TIG6

9 2 0
                                    

     "Abang...Report polis lah!" Tengku Eaisha sudah mahu menangis.Mana tidaknya,Ealina je lah anak yang dia ada."Jangan...Abang rasa,abang tahu siapa yang culik anak kita..Tapi,kita tak boleh terburu-buru.." tegur Tengku Danny sambil meraup wajahnya.

    "Anak kena culik boleh pulak tak terburu-buru.." sindir Tengku Eaisha sambil menjeling geram ke arah Tengku Danny.Suami tak sokong,macam mana dia nak buat?

Tiba-tiba, telefonnya yang berada di kocek berdering."Hello,"

"Kau nak buat apa?!"

"Ok!"

"Kau jangan buat benda mengarut!"

    "Siapa,bang?" soal Tengku Eaisha sambil memandang sekilas wajah Tengku Danny."Kawan lama abang..Airel...Dia yang culik anak kita.." balas Tengku Danny sambil meneguk air yang berada di dalam gelas itu.

     "Patutlah tak nak buat report,member rupanya," sindir Tengku Eaisha geram."Lepastu,macam mana?Apa dia cakap?" Tengku Eaisha merenung skrin televisyen itu dengan pandangan kosong.

     "Esok kita jumpa dia dekat gudang kosong.." balas Tengku Danny dan terus bergerak ke dalam bilik diikuti Tengku Eaisha."Gudang kosong?Yang gelap,yang haritu kita tengok tu?" soal Tengku Eaisha inginkan kepastian.Dari dulu lagi dia mahu bertanyakan  kepada Tengku Danny tentang gudang itu tetapi Tengku Danny cuba mengelak daripada disoal tentang gudang itu.Mengapa?

"Ye..Ealina dekat sana,"

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

      "Ealina rindu mama,papa," kata Ealina sambil mengelap wajah yang basah dengan air mata."Esok mama dengan papa datang..Nanti diaorang jumpa Ealina dekat sini.." balas Airel sambil mengucup dahi si kecil itu."Dah..Pergi tidur." Ealina hanya mengangguk dan terus terlelap.Mungkin sebab penat,petang tadi ashik main je kan.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

       "Abang...Cepat lah!" Tengku Eaisha memukul perlahan lengan Tengku Danny yang sedang melihat jam di pergelangan tangan."Ye lah," balas Tengku Danny.Dia terus memecut laju ke arah gudang lama.Tempat Ealina dan Airel berada.

      "Ni ke gudangnya?Gelapnya!" Keluhan Tengku Eaisha meniti di bibir."Sayang tak perlu masuk, biar abang je masuk..Takut diaorang buat apa-apa pulak dekat sayang.." pinta Tengku Danny.Tengku Eaisha terpaksa mengganguk dan terus menyorok di tempat letak kaki di dalam kereta supaya tidak diketahui Airel.Tengku Danny terus menguak daun pintu kereta itu.Dia bergerak pantas ke gudang itu.Dari jauh sudah nampak kelibat Airel dan Ealina berada di hadapan gudang itu bersama-sama dengan orang bawahan Airel.

     "Lama tak jumpa..Kau kahwin pun tak bagitahu aku kan?" soal Airel sinis."Bagi anak aku..Aku tak nak gaduh dengan kau!Kau jangan main-main dengan aku!" Tengku Danny mahu memegang lengan Ealina.Belum sempat tangannya memegang lengan Ealina,semua orang bawahan Airel mengacu pistol ke arah kepala Tengku Danny.

    Tengku Danny tergamam.Airel tersenyum sinis sekali."Kau jangan main-main dengan aku patutnya..Bila nak bagi aku harta kau tu?Lama aku tunggu," kata Airel sambil membelai lembut rambut Ealina yang sedang ketakutan apabila ternampak pistol itu diacu ke kepala bapanya.

    "Aku tak boleh bagi,Airel!Itu amanah arwah bapak aku!" pekik Tengku Danny dan terus mahu menumbuk wajah yang tersenyum sinis itu.Airel dengan pantas memegang tangan Tengku Danny yang hampir mengenai wajahnya."Amanah atau,kau nak ambik semua harta tu?!"

      "Kau bagi harta,aku bagi budak ni..Lagi satu,jangan kau report polis!Kalau kau buat,mungkin kau akan dapat anak kau..Eh silap,bukan anak kau,tapi...Arwah anak kau!" Airel menepis tangan itu ke tepi.

   "Bagi lah benda tu cepat!" Airel sudah mula naik angin dan terus mengacu pistol di kepala Ealina."Mungkin kau akan hidup,tanpa anak kau kalau kau tak bagi benda tu!Harta tu!" Ealina sudah menangis sambil memanggil Tengku Danny berkali-kali."Ayah...Ayah.." rayu Ealina.

     "Ealina." Tengku Danny tidak tahu untuk buat apa lagi.Harta itu memang arwah bapanya suruh dia menjaga harta itu dan jangan diberikan kepada sesiapa kecuali kepada ahli keluarga.Itu amanah arwah bapanya!

     "Ealina!" Satu suara menyapa telinga Tengku Danny.Dia menoleh ke arah suara itu."Sayang?Awak buat apa dekat sini?Sorok dalam kereta kan abang kata!" marah Tengku Danny perlahan supaya tidak didengari Airel."Abang!Saya tak sanggup tengok anak kita tu kena tembak!" Tengku Eaisha merenung wajah Ealina yang basah dengan air mata.

     "Aww... Bawak isteri rupanya,lepas tu suruh sorok dalam kereta?" Airel merenung dengan tajam ke arah mata Tengku Eaisha.Tengku Eaisha menelan liur yang terasa kesat.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Sorry author lambat update.Awal persekolahan kan,nak kena buat kerja semua.Kalau tak busy,nanti author update,ok?Baca and jangan lupa vote, please?❤

The Indiependent GuyWhere stories live. Discover now