3 ; Engaged 💍💋

Start from the beginning
                                    

"Saya... saya suka awak." ujar Hana polos.

Eiz mencebik. Sebolehnya dia tidak mahu bercinta dengan sahabat baik sendiri. Tak sangka Hana mengungkiri janji mereka berdua. Sangkaannya meleset, fikirnya Hana berbeza dengan gadis lain. Rupanya dia silap.

"Suka? Kau sedar tak apa kau cakap?" riak Zaqril berubah dingin. Bicaranya juga kasar. Buku-buku di tangannya dihempas kuat ke meja.

"Aku tak suka perempuan macam kau nilah! Bukan taste aku tau tak?! Kau jangan nak perasan aku rapat dengan kau selama ni yang aku pun suka kau! Tolong sikit! Aku layan kau sebab kau ni naib pengerusi pengawas je! Kalau ikut aku tak kuasa aku layan kaulah! Aku jijiklah dengan perempuan macam kau ni!" tengking Zaqril kasar. Terus sahaja dia meninggalkan Hana sendiri disitu.

Air mata yang sejak tadi ditahan akhirnya dilepas dengan seribu satu perasaan di hatiDia sendiri tidak menyangka Eiz Zaqril yang dia kenal asalnya baik dan lemah-lembut sebegitu kasar dengannya tadi. Sungguh sakit hatinya saat ini.

"Oi! Hana! Hello??" jerkahan Ainul di corong telefon mematikan lamunan Hana. Serta-merta dia tersedar dari kenangannya yang melakar parut dihatinya itu.

"Oh hello! Sorry aku termenung pula." ujar Hana.

"Kau okey tak ni?" soal Ainul. Timbul persoalan di hatinya.

"Okey aje. Eh aku nak bersiap ni. Hari ni aku OT. Nanti free call lagi ye!" ujar Hana. Talian cepat-cepat dimatikan. Takut juga dia kalau si Ainul menyoal lebih lanjut mengenai Zaqril dan dia. Hu! Lari cepat lagi baik.

Jam di dinding dipandang sekilas. Masih ada sejam sebelum waktu dia bertugas di hospital. Kaki diatur perlahan ke biliknya ditingkat atas. Selepas sahaja dia dan Nizam bernikah tempoh hari, mereka terus berpindah ke rumah agam milik Nizam. Agak besar juga rumah Nizam ni. Puas sudah dia berjalan ke setiap pelusuk rumah. Hu! Senaman free!

❤❤❤

"TAK sangka awak jadi tunang sayakan." soal Zaqril senyuman di bibirnya tidak lekang sejak tadi.

"Terima kasih, sebab sudi lamar saya." ujar Ainul. Cincin di jari manisnya dipandang lama sebelum matanya beralih memandang Zaqril.

"Awak pula, terima kasih sebab terima saya sebagai tunang awak." ujar Zaqril pula. Wajah Ainul dipandang sayu. Sungguh wanita ini berjaya mencuri hatinya selepas sembilan tahun dirinya hanya membenci wanita.

"Tempoh 6 bulan yang keluarga saya bagi awak setuju?" soal Ainul.

"Saya ikut aje, lagipun enam bulan tu cukup untuk saya kenal awak dan awak kenal saya." ujar Zaqril. Tangan Ainul cuba diraih lembut.

"Balik Malaysia lagi 4 bulan awak ready?" soal Ainul lagi.

"Kenapa pula tak ready? Kalau boleh sampai Malaysia hari ni. Esok kita kahwin terus!" ujar Zaqril semangat. Tangan Ainul digenggam kemas.

Ainul sekadar tergelak kecil mendengar jawapan Zaqril. Sungguh dia sudah jatuh sayang pada lelaki ini. Doanya agar kasih mereka berdua terpelihara sehingga akhir hayat.

"Ainul, Eiz, mari masuk. Buat apa duduk kat luar ni. Masuk jom mummy dah buat minum petang." ujar Datin Aisyah.

"Baiklah auntie. Give us a second ye?" pinta Zaqril.

"Apa panggil auntie ni. Panggil mummy je." ujar Datin Aisyah mesra.

"Baiklah mummy." balas Zaqril, senyuman dihadiahkan buat bakal ibu mertuanya.

Ainul sekadar tersenyum memerhati. Sengaja nak bagi mertua dan menantu bermesra. Tambahan pula sepanjang 3 bulan dia kenal Zaqril hanya sekali dua sahaja mummynya bertemu dengan Zaqril.

"Jom masuk." ajak Ainul sebaik sahaja bayangan mummynya hilang.

"Baiklah tuanku, ladies first." balas Zaqril lalu memberi laluan kepada Ainul untuk dia lalu terlebih dahulu.



Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now