TIG2

15 3 2
                                    

        Walau hati ku menangis
        Walau jiwa ku merintih
           Rindu yang bertamu
           Meruntun raga ku

          Dalam beribuan bintang
       Yang sering bergemerlapan
               Tanpa ku sedari
       Rembulan pun menyuram

     Kedengaran suara merdu dari rumah Tengku Eaisha.Dia menyanyi dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.Tanpa dia sedari,telinga Tengku Danny dari tadi menangkap suara merdu milik Tengku Eaisha."Alahai..Merdunya suara,tak payah buang duit beli radio..Dekat sebelah ni pun dah ada!" kata Tengku Danny sambil menghayati lagu yang dinyanyikan oleh Tengku Eaisha.

"Arrghh!" Tengku Danny terkejut mendengar suara gadis menjerit."Mak kau!Pontianak mana ni woi!" Haa..Keluar dah raja melatah ni!"Woi!Tok sah lah menjerit macam langsuir!Terkejut lah!" laung Tengku Danny sambil merenung gadis itu disebalik tembok penghalang.

   "Ish!Mana ada langsuir menjerit..Langsuir mengilai lah!Tak belajar ke?Lagi satu,cuba jadi gentleman sikit,patutnya tolonglah!Ini marah orang pulak..Dah lah tak kenal siapa kau ni!Bagi salam pun tak..Orang pun terkejut tau!" omel gadis itu sambil memegang kasut yang telah disarung di kaki kanan.

     Hamek kau! Perempuan ni dah membebel."Hek eleh..Dia pun tak bagi salam sebelum nak menjerit tadi," kata Tengku Danny memanaskan lagi keadaan.Gadis itu mendiamkan diri sambil cuba membuka kasutnya.

     "Meh sini saya...Ahh..Meh sini gua tolong!" pekik Tengku Danny.Haaa...Gua pun boleh lah!Acah gengster sikit kan..Dipanjat tembok penghalang dan terus bergerak ke arah gadis itu."Kenapa?" soal Tengku Danny perlahan."Gua rasa ada ulat dalam kasut ni!Geli lah!Tolong keluarkan!" Tengku Eaisha menutup matanya kerana geli dengan ulat yang berada di dalam kasutnya.

       "Hek eleh minah ni..Acah gengster tapi ulat pun takut!" Tengku Danny memegang tali kasut Tengku Eaisha dan terus membukanya perlahan."Jangan lah bukak kasut ni!" kata Tengku Eaisha seperti mahu menangis."Aik?Kalau tak bukak,macam mana nak keluarkan ulat yang ada dekat dalam kasut hang tu?Fikir guna otak bukan guna lutut!" Tengku Danny menarik kasut yang telah disarung itu.

     "Alah mamat ni..Bising betul!" kata Tengku Eaisha dalam hati.Tengku Danny melihat ke dalam kasut itu dan terus menarik keluar ulat hijau yang berada di dalam kasut Tengku Eaisha.

"Eeeee..Geli!Buang!Buang lah kat sana!Bunuh dia!" jerit Tengku Eaisha sambil menjauhkan diri daripada Tengku Danny."Hak alah dia ni..Ulat je kot!Bukannya beruk ke apa!Dia lagi kecik dari kau kan?" soal Tengku Danny sambil meletakkan ulat itu di atas tanah.

    "Tak kesah lah sape lagi besar sape lagi kecik pun!" Tengku Eaisha terus menyarungkan kasut di kaki kanannya semula."Nama?" soal Tengku Danny tanpa memandang wajah Tengku Eaisha kerana sibuk bermain dengan ulat yang berada di atas tanah itu.Tengku Eaisha memandang pelik ke arah Tengku Danny.Boleh pulak dia main dengan ulat yang menggelikan tu?

     "Tengku Eaisha Bt Danial.." balas Tengku Eaisha sambil menghulurkan tangannya."Tengku Danny Bin Eazman..Call me Danny," balas Tengku Danny sebelum mereka berjabat tangan mesra."Call me Eaisha.." sambung Tengku Eaisha.Pandangan mereka bertaut sebelum masing-masing tersedar sesuatu.Mereka sudah serasi!

    "Perasan tak nama kita ada persamaan?" soal Tengku Danny sambil tertawa melihat muka masam Tengku Eaisha."Tahu.." balas Tengku Eaisha perlahan.

The Indiependent GuyWhere stories live. Discover now