihat sms daripada ayah sebentar tadi.

Ibu hanya mengangguk lalu tersenyum sambil mengusap kepalaku. Aku dan ibu bercerita sehingga tidak sedar azan asar telah berkumandang.

Aku dengan berhati hati menolong ibu mengambil air wudhuk untuk solat asar. 

"Ya allah. Sesungguhnya hanya padamu aku memohon dan meminta sesuatu perkara. Lindungilah kedua ibu bapaku daripada niat khianat orang, makhluk halus dan malapetaka yang akan datang menghampiri mereka. Tempatkanlah mereka disisi orang-orang yang beriman kepadamu Ya Allah. Berkatilah ibadat mereka. Berikan aku kekuatan untuk  menghadapi segala ujian selepas ini Ya Allah. Hanya padamu aku memohon kerana kau adalah Tuhan yang maha esa"  pinta aku dalam solatku.

BIP. BIP. BIP... Bunyi telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Aku mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, ini keluarga Encik Razak ke?"

"Waalaikumusalam ya tuan, ini saya anakknya. Kenapa tuan?" aku sudah tidak sedap hati. Semoga ayah selamat bisik hati kecilku.

"Encik Razak mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal di dalam ambulan."

"Astagfirullahalazim. Ayahhhhhhhh!" laung aku. Telefon yang aku pegang sebentar tadi terus terlepas. Air mata terus mengalir. Aku jatuh terduduk . 

"Kenapa ni Arin?" tanya ibu seraya menghampiriku lalu mengambil telefon bimbit yang terjatuh sebentar tadi. Serta merta muka ibu berubah . Sekelip mata ibu memelukku yang terduduk dibawah.

Aku menangis dibahu ibu. Ibu cuba memujukku sambil mengusap kepalaku. Astagfirullahalazim. Kenapa cepat sangat abang tinggalkan Aminah bang? luah ibu didalam hati.

Mengenang tentang kisah tersebut membuatkan aku mengalir air mata. Sungguh aku rindu akan pelukan ayah. Gurauan ayah. Kasih sayang ayah. Kenapa Tuhan ambik ayah terlalu awal? Kenapa tuhan tidak melindungi ayah? Sedangkan ayah seorang yang rajin beribadah kepada.

"Arin! Kamu dengar tak apa yang saya cakapkan ni?" jerkah Cikgu Azilah apabila melihat keadaan ku yang sedang termenung.

  Airmata aku kesat dengan belakang tapak tangganku. Zahidah sudah menyedari akan air mataku. Tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.  

Aku disuruh oleh Cikgu Azilah supaya duduk bersebelahan dengan Red.Tujuannya untuk kami berbaik antara satu sama lain. Arghh, cikgu piker senang ke aku nak berbaik dengan dia? Bisik hati aku.

"Rin. Aku mintak maaf" sejurus selepas aku mendengar permohonan maaf daripanya. Aku menoleh. Sungguh tak ikhlas.

"Asal kau tak suka aku?" tanya aku. Jujur aku memang tak tahu punca mamat babi ni benci aku.

Sebab kau reject aku perlahan Red menjawab.

Aku yang menunggu jawapan daripadanya merengus. Orang tanya taknak jawab.Aku menoleh melihat kehijauan pokok di sekitar kawasan yang kami tuju. Sampai aku tak sedar yang aku terlelap.

ALAM MIMPI

Hutan. Kawasan ni dikelilingi dengan hutan. Tiba-tiba aku terdengar satu perbualan. Aku pun cari mana punca suara tersebut. Aku menyorok disebalik semak supaya mereka tidak dapat melihat aku. 

Aku Nampak sekumpulan murid dengan seorang budak kecil. Nampaknyaa mereka sedang berbincang tentang perkara yang serious.

"Buat sebelum Arin sedar" ujar lelaki tersebut. Sebelum aku sedar? Aku? Diaorang ni siapa pulak?

Aku undur perlahan-lahan kebelakang. 

KRICK! KRICK! . Shial laa! Masa ni laa kau nak patah ranting. Apalagi, aku pun lari la selaju yang mampu. Diaorang sah –sah kejar aku. Aku tiba jalan mati! Shit! Kepala aku buntu. 

Tiba-tiba aku dengar suara perempuan.Dia panggil nama aku. Aku cari dari mana datangnya suara itu. Mata aku tertacap pada satu susuk tubuh yang amat aku kenali . "Maya?!" aku memanggil dia. Maya tersenyum.

Kemudian Maya menyuruh aku masuk ke dalam semak yang berdekatan sambil berkata "masanya dah tiba.Kau kena selamatkan kami" . Aku mengangguk lalu menuruti arahan Maya tadi.

Classmate.Where stories live. Discover now